Powered by Blogger.

HARI RAYA PADA HARI JUMAAT

>> 26 Oct 2012

Assalamualaikum

Pada tahun ini iaitu tahun 2012, Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari Jumaat. Jadi timbul banyak persoalan tentang kewajipan Solat Jumaat pada hari tersebut. Terdapat beberapa pandangan para ilmuan fekah tentang perlaksanaan Solat Jumaat yang berlangsungnya juga Hari Raya Aidiladha atau Aidilfitri.

Dari Iyas bin Abi Ramlah As-Syami, beliau berkata : "Aku pernah menyaksikan Muawiyah bin Abi Sufyan R.A bertanya Zaid bin Arqam R.A : 

"Apakah kamu pernah bersama Rasulullah S.A.W terjadinya dua raya terkumpul dalam satu hari?", dia menjawab : "Ya (pernah)", Muawiyah bertanya : "Bagaimanakah beliau lakukan?", dia menjawab : "beliau (Rasulullah S.A.W) Solat Eid (Solat Hari Raya) kemudian memberi keringanan untuk Solat Jumaat, beliau bersabda : "Barangsiapa yang hendak solat (Solat Jumaat), maka solatlah ia". (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasai', Ibnu Majah, Ad-Darimi, Al-Baihaqi, Al-Hakim dan Ath-Thayalisi)

Apa yang dapat difahami dari hadis di atas, Rasulullah S.A.W beri keringanan kepada kita untuk tidak melakukan solat Jumaat jika kita telah melakukan solat Hari Raya.

Sungguhpun begitu, terdapat hadis lain yang menyatakan Nabi S.A.W tetap melakukan solat Jumaat walaupun solat Hari Raya telah dilakukan.

"Telah berkumpul pada hari kamu ini (hari Jumaat) dua Hari Raya, maka sesiapa yang mahu memadailah baginya Solat Hari Raya mewakili Solat Jumaat (Solat Jumaat tidak wajib), adapun kami (Nabi S.A.W dan para sahabat) akan menunaikan Solat Jumaat." (Hadis riwayat Ahmad,Ibnu Majah dan Abu Daud)

Jadi, apa yang dapat disimpulkan, terdapat dua pendapat tentang kewajipan Solat Jumaat pada Hari Raya Aidiladha atau Aidilfitri.

1. Wajib kerana Nabi S.A.W tetap melakukan Solat Jumaat walaupun baginda telah melakukan Solat Hari Raya pada paginya.

2. Tidak Wajib kerana Nabi S.A.W memberi rukhsah/keringanan untuk tidak melakukan Solat Jumaat, memadailah dengan hanya Solat Zohor. Sesetengah pendapat menyatakan Solat Zohor juga gugur kewajipannya kerana tiada Solat Zohor pada hari Jumaat.

Tetapi untuk mengelakkan daripada berlakunya masalah yang lebih besar berkaitan perkara khilaf ini, lebih baik kita lakukan sahaja Solat Jumaat jika kita telah melakukan Solat Hari Raya Aidiladha atau Aidilfitri pada waktu pagi Jumaat tersebut.

Wajib atau tidak wajib, kita tetap Solat Jumaat. Masalah selesai, tiada pergaduhan dan tiada perbalahan.

'Allah Lebih Mengetahui'

Read more...

MEMULAKAN PERKENALAN

>> 27 Sep 2012

Assalamualaikum

Terasa asing di tempat baru atau tempat yang tak pernah dijejaki sebelum ini merupakan perkara biasa yang terjadi pada semua orang. Kita perlu pandai membawa diri di tempat tersebut untuk kita terus survive dengan lebih lama. Antara cara yang boleh dilakukan ialah memulakan perkenalan dengan orang lain.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (surah Al-Hujurat : ayat 13)

Apa yang boleh difahami, ayat di atas menyuruh kita supaya berkenalan antara satu sama lain tidak kira bangsa mahupun warna kulit. Saya juga baru sahaja mendaftarkan diri di UIAM Gombak. Saya tidaklah berasa asing sangat sebab ramai kawan-kawan dari UIAM PJ dulu masih ada di sini. 

Di kuliyyah atau fakulti, saya sempat berkenalan beberapa rakan baru dari luar negara. Ada dari Palestin, Arab Saudi, Mesir dan sebagainya. Pada mulanya, mereka berasa agak janggal di sini tapi lama-lama mereka dapat menyesuaikan diri.

Kaedahnya dengan mengamalkan ayat 13 dalam surah Al-Hujurat iaitu memulakan perkenalan dengan ramah mesra dan beradab. Kesannya, rangkaian dan jalinan persaudaraan kita dapat diperluaskan di serata dunia.

itu sahaja untuk kali ini..
Wallahua'lam..

Read more...

DOA KETIKA BERBUKA PUASA

>> 12 Aug 2012

Assalamualaikum

Sejak kita di bangku sekolah rendah, kita sering diajar oleh ustaz/ustazah kita dengan doa berbuka puasa. Tak cukup di sekolah, kadang-kadang doa berbuka puasa ini juga dipaparkan di kaca televisyen sebelum laungan Azan Maghrib. Tapi adakah kita tahu bahawa doa berbuka yang selalu kita dok baca tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan itu ada dalilnya tersendiri.

Saya akan tunjukkan hadisnya seperti di bawah.

Dari Muadz Ibn Zuhrah , bahwasanya telah sampai kepadanya, sesungguhnya Nabi S.A.W apabila berbuka puasa, baginda mengucapkan : 



(Hadis riwayat Abu Daud, no 2358)

Hadis di atas dinilai oleh para ilmuan hadis seperti Albani dan Ibnu Hibban sebagai DHAIF atau lemah kerana Muadz ialah seorang tabi'in dan terus disandarkan kepada Rasulullah S.A.W. Oleh sebab itu, sanadnya terputus dan menyebabkan statusnya menjadi lemah/dhaif.

Walaubagaimana pun, terdapat hadis yang lebih kuat dari hadis di atas tentang doa berbuka puasa yang diajar oleh Nabi S.A.W. 

Daripada Abdullah Ibn Umar R.A, Rasulullah S.A.W ketika berbuka puasa, baginda membaca :


Maksudnya : Telah hilang rasa dahaga dan basah kembali urat-urat dan InsyaAllah mendapat pahala (di sisiNya).

(Hadis riwayat Abu Daud, no 2357)

Hadis di atas dinilai oleh para ulama' hadis sebagai hadis Hasan. Kita boleh beramal dengannya dan hadis ini lebih kuat daripada hadis yang diriwayatkan oleh Muadz Ibn Zuhrah.

Tapi tentang waktu untuk membacanya terpulang kepada kita sendiri. Ada sesetengah pendapat mengatakan doa tersebut dibaca selepas berbuka puasa jika dilihat pada maknanya. "Telah hilang dahaga" bermaksud rasa dahaga kita hilang selepas kita meneguk/minum air. Jadi, doa ini dibaca selepas kita membatalkan puasa kita/berbuka puasa ketika azan Maghrib. 

Namun, hadis Rasulullah S.A.W tentang membaca "Bismillah" sebelum makan atau minum memang tidak boleh diragui. Apa-apa pun, memang confirm sebelum berbuka puasa kita perlu baca bismillah kemudian terpulang kepada kita untuk baca doa berbuka puasa atau tidak.

Oleh itu, mengapa perlu gunakan hadis yang lemah sedangkan terdapat hadis yang lebih tepat tentang doa berbuka puasa yang dibaca oleh Nabi S.A.W. Saya harap kita semua selepas ini dapat mengamalkan doa-doa yang diajar oleh baginda berdasarkan hadis-hadis yang lebih benar dan diyakini.

Allah Lebih Mengetahui.

Read more...

MANDI LAMA KETIKA BERPUASA

>> 30 Jul 2012

Assalamualaikum


Semasa kita kecil-kecil atau semasa zaman kanak-kanak dahulu, kita sering diperdengarkan dengan satu kenyataan bahawa mandi lama-lama semasa kita tengah berpuasa adalah MAKRUH. Ada juga yang mengatakan bahawa mandi selepas waktu Asar juga adalah makruh.


Ini merupakan satu kenyataan yang kurang tepat kerana tiada satu dalil pun yang menjelaskan makruhnya mandi ketika berpuasa. Memang hakikat yang tidak dapat dielakkan bahawa semasa kita berpuasa, kita akan berasa dahaga dan panas. Dan fitrah manusia juga, kita mesti akan lakukan sesuatu yang boleh menyejukkan badan kita apabila terasa panas.


Rasulullah S.A.W adalah manusia biasa seperti kita yang juga berasa dahaga dan panas ketika berpuasa. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Malik dalam kitabnya Al-Muwatta' :


Abu Bakar ibn Abdul Rahman berkata : telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku : "Aku melihat Rasulullah S.A.W di sebuah tempat bernama Al-'Arj mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa kerana berasa dahaga atau panas." (riwayat Ahmad dan Abu Daud)


Hadis di atas merupakan hadis sahih. Mengapa perlu ketepikan hadis yang sahih untuk menghalang perkara-perkara yang dilakukan oleh baginda. Yang penting, Nabi S.A.W tidak pernah melarang kita dalam mana-mana hadis baginda bahawa mandi ketika berpuasa adalah makruh.


Jadi semasa kita berpuasa ini, tak kesah kita nak mandi 30 kali sehari sekalipun, ia tidak menjadi satu masalah kerana terdapat hadis yang membenarkannya dan Rasulullah S.A.W sendiri melakukannya.


Wallahua'lam.



Read more...

BOLEH KE BERSUGI KETIKA BERPUASA?

>> 24 Jul 2012

Assalamualaikum


Merujuk kepada tajuk di atas, mesti ramai yang tertanya-tanya boleh bersugi atau tidak. Seperti yang sedia maklum, semasa kita berpuasa mulut kita akan berbau disebabkan tidak makan dan minum. Bau mulut kita akan naik dan baunya agak kurang wangi. Walaupun baunya agak kurang menyenangkan tapi ianya bau yang sangat harum di Syurga sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W.


 "Bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Namun begitu, bukanlah kita diwajibkan untuk membiarkan bau mulut yang 'sedap' tersebut. Islam menggalakkan kita untuk menjaga kebersihan diri dan menjaga hubungan sesama Muslim. Jika kita menemui saudara kita dengan bau mulut yang busuk sehingga menyebabkan saudara kita rasa kurang selesa, adakah itu dapat menjaga hubungan kita dengan orang sekeliling kita?


Begitu juga ketika kita solat, bau mulut yang tak harum itu akan menyebabkan orang di sebelah di dalam saf kita akan hilang kekhusyukkan. Jadi, haruslah kita bersugi atau gosok gigi semasa kita berpuasa. Ianya bukan jadi penghalang untuk kita mendapatkan pahala semaksimum mungkin ketika berpuasa.


Hadis di bawah yang mengatakan bersugi ketika berpuasa itu MAKRUH adalah hadis dhaif atau hadis yang lemah. 

"Jika kamu berpuasa, bersugilah pada waktu pagi dan jangan bersugi pada waktu petang" (riwayat Al-Bazzar, At-Tabarani dan lain-lain)



Mengapa perlu berhujah dengan hadis yang lemah sedangkan terdapat hadis yang lebih kuat tentang galakan bersugi tak kira masa sama ada berpuasa atau tidak seperti hadis di bawah.


"Jika bukan kerana bimbang menjadi beban kepada umatku nescaya aku perintahkan mereka bersugi setiap kali waktu solat" (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Jadi, bersugi atau gosok gigi tidak menjadi masalah walaupun kita sedang berpuasa. Bersugilah bila-bila masa pun dan di mana jua kita berada kerana ia merupakan satu galakan yang disarankan dalam Islam.


'Allah Lebih Mengetahui'

Read more...

ISLAMIC ARCHITECTURE

>> 21 Jul 2012

Assalamualaikum/salam mahasiswa


For this post, I want to share about Islamic Architecture. I think some of you know about Islamic Architecture and maybe, the rest do not know about this topic. Usually, when Islamic Architecture is said to the people, the first thing that passes by their mind is Calligraphy Art (Khat). I don't say NO but it is only one of them.


The Principles of Islamic Architecture :
- Relying both on the technical scientific and the artistic creative principles of architecture.
- The relationship between architecture and the Islamic creed which is found the expression in monotheist spirit as a religion foundation.


The Characteristics of Islamic Architecture :
- Geometrical and mathematical proportion, human in scale and composed of squares and rectangles layout. For example, the pattern on the door is calculated accurately like there are some grids that lined on it. 


Islamic Pattern formed from the grids
-  Conception on broader landscape and grand scale. It means that the landscape outside the building is large and wide. The exterior spaces can assign the building is islamic architecture or not. For example, the garden in front of the library is large with the decoration of fountains and the seats. 


the grand scale landscape
- The building give a sense of peace, security and humble. For example, the sound of chirping birds and water flow of the river or fountains near the office can relax the employee from stress and it can be a good place to rest. In the mosque/masjid, the huge differentiation of height between the ceiling and floor may attend the feeling of humble to  people in it.


sense of peace
sense of humble
I hope a little bit of this information can make all of you clear about the Islamic Architecture so that after this, we think that this concept in wider perspectives and open-relevant views.


Sources :
- Islamic Art Museum Malaysia - http://www.iamm.org.my
- Built Environment Notes 2011, Department of Architecture and Environmental Design UIAM
- Masjid Besi Putrajaya
- Masjid Negara Kuala Lumpur
- Design By Nature written by Maggie Macnab
- Islamic Geometric Pattern written by Eric Broug


Thank you. Wallahua'lam.

Read more...

PANDANGAN SAYA TENTANG 'MAJLIS JASAMU DIKENANG'

>> 16 Jul 2012

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Tarikh   : 14 Julai 2012
Tempat : Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang


Sabtu lepas, satu majlis telah dijalankan di KISAS sempena mengenang jasa bekas pengetua Kolej Islam Malaya/Klang iaitu Ustaz Hj Nik Mohamad Mohyideen yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak. Semua orang dijemput hadir ke majlis tersebut terutama Alumni Kolej Islam (ALKIS). Saya juga berkesempatan menghadiri majlis tersebut bersama beberapa rakan batch saya.


Baiklah, sepanjang saya berada di situ, dapatlah saya nukilkan beberapa pandangan saya. Pertama, Alumni adalah tetamu istimewa yang dijemput tapi tak berapa ramai yang datang. Banyak seat-seat kosong kat khemah luar. Mungkin ada yang sibuk dengan hal masing-masing. Itu dimaafkan. Tapi Alumni yang tidak mahu datang disebabkan berbeza fahaman politik sangatlah tidak boleh diterima. Walaupun Majlis Jasamu Dikenang ini dihadiri oleh PM kita, takkan ia menjadi faktor utama kita tak boleh datang ke majlis tersebut. Kamonlah, rasanya semua besar-besar belaka tapi pemikiran macam budak-budak tadika. 


Kedua, kedengaran guru-guru KISAS ada yang komen tentang Alumni yang datang. Katanya, ada Alumni yang berselisih dengan cikgu-cikgu tapi tidak mengendahkan cikgu tersebut. Mereka bukanlah pelajar yang tidak dikenali guru tersebut. Cikgu siap ingat lagi mereka batch mana tapi mereka lupa nak tegur cikgu-cikgu. Saya pun tak sempat juga nak jumpa semua cikgu tapi saya sempat sembang dengan cikgu Aznora, Guru Cemerlang Sejarah saya dahulu. Mungkin ramai yang tahu tentang luahan cikgu-cikgu ini. 


Jadi, saya berharap kita semua yang sudah bertitlekan bekas pelajar/alumni Kolej Islam ni, jenguk-jenguklah cikgu jika berkelapangan. Saya bukanlah pelajar yang banyak menyumbang sangat kat sekolah dulu. Tapi saya hadir ke majlis tersebut atas sebab saya bekas pelajar yang masih sayang sekolah saya bukan sebab fanatik pada mana-mana parti politik. 


Kita nanti, bila dah besar jadi orang yang hebat-hebat, mungkin ada yang jadi Ahli Agama yang mantap,ada yang jadi Arkitek, ada yang Doktor, ada Engineer, ada Lawyer dan macam-macam lagi, janganlah kita lupa akan cikgu-cikgu kita ya kawan-kawan.


iklan jemputan di akhbar Utusan
itu sahaja untuk kali ini..
ok, sekian..
"Allah Lebih Mengetahui"

Read more...

JADI LEBIH MATANG

>> 28 Jun 2012

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Baru-baru ini, saya mendengar satu forum yang disiarkan secara siaran langsung di satu laman web. Forum tersebut berkisarkan tentang Hala Tuju Islam Selepas PRU13. Saya rasa panel-panel yang kupas dan bincangkan tajuk tersebut baik-baik sahaja walaupun mereka berbeza pandangan. Tapi para pendengar yang hadir terlalu taksub sehinggakan mereka tak boleh menerima apa yang diperkatakan oleh beberapa panel. Sebab isi yang dilontarkan berbeza dengan pendapat dan pemahaman para pendengar. Mereka terjerit-jerit sampai salah satu daripada panel yang ada sukar untuk menyuarakan pandangan beliau.


Saya rasa sebenarnya sebahagian kecil mungkin juga besar rakyat negara kita masih tidak matang dalam berpolitik atau memahami politik yang ada di Malaysia. Kita cuma tahu nak mengharapkan itu, nak mengharapkan ini tanpa memikirkan jika kita berada di tempat mereka lebih-lebih lagi orang muda. Jiwa muda lagi ekstrem, tahu nak ada benda yang boleh memuaskan hati sahaja. Saya tak nafikan bahawa saya juga kadang-kadang rasa begitu.


Jadi, saya sarankan kita semua yang muda-muda ni kaji betul-betul tentang berita yang kita terima dari media massa kita. Jangan terlampau obses dengan mana-mana pihak sampaikan kita susah nak terima pendapat orang lain. Harap kawan-kawan semua dapat manfaatkan apa  yang saya perkatakan ini. Wallahua'lam.

itu sahaja untuk kali ini..

ok,sekian..

Read more...

BE THE BEST FOR THE RIGHT PERSON

>> 16 Jun 2012

Assalamualaikum/salam mahasiswa




Bezakan gambar di atas dengan gambar di bawah.




Saya harap kita semua dapat apa yang cuba disampaikan dalam gambar-gambar tersebut. Be the best for the right person.


itu sahaja untuk kali ini..
ok,sekian..

Read more...

TRUE FACT

>> 11 Jun 2012

Assalamualaikum/salam mahasiswa


I would like to share this and all of you must read it.



I hope all of you can understand the above statement.


itu sahaja untuk kali ini..
ok, sekian..

Read more...

CARA SEMBAHYANG YANG BETUL

>> 7 Jun 2012

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Saya nak share satu gambar bagaiman cara solat yang diajar oleh Nabi S.A.W berdasarkan beberapa hadis sahih dan hasan.


Cara Nabi S.A.W Solat
Perhatikan gambar di atas betul-betul, jika ada yang lain daripada yang biasa kita lakukan, boleh cari hadis-hadis berkaitan dengan solat. Cari hadis yang sahih dan hasan sahaja bukan hadis dhaif.


Cuba jangan dikaitkan dengan mazhab dahulu sebab sumber hukum diambil dari Al-Quran dan Hadis. Apa-apa masalah fiqh, kita cari dalil Al-Quran dan Hadis dahulu. Kan Nabi lebih tepat amalannya daripada manusia lain. Kemudian baru diambil dari Ijmak Ulama',Qias dan sebagainya.


Mungkin selepas ini, kalau berkesempatan saya akan tunjukkan beberapa hadis tentang solat yang diajar oleh Nabi S.A.W.


itu sahaja untuk kali ini..
ok, sekian..
"Allah Lebih Mengetahui"

Read more...

JADUAL KOSONG

>> 5 Jun 2012

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Baru-baru ini, result atau keputusan bagi Semester 3 telah dikeluarkan. Tiada apa yang perlu dikomen. Result agak baik. Alhamdulillah diucapkan dan jutaan terima kasih kepada Tuhan yang Maha Memberi Rezeki. Bagi sesiapa yang tak semak lagi, boleh check pada link di bawah.

link : http://my.iium.edu.my/portal/page/portal/myiium_cfs_v3


Kita tinggalkan kisah result, kita bincang sikit pasal kekosongan jadual yang melanda pelajar-pelajar lepasan Asasi atau Matrikulasi. Cuti agak panjang sampai bulan 9. Sementara menunggu tawaran untuk menyambung pelajaran dalam peringkat Ijazah/Bachelor Degree, eloklah kita cari pekerjaan sambilan. Orang kata boleh buat pocket money sikit.


Di samping itu, kita juga bolehlah cari ilmu tambahan sikit seperti belajar bahasa-bahasa antarabangsa, belajar memandu, menghadiri kelas-kelas agama dan lain-lain lagi.

Selain itu, jika ada jemputan majlis perkahwinan, eloklah kita memenuhi jemputan tersebut . Wajib pergi walimah yang dijemput sekiranya tiada hal-hal yang menghalang.



spaces linked by a column
Saya kira cukup sampai di sini perbincangan kita. Jika ada rakan-rakan yang nak tawarkan kerja sambilan kepada saya, ianya amat dialu-alukan. Saya masih menganggur dan sudah berminggu-minggu tanam lemak di rumah.

itu sahaja untuk kali ini..

ok, sekian..

Read more...

CARA MENGHAPUSKAN TIMELINE DARI FACEBOOK

>> 23 May 2012

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Di bawah ini saya akan tunjukkan beberapa langkah untuk mengembalikan layout profile anda kepada yang asal atau erti kata lain hilangkan timeline dari profile facebook kita.


Saya juga merupakan mangsa Timeline layout ini. Sebenarnya layout tu tak menjadi masalah pun cuma saya lebih suka layout yang lama. 


Timeline layout


Cara yang saya akan tunjukkan ini adalah untuk pengguna browser RockMelt dan Google Chrome. Pengguna browser lain juga boleh guna cara ini tapi ada some steps yang perlu ditukar.


Step 1 : buka web atau taip www.timelineremove.com dan scroll down seperti paparan yang tertera di bawah. Pilih dan klik pada browser yang kita gunakan.


www.timelineremove.com


Step 2 : Setelah anda klik pada logo browser yang anda gunakan, Command Button akan keluar di bahagian bawah skrin anda untuk mengesahkan anda pada step yang seterusnya. Klik butang continue.


command button


Step 3 : Kemudian Dialog Box seperti di bawah akan keluar. Klik Install dan tunggu sehingga selesai ia dimuat turun.


dialog box untuk install timeline remove


Step 4 : Selesai proses install, logo Timeline Remove akan tertera di bahagian tepi jika anda menggunakan browser RockMelt. Check untuk mengenal pasti sama ada ia berfungsi atau tidak.


icon timeline remove di bahagian kiri skrin


Step 5 : Pergi ke profile facebook anda kemudian refresh page tersebut. Anda akan lihat profile anda kembali kepada layout yang asal.


layout lama

Tambahan : Jika anda ingin menukar semula kepada timeline layout, hanya klik pada icon timeline remove dan klik pada logo hijau (tanda betul) atau logo merah (tanda pangkah) untuk menukar status timeline remove. Kemudian refresh page tersebut.

status : on

status : off

note : Cara ini hanya berkesan untuk PC/Laptop kita sahaja. Maknanya kita sahaja yang akan nampak layout kita dalam bentuk yang asal. Friends kita tetap nampak timeline pada profile kita. Jadi, ajaklah kawan-kawan kita semua install Application Timeline Remove ini supaya profile kita kelihatan layout lama daripada tatapan friends/kawan-kawan kita juga.

itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...
"Allah Lebih Mengetahui"

Read more...

BE A GOOD EXAMPLE TO HIM/HER

>> 14 May 2012

Assalamualaikum/salam mahasiswa

Suka saya untuk kongsi gambar ini. Harap semua dapat memahami apa yang cuba disampaikan dalam gambar di bawah.


Dengar-dengar, ramai kawan saya yang nak berumah tangga walaupun rumah mereka tiada tangga. Apa-apa pun saya ucapkan tahniah. Barakallahu lakuma till Jannah. Rupa-rupanya ramai jugak orang yang berkenan kat kawan-kawan saya nie.

itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian..
"Allah Lebih Mengetahui"

Read more...

NUMBER ONE FOR ME

Assalamualaikum/salam mahasiswa




Tajuk      : Number One For Me
Penyanyi : Maher Zain
Penerbit : AwekingRecords


Cuba hayati liriknya. Lagu ni tentang seorang ibu. Liriknya membawa makna yang baik bukan seperti lagu-lagu korea atau apa-apa saja lagu yang entah dari mana datangnya lirik tu. Tak membawa soul langsung. Harap semua dapat mendengarnya dengan baik.


itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian..

Read more...

SOLATLAH KAMU!!!

>> 8 May 2012

Assalamualaikum/salam mahasiswa




Rasanya semua faham dengan apa yang gambar di atas cuba sampaikan. Harap kita semua dapat ambil iktibar dengan sebaiknya.


"Allah Lebih Mengetahui"

Read more...

PORTFOLIO DAY

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Esok pagi ada Porfolio Day untuk pelajar-pelajar Architecture and Environmental Design di mana mereka perlu memaparkan hasil kerja mereka kepada lecturer atau pemeriksa. Portfolio Day ni lebih kurang macam Final Exam bagi kami. Semua carry mark Assignment, Skill Test,Presentation,Folio dan lain-lain akan dicampurkan secara total ketika hari tersebut dan gred keseluruhan bagi subjek tersebut akan dikeluarkan.


portfolio day di UIAM PJ
Malam ini, mungkin mereka akan sibuk membetulkan (TOUCH UP) atau membuat semula (REDO) kerja-kerja sebelum ini yang grednya kurang memuaskan. Saya dapatkan rasakan sebahagian daripada mereka tidak akan tidur untuk menyiapkan semua itu.


Add caption
Masing-masing terbeliakkan bebola mata untuk buat kerja. Ada yang teguk Nescafe sampai 8 tin. Ada yang telan Redbull dengan tin-tin nya sekali. Semata-mata untuk mendapatkan gred keseluruhan yang terbaik. 

Effort yang diberikan sangat banyak tapi kalau skor rendah jugak, memang inilah makannya.


Beginilah hidup budak-budak asasi architecture yang tak berapa ada life sangat nie.


itu sahaja untuk kali ini..
ok,sekian...

Read more...

INFORMASI TENTANG UIAM

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Bagi para pelajar lepasan SPM yang baru sahaja semak keputusan UPU, saya ucapkan tahniah kerana anda berjaya ditawarkan tempat untuk menyambung pelajaran anda lebih-lebih lagi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).


Di sini, saya akan beri serba sedikit informasi tentang UIAM berdasarkan pengalaman saya menuntut di universiti ini. 


Pusat Asasi UIAM PJ
Untuk lepasan SPM, anda semua akan melanjutkan pelajaran untuk Program Asasi di Pusat Asasi UIAM, Petaling Jaya bagi course-course berikut : 


Science Programmes :-
1- Architecture and Environmental Design
2- Engineering
3- Biological Science
4- Physical Science
5- Medicine
6- Dentistry
7- Pharmacy
8- Allied Health Science
9- Nursing
10- Information and Communication Technology


Art Programmes :-
1- Islamic Revealed Knowledge
2- Human Science
3- Arabic
4- English
5- Laws


Terdapat satu course bagi Program Asasi dijalankan di UIAM Kampus Gombak :
Art Programme :-
1- Economics and Management Sciences


Barang-barang yang perlu dibawa dan pemakaian ketika pendaftaran tak perlu dijelaskan kerana telah dinyatakan dalam borang tawaran dan borang syarat-syarat.


Tempoh pembelajaran Program Asasi adalah 1 tahun, 1 tahun setengah atau 2 tahun bergantung pada keputusan ujian-ujian seperti English Placement Test (EPT) dan Arabic Placement Test (APT) yang akan diambil semasa Minggu Orientasi atau Taaruf Week selepas pendaftaran.


Semasa Minggu Orientasi, terdapat ujian lain yang perlu diambil selain ujian bahasa seperti Tilawah Test dan Fundamental Knowledge Test atau Ujian Asas Fardhu Ain.


Mahallah Abu Bakar
Terdapat beberapa Mahallah atau asrama bagi pelajar lelaki dan perempuan.
1- Mahallah Fatimah Az-Zahra (Lelaki)
2- Mahallah Umar Al-Khattab (Lelaki)
3- Mahallah Abu Bakar (Lelaki)
4- Mahallah Khadijah (Perempuan)
5- Mahallah Zainab Jahsy (Perempuan)
6- Mahallah Aisyah (Perempuan)
7- Mahallah Maryam (Kampus Gombak)


Mahallah Khadijah
Biasiswa Asasi akan diberikan melalui akaun Bank Muamalat yang boleh diakses menerusi Kad Matrik UIAM anda. Kad Matrik anda adalah Kad ATM anda. Biasiswa tambahan akan diberikan kepada pelajar Architecture and Environmental Design sebanyak RM500 dan pelajar Science Programmes sebanyak RM100.


Kelas akan dibahagikan mengikut course masing-masing kecuali pada subjek Religions In Malaysia (RIM), Basic Themes of Al-Quran (BTQ), Understanding Islam, Computer 1 dan subjek bahasa-bahasa.


Al-Malik Faisal Hall
Kemudahan yang disediakan sangat banyak seperti Studio bagi pelajar Architecture and Environmental Design, Makmal Sains bagi pelajar Science Programmes, Makmal Komputer, Moot Court bagi pelajar Laws, Dewan Kuliah, Dewan Al-Malik Faisal (Dewan Besar), Gelanggang Sukan, Gimnasium, Mesin ATM dan lain-lain lagi.


gambaran cfs iium dari atas bumbung
Diharapkan informasi yang diberi dapat membantu perjalanan anda semua ketika belajar di Centre For Foundation Studies International Islamic University Malaysia (CFS IIUM).
 
itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...

Read more...

KERANA DIA SEORANG IBU

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Aku nak share satu cerita yang aku baca sebelum ini. Alang-alang dah nak dekat Hari Ibu, aku nak kasi sebak sikit. Ceritanya bermula begini...


bayi baru sahaja dilahirkan dari perut si Ibu

“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.”Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.”

“Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

Si anak kaku..

P/s: Begitulah pengorbanan seorang ibu. Biarpun kisah kita tidak seperti ini, ketahuilah semua ibu nalurinya cukup sama. Masa korang kecil, kalau ada seekor nyamuk yang gigit korang, memang satu rumah si ibu cari nyamuk tu. Punyalah marah. Selagi tak mati nyamuk tu, seharian si ibu akan perhatikan korang. Jadi hargailah ibu kita. Lakukanlah apa sahaja untuknya selagi ada masa.



itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...

Read more...

BAUCER KFC SEBELUM 30 JUN 2012

>> 14 Apr 2012

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Baucer ini ditawarkan oleh TM Rewards. Butiran lanjut sila rujuk iklan di bawah.


Kupon Baucer KFC TM Rewards

Dapatkan menu RM26.40 dengan harga RM19.90. Kecilkan saiz kupon di atas sebelum print. Tawaran ini sah sehingga 30 Jun 2012.

Read more...

APABILA TERJATUH

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Saya nak share satu komik yang agak ringkas tapi isinya mantap.


Situasi ketika jatuh

Saya harap kawan-kawan semua dapat apa yang cuba disampaikan dalam komik tersebut. Renung-renungkan dan selamat beramal.

itu sahaja untuk kali ini..
ok,sekian...
'Allah Lebih Mengetahui'

Read more...

TEMPAT TIDUR SEMENTARA

>> 13 Apr 2012

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Baru-baru ini, saya terjumpa satu gambar yang boleh mengingatkan kita sebentar bahawa harta benda itu bukanlah suatu perkara penting yang boleh membawa kita ke Syurga.


Liang Lahad

Tak kira kita nie kaya ke miskin ke papa kedana ke, itu semua tak penting. Rumah, kereta, bini tu semua tak boleh dibawa ke kubur pun. Nanti kita tidur dalam lubang keramat tu sorang-sorang juga. Yang menemani kita hanya amalan kita di dunia sahaja. Renung-renungkan, jangan sampai termenung.

itu sahaja untuk kali ini..
ok,sekian...
'Allah Lebih Mengetahui'

Read more...

CARA YANG PERLU DILAKUKAN KETIKA DIPAKSA DI ATM

>> 8 Apr 2012

Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik.

Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yang diterbalikkan daripada nombor yang sebenarnya melalui kad anda yang masukkan ke dalam mesin tersebut.

Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yang kita tidak ketahui, pihak Bank dengan segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan
ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yang seumpama ini.





itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...

'Allah Lebih Mengetahui'

Read more...

KATA-KATA MEREKA SEKITAR UIA

>> 31 Mar 2012

Assalamualaikum/salam mahasiswa




Video ini dijalankan di sekitar kawasan UIAM PJ. Apa yang disampaikan cuma satu slogan yang cukup mantap dan padat isinya walaupun ringkas.

itu sahaja untuk kali ini...

ok,sekian..

Read more...

MASA TERLUANG

>> 2 Mar 2012

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Tiada apa yang nak dikongsikan cuma satu cerita. Jumaat lepas, saya baru sahaja submit model for my Project 2. Satu kelegaan yang tak terhingga selepas hantar semua kerja-kerja yang berkaitan dengan Project 2 tu seperti Workbook, Model, dan Presentation Board. 


Below this, I put some images about my Final Model. 


Front View

Top View

Side View

Perspective 1

Perspective 2

Perspective 3

Perspective 4

Perspective 5
Perspective 6

Below these are some photos about my Mock Up Model before finalizing into Real Model.

Side View

Top View

Axonometric View
This is my Presentation Board for my design of the model as shown below.

Presentation Board

Banyak lagi kerja yang ada dalam menyudahkan Project 2 ini seperti Researching, Workbook, Cutting, Snapshot, Coloring Test dan macam-macam lagi. Macam biasalah, tak tidur 3 malam semata-mata nak siapkan benda alah kat atas tu. Agak letih. Tiap-tiap hari AED students pergi kelas mengantuk. 

Kalau korang kata senang, all of you must try this. I bet you will say and feel as I've said. Apa yang penting, korang semua study macam normal, tak perlu struggle-struggle sampai tak ingat dunia, saya pun study macam 'normal' juga. Jangan tak cukup tidur. Membahayakan kesihatan jika kerap berjaga malam-malam tanpa rehat.

Satu lagi, kita semua perlu manfaatkan masa yang ada. Bahagikan masa itu mengikut keutamaan. Mana yang sampingan-sampingan seperti main games tu tolak tepi dulu. 

Allah berfirman di dalam Al-Quran :

"Demi masa. Sesungguhnya sekalian manusia kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh."          (surah Al-Asr : ayat 1-3)

Jadi, janganlah kita jadi seperti golongan yang disebutkan di dalam ayat ke-2 surah Al-Asr iaitu mereka yang tak reti nak manfaatkan masa. Oleh itu, selepas ini bolehlah rakan-rakan semua, susun balik jadual harian kita.

itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...
'Allah Lebih Mengetahui'




Read more...

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP