Powered by Blogger.

ADILKAH ALLAH ITU?

>> 14 Mar 2013

Assalamualaikum

Baru-baru ini saya dikejutkan dengan beberapa soalan yang diberikan oleh rakan saya. Soalan tersebut membuatkan saya dan rakan-rakan lain tersentap ketika makan. Katanya, soalan ini diberi oleh seorang kawan yang berbangsa Cina dan bukan muslim. Soalannya agak kritikal dan ia membabitkan akidah umat Islam.

Soalan : "Betul ke tuhan itu Adil? Kalau ya, mengapa orang miskin dicipta. Orang kaya boleh menderma dan menginfak dengan hartanya di samping dia beribadah kepada Allah. Hidup senang, makan semua cukup. Orang miskin pula, dah la tak ada duit, nak bersedekah pun tak dapat. Nak beramal pun susah. Lepas tu, kalau nak makan terpaksa mencuri untuk jadikan sumber rezeki. Tak ke nanti dia akan dimasukkan ke neraka dengan sebab mencuri tu.So, adil ke tuhan ni?"

Saya taklah berapa pakar dalam menjawab soalan-soalan sebegini. Cuma ada satu hadis Rasulullah S.A.W yang kisahnya lebih kurang macam soalan di atas.


Dari Abu Hurairah r.a., katanya : Bahawa oang-orang miskin dari sahabat Muhajirin datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata: "Orang kaya boleh mendapatkan darjat yang tinggi dan syurga abadi." Kata Rasulullah S.A.W : "Apakah yang engkau maksudkan?" Jawab mereka itu : "Mereka sembahyang seperti kami, puasa seperti kami, tetapi mengeluarkan sedekah dan memerdekakan sahaya, hanya dapat dicapai oleh orang kaya saja, sedangkan kami tidak. " Kata Rasulullah S.A.W : "Mahukah kamu aku ajarkan sesuatu agar kamu dapat mengejar usaha orang yang terdahulu, dan mendahului usaha orang-orang zaman akan datang, bahkan dengan itu kelak tak ada orang yang lebih baik/utama daripada kamu kecuali yang berbuat seperti kamu." Jawab kaum miskin itu :
Baiklah. Bersabda Rasullah s.a.w. : "Bacalah oleh kamu masing-masing ; tasbih, takbir dan tahmid tiap-tiap selesai sembahyang, masing-masing tiga puluh tiga kali. 

Kata Abu Saleh ( seorang periwayat hadis ini ) : " Setelah beberapa lama, orang-orang miskin itupun kembali lagi mengadu kepada Rasullah S.A.W sambil berkata : Bahawa orang-orang kaya itu telah dapat mendengar kami, dan telah berbuat pula seperti kami."
Kata Rasullah s.a.w. : " Ya, hal itu hanya kemurahan Allah yang diberikanNya kepada siapa yang dikehendakiNya."
(hadis riwayat Muslim)

Saya berharap semua dapat baca hadis di atas walaupun ia panjang. Berdasarkan hadis ini, apa yang dapat difahami bahawa Allah sangat permurah dengan menyediakan platform bagi orang miskin supaya dapat beramal seperti orang kaya. 

Sungguhpun, orang miskin tidak dapat bersedekah dengan hartanya tetapi boleh beramal dengan zikir tasbih,tahmid dan takbir sebanyak 33 kali yang tarafnya sama dengan amalan sedekah orang kaya. Bukankah Allah itu Maha Adil kepada semua hambaNya.

Kemudian saya jawab, masuknya seseorang itu ke dalam syurga atau neraka bukanlah kerja kita untuk menetapkan. Itu semua adalah kuasa Allah yang menentukan seseorang itu ke mana. Contoh yang diberikan seperti di dalam hadis tentang seorang pelacur yang diberi ganjaran syurga atas sebab memberi minum seekor anjing. 

Hal ini juga menunjukkan Allah itu Maha Adil. Walaupun sebelumnya pelacur itu banyak melakukan amalan buruk tetapi akhirnya diberi syurga kerana melakukan sedikit amalan baik iaitu memberi minum seekor anjing yang dahaga.

Satu lagi, Allah itu sangat adil kepada hambaNya kerana Allah menguji seseorang itu melainkan apa yang dia mampu sahaja. Jika seseorang itu miskin, Allah tidak membebankannya dengan menyuruh orang miskin itu membayar zakat atau menunaikan haji sebaliknya orang kaya wajib lakukan.

Orang miskin pula kenalah bersabar dengan tahap kesabaran yang maksimum. Mengapa pilih untuk mencuri, kan tuhan beri banyak option untuk cari rezeki. Allah tahu kita mampu mencari rezeki yang halal dan jangan menyempitkan pemikiran dengan mencari jalan mudah untuk cepat kaya.

Sekian.
Allah Lebih Mengetahui.


Read more...

SOLAT BILA MASUK WAKTU

>> 22 Jan 2013

Assalamualaikum

Saya nak tunjuk satu gambar yang dilukis sendiri oleh senior saya di KISAS dan KAED, IIUM Gombak. Beliau merupakan pelajar architecture (part 1) yang graduate pada tahun 2010.


Wallahua'lam.

Read more...

RADIO AL-QURAN DI DESKTOP ANDA

>> 8 Jan 2013

Assalamualaikum

Tahukah anda bahawa kita boleh mendengar radio Al-Quran di komputer kita dengan cara yang sangat mudah. Tak perlu buka browser untuk cari di Google atau website-website yang berkaitan dengan Al-Quran. Tak perlu cari di YouTube. Nak tahu caranya bagaimana, ikuti langkah-langkah di bawah.

Dengan step-step di bawah ini, korang semua boleh tahu atau pilih pembaca/reciter ayat Al-Quran tersebut.

Steps :

1) Go to Desktop

2) Right Click and select New


3) Select Shortcut

4) A new window will appear to you, you need to paste one of these links in it :


Example - mms://50.22.223.13/radio

( Public Radio - Broadcast to different reciters -)

mms://50.22.223.13/radio

............................................................................................................

( Reciter - Maher Almaikulai - )

mms://50.22.223.13/maher

............................................................................................................

( Reciter - Ahmed Al-Ajmi - )

mms://50.22.223.13/ajm

............................................................................................................

( Reciter - Saud Al-Shuraim - )

mms://50.22.223.13/shur

............................................................................................................

( Reciter - Abdulbaset Abdlssamed - )

mms://50.22.223.13/basit

............................................................................................................

( Reciter - Abdel Rahman Sudais - )

mms://50.22.223.13/sds

............................................................................................................

( Reciter - Saad Al-Ghamdi - )

mms://50.22.223.13/s_gmd

............................................................................................................

( Reciter - Mohammed Siddiq Al-Minshawi - )

mms://50.22.223.13/minsh

............................................................................................................

( Reciter - Abdulbaset Abdlssamed { Mujawwad } - )

mms://50.22.223.13/basit_mjwd

............................................................................................................

( Reciter - Mashary Al-Afasy - )

mms://50.22.223.13/afs

............................................................................................................

( Reciter - Khalid Al-Qahtani - )

mms://50.22.223.13/qht

............................................................................................................

( Reciter - Fares Abbad - )

mms://50.22.223.13/frs_a

............................................................................................................

( Reciter - Idris Abkar - )

mms://50.22.223.13/abkr

............................................................................................................

( Reciter - Yasser Al-Dosari - )

mms://50.22.223.13/yasser

............................................................................................................

( Reciter - Abu Bakr Ashatery - )

mms://50.22.223.13/shatri


5) Select Next


6) Write the name of the channel


7) Click Finish

Rasanya step-step untuk dapatkan radio Al-Quran ni agak mudah kan. Diharapkan sesiapa yang dapat tu tolong sebarkan. 

Setiap kebaikan walaupun sebesar kuman tetap akan dibalas oleh Allah. Jadi, sama-sama kita kongsikan benda ni dengan rakan-rakan yang lain.

'Allah Lebih Mengetahui'

Read more...

HARI RAYA PADA HARI JUMAAT

>> 26 Oct 2012

Assalamualaikum

Pada tahun ini iaitu tahun 2012, Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari Jumaat. Jadi timbul banyak persoalan tentang kewajipan Solat Jumaat pada hari tersebut. Terdapat beberapa pandangan para ilmuan fekah tentang perlaksanaan Solat Jumaat yang berlangsungnya juga Hari Raya Aidiladha atau Aidilfitri.

Dari Iyas bin Abi Ramlah As-Syami, beliau berkata : "Aku pernah menyaksikan Muawiyah bin Abi Sufyan R.A bertanya Zaid bin Arqam R.A : 

"Apakah kamu pernah bersama Rasulullah S.A.W terjadinya dua raya terkumpul dalam satu hari?", dia menjawab : "Ya (pernah)", Muawiyah bertanya : "Bagaimanakah beliau lakukan?", dia menjawab : "beliau (Rasulullah S.A.W) Solat Eid (Solat Hari Raya) kemudian memberi keringanan untuk Solat Jumaat, beliau bersabda : "Barangsiapa yang hendak solat (Solat Jumaat), maka solatlah ia". (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasai', Ibnu Majah, Ad-Darimi, Al-Baihaqi, Al-Hakim dan Ath-Thayalisi)

Apa yang dapat difahami dari hadis di atas, Rasulullah S.A.W beri keringanan kepada kita untuk tidak melakukan solat Jumaat jika kita telah melakukan solat Hari Raya.

Sungguhpun begitu, terdapat hadis lain yang menyatakan Nabi S.A.W tetap melakukan solat Jumaat walaupun solat Hari Raya telah dilakukan.

"Telah berkumpul pada hari kamu ini (hari Jumaat) dua Hari Raya, maka sesiapa yang mahu memadailah baginya Solat Hari Raya mewakili Solat Jumaat (Solat Jumaat tidak wajib), adapun kami (Nabi S.A.W dan para sahabat) akan menunaikan Solat Jumaat." (Hadis riwayat Ahmad,Ibnu Majah dan Abu Daud)

Jadi, apa yang dapat disimpulkan, terdapat dua pendapat tentang kewajipan Solat Jumaat pada Hari Raya Aidiladha atau Aidilfitri.

1. Wajib kerana Nabi S.A.W tetap melakukan Solat Jumaat walaupun baginda telah melakukan Solat Hari Raya pada paginya.

2. Tidak Wajib kerana Nabi S.A.W memberi rukhsah/keringanan untuk tidak melakukan Solat Jumaat, memadailah dengan hanya Solat Zohor. Sesetengah pendapat menyatakan Solat Zohor juga gugur kewajipannya kerana tiada Solat Zohor pada hari Jumaat.

Tetapi untuk mengelakkan daripada berlakunya masalah yang lebih besar berkaitan perkara khilaf ini, lebih baik kita lakukan sahaja Solat Jumaat jika kita telah melakukan Solat Hari Raya Aidiladha atau Aidilfitri pada waktu pagi Jumaat tersebut.

Wajib atau tidak wajib, kita tetap Solat Jumaat. Masalah selesai, tiada pergaduhan dan tiada perbalahan.

'Allah Lebih Mengetahui'

Read more...

MEMULAKAN PERKENALAN

>> 27 Sept 2012

Assalamualaikum

Terasa asing di tempat baru atau tempat yang tak pernah dijejaki sebelum ini merupakan perkara biasa yang terjadi pada semua orang. Kita perlu pandai membawa diri di tempat tersebut untuk kita terus survive dengan lebih lama. Antara cara yang boleh dilakukan ialah memulakan perkenalan dengan orang lain.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (surah Al-Hujurat : ayat 13)

Apa yang boleh difahami, ayat di atas menyuruh kita supaya berkenalan antara satu sama lain tidak kira bangsa mahupun warna kulit. Saya juga baru sahaja mendaftarkan diri di UIAM Gombak. Saya tidaklah berasa asing sangat sebab ramai kawan-kawan dari UIAM PJ dulu masih ada di sini. 

Di kuliyyah atau fakulti, saya sempat berkenalan beberapa rakan baru dari luar negara. Ada dari Palestin, Arab Saudi, Mesir dan sebagainya. Pada mulanya, mereka berasa agak janggal di sini tapi lama-lama mereka dapat menyesuaikan diri.

Kaedahnya dengan mengamalkan ayat 13 dalam surah Al-Hujurat iaitu memulakan perkenalan dengan ramah mesra dan beradab. Kesannya, rangkaian dan jalinan persaudaraan kita dapat diperluaskan di serata dunia.

itu sahaja untuk kali ini..
Wallahua'lam..

Read more...

DOA KETIKA BERBUKA PUASA

>> 12 Aug 2012

Assalamualaikum

Sejak kita di bangku sekolah rendah, kita sering diajar oleh ustaz/ustazah kita dengan doa berbuka puasa. Tak cukup di sekolah, kadang-kadang doa berbuka puasa ini juga dipaparkan di kaca televisyen sebelum laungan Azan Maghrib. Tapi adakah kita tahu bahawa doa berbuka yang selalu kita dok baca tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan itu ada dalilnya tersendiri.

Saya akan tunjukkan hadisnya seperti di bawah.

Dari Muadz Ibn Zuhrah , bahwasanya telah sampai kepadanya, sesungguhnya Nabi S.A.W apabila berbuka puasa, baginda mengucapkan : 



(Hadis riwayat Abu Daud, no 2358)

Hadis di atas dinilai oleh para ilmuan hadis seperti Albani dan Ibnu Hibban sebagai DHAIF atau lemah kerana Muadz ialah seorang tabi'in dan terus disandarkan kepada Rasulullah S.A.W. Oleh sebab itu, sanadnya terputus dan menyebabkan statusnya menjadi lemah/dhaif.

Walaubagaimana pun, terdapat hadis yang lebih kuat dari hadis di atas tentang doa berbuka puasa yang diajar oleh Nabi S.A.W. 

Daripada Abdullah Ibn Umar R.A, Rasulullah S.A.W ketika berbuka puasa, baginda membaca :


Maksudnya : Telah hilang rasa dahaga dan basah kembali urat-urat dan InsyaAllah mendapat pahala (di sisiNya).

(Hadis riwayat Abu Daud, no 2357)

Hadis di atas dinilai oleh para ulama' hadis sebagai hadis Hasan. Kita boleh beramal dengannya dan hadis ini lebih kuat daripada hadis yang diriwayatkan oleh Muadz Ibn Zuhrah.

Tapi tentang waktu untuk membacanya terpulang kepada kita sendiri. Ada sesetengah pendapat mengatakan doa tersebut dibaca selepas berbuka puasa jika dilihat pada maknanya. "Telah hilang dahaga" bermaksud rasa dahaga kita hilang selepas kita meneguk/minum air. Jadi, doa ini dibaca selepas kita membatalkan puasa kita/berbuka puasa ketika azan Maghrib. 

Namun, hadis Rasulullah S.A.W tentang membaca "Bismillah" sebelum makan atau minum memang tidak boleh diragui. Apa-apa pun, memang confirm sebelum berbuka puasa kita perlu baca bismillah kemudian terpulang kepada kita untuk baca doa berbuka puasa atau tidak.

Oleh itu, mengapa perlu gunakan hadis yang lemah sedangkan terdapat hadis yang lebih tepat tentang doa berbuka puasa yang dibaca oleh Nabi S.A.W. Saya harap kita semua selepas ini dapat mengamalkan doa-doa yang diajar oleh baginda berdasarkan hadis-hadis yang lebih benar dan diyakini.

Allah Lebih Mengetahui.

Read more...

MANDI LAMA KETIKA BERPUASA

>> 30 Jul 2012

Assalamualaikum


Semasa kita kecil-kecil atau semasa zaman kanak-kanak dahulu, kita sering diperdengarkan dengan satu kenyataan bahawa mandi lama-lama semasa kita tengah berpuasa adalah MAKRUH. Ada juga yang mengatakan bahawa mandi selepas waktu Asar juga adalah makruh.


Ini merupakan satu kenyataan yang kurang tepat kerana tiada satu dalil pun yang menjelaskan makruhnya mandi ketika berpuasa. Memang hakikat yang tidak dapat dielakkan bahawa semasa kita berpuasa, kita akan berasa dahaga dan panas. Dan fitrah manusia juga, kita mesti akan lakukan sesuatu yang boleh menyejukkan badan kita apabila terasa panas.


Rasulullah S.A.W adalah manusia biasa seperti kita yang juga berasa dahaga dan panas ketika berpuasa. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Malik dalam kitabnya Al-Muwatta' :


Abu Bakar ibn Abdul Rahman berkata : telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku : "Aku melihat Rasulullah S.A.W di sebuah tempat bernama Al-'Arj mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa kerana berasa dahaga atau panas." (riwayat Ahmad dan Abu Daud)


Hadis di atas merupakan hadis sahih. Mengapa perlu ketepikan hadis yang sahih untuk menghalang perkara-perkara yang dilakukan oleh baginda. Yang penting, Nabi S.A.W tidak pernah melarang kita dalam mana-mana hadis baginda bahawa mandi ketika berpuasa adalah makruh.


Jadi semasa kita berpuasa ini, tak kesah kita nak mandi 30 kali sehari sekalipun, ia tidak menjadi satu masalah kerana terdapat hadis yang membenarkannya dan Rasulullah S.A.W sendiri melakukannya.


Wallahua'lam.



Read more...

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP