Powered by Blogger.

HARI RAYA PADA HARI JUMAAT

>> 26 Oct 2012

Assalamualaikum

Pada tahun ini iaitu tahun 2012, Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari Jumaat. Jadi timbul banyak persoalan tentang kewajipan Solat Jumaat pada hari tersebut. Terdapat beberapa pandangan para ilmuan fekah tentang perlaksanaan Solat Jumaat yang berlangsungnya juga Hari Raya Aidiladha atau Aidilfitri.

Dari Iyas bin Abi Ramlah As-Syami, beliau berkata : "Aku pernah menyaksikan Muawiyah bin Abi Sufyan R.A bertanya Zaid bin Arqam R.A : 

"Apakah kamu pernah bersama Rasulullah S.A.W terjadinya dua raya terkumpul dalam satu hari?", dia menjawab : "Ya (pernah)", Muawiyah bertanya : "Bagaimanakah beliau lakukan?", dia menjawab : "beliau (Rasulullah S.A.W) Solat Eid (Solat Hari Raya) kemudian memberi keringanan untuk Solat Jumaat, beliau bersabda : "Barangsiapa yang hendak solat (Solat Jumaat), maka solatlah ia". (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasai', Ibnu Majah, Ad-Darimi, Al-Baihaqi, Al-Hakim dan Ath-Thayalisi)

Apa yang dapat difahami dari hadis di atas, Rasulullah S.A.W beri keringanan kepada kita untuk tidak melakukan solat Jumaat jika kita telah melakukan solat Hari Raya.

Sungguhpun begitu, terdapat hadis lain yang menyatakan Nabi S.A.W tetap melakukan solat Jumaat walaupun solat Hari Raya telah dilakukan.

"Telah berkumpul pada hari kamu ini (hari Jumaat) dua Hari Raya, maka sesiapa yang mahu memadailah baginya Solat Hari Raya mewakili Solat Jumaat (Solat Jumaat tidak wajib), adapun kami (Nabi S.A.W dan para sahabat) akan menunaikan Solat Jumaat." (Hadis riwayat Ahmad,Ibnu Majah dan Abu Daud)

Jadi, apa yang dapat disimpulkan, terdapat dua pendapat tentang kewajipan Solat Jumaat pada Hari Raya Aidiladha atau Aidilfitri.

1. Wajib kerana Nabi S.A.W tetap melakukan Solat Jumaat walaupun baginda telah melakukan Solat Hari Raya pada paginya.

2. Tidak Wajib kerana Nabi S.A.W memberi rukhsah/keringanan untuk tidak melakukan Solat Jumaat, memadailah dengan hanya Solat Zohor. Sesetengah pendapat menyatakan Solat Zohor juga gugur kewajipannya kerana tiada Solat Zohor pada hari Jumaat.

Tetapi untuk mengelakkan daripada berlakunya masalah yang lebih besar berkaitan perkara khilaf ini, lebih baik kita lakukan sahaja Solat Jumaat jika kita telah melakukan Solat Hari Raya Aidiladha atau Aidilfitri pada waktu pagi Jumaat tersebut.

Wajib atau tidak wajib, kita tetap Solat Jumaat. Masalah selesai, tiada pergaduhan dan tiada perbalahan.

'Allah Lebih Mengetahui'

Read more...

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP