Powered by Blogger.

MEMULAKAN PERKENALAN

>> 27 Sept 2012

Assalamualaikum

Terasa asing di tempat baru atau tempat yang tak pernah dijejaki sebelum ini merupakan perkara biasa yang terjadi pada semua orang. Kita perlu pandai membawa diri di tempat tersebut untuk kita terus survive dengan lebih lama. Antara cara yang boleh dilakukan ialah memulakan perkenalan dengan orang lain.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (surah Al-Hujurat : ayat 13)

Apa yang boleh difahami, ayat di atas menyuruh kita supaya berkenalan antara satu sama lain tidak kira bangsa mahupun warna kulit. Saya juga baru sahaja mendaftarkan diri di UIAM Gombak. Saya tidaklah berasa asing sangat sebab ramai kawan-kawan dari UIAM PJ dulu masih ada di sini. 

Di kuliyyah atau fakulti, saya sempat berkenalan beberapa rakan baru dari luar negara. Ada dari Palestin, Arab Saudi, Mesir dan sebagainya. Pada mulanya, mereka berasa agak janggal di sini tapi lama-lama mereka dapat menyesuaikan diri.

Kaedahnya dengan mengamalkan ayat 13 dalam surah Al-Hujurat iaitu memulakan perkenalan dengan ramah mesra dan beradab. Kesannya, rangkaian dan jalinan persaudaraan kita dapat diperluaskan di serata dunia.

itu sahaja untuk kali ini..
Wallahua'lam..

Read more...

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP