Powered by Blogger.

SAMA WALAUPUN LAIN

>> 28 Feb 2012

Assalamualaikum/salam mahasiswa

Tarikh : 25 Februari 2012
Lokasi : Presint 2, Putrajaya

Pada hari Sabtu lepas, saya dan rakan-rakan saya pergi ke Putrajaya bagi menjalankan satu research sempena assignment/Project 3 saya. Hampir setiap studio menghantar wakil ke sana. Sebelum ke sana, kami dah diberi briefing tentang projek yang akan kami jalankan oleh lecturer kami.

Kat bawah nie aku letak sikit gambar-gambar yang berkaitan dengan assignment kali ini.


Grid Form
Additive Form
Additive Form
Spatial Organization :Linear Form
Spatial Organization : Linear Form
Grid Form
Spatial Organization : Clustered Form
Additive and Subtractive Form
Spatial Organization : Clustered Form
Centralized Form
Recess and Relief
Recess and Relief
Texture
Texture
Grid Form
Recess and Relief
Centralized Form
Texture
Pattern
Pattern
Subtractive Form
Subtractive Form
Pattern
Subtractive Form
Additive Form
Texture
Recess and Relief
Edges and Corners
Edges and Cornes
Edges and Cornes
Skeletal Form
Centralized Form
Subtractive Form
Grid Form
Pattern
Subtractive and Grid Form

Grid Form and Pattern
Clustered Form
Linear Form
Centralized Form
Subtractive Form
Edges and Corners

macam mana nak lalu atas jambatan tu?

Gambar-gambar kat atas cuma nak tunjuk apa yang kami dapat kat sana sahaja. Main point yang nak disampaikan kat bawah nie.

Nampak macam mudah kan kerja kami. Pergi sana, pergi sini. Jalan-jalan sambil ambil gambar. Pilih angle yang sesuai. Cari tempat-tempat yang ada kaitan dengan tajuk. Survey bangunan-bangunan. Kategorikan picture-picture yang dah diambil. Buat research tentang ciri-ciri yang dah ditetapkan. Visit Expo. Tetapi tak semudah yang disangka. 

Kerja nie memakan masa dan tenaga yang banyak. Agak letih tapi orang ramai tak perasan. Teringat dulu kawan-kawan ada yang cakap, "Macam senang course hang. Ada pi trip sana-sini. Assignment buat kat luaq. Mesti seronok kan?". 

Macam mudah tapi cuba tengok kos nak ke sana. Masa yang nak diluangkan kat sana. Transport nak ke sana. Apa yang kena buat sebelum pergi. Cuaca semasa buat kerja. Semua itu kena ambil kira juga.

Senang kata, apa-apa course yang kita study semua sama. Sama-sama susah, sama-sama senang. Tak ada beza pun. Kita tak boleh nak judge course yang orang lain belajar itu mudah yang hanya nampak pada mata kasar kita ini. Cuma usaha kita sahaja yang membezakan.

itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...

*Sekadar tambahan. Kat bawah nie ada gambar-gambar crew yang terlibat semasa melaksanakan assignment tersebut.


One of the drivers dari UIA PJ ke Putrajaya

Ahli-ahli studio yang terlibat
Pusing-pusing Tasik Putrajaya
semua buat muka keletihan

Read more...

MOCK UP MODEL

>> 9 Feb 2012

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Tiada apa yang nak dikongsikan. Cuma satu sahaja nak diberi tahu. Kejayaan itu mungkin datang kemudian selepas beberapa kegagalan yang kita hadapi. Jadi, bersabarlah dalam lakukan apa-apa kerja.


Allah berfirman di dalam Al-Quran :


"..... dan sesungguhnya Allah (sentiasa) bersama-sama orang yang sabar." (surah Al-Baqarah : ayat 249)


Mockup Model aku still in progress. Dah siap nanti aku tunjuk kalau teringat. To be continued...

Read more...

REHAT

>> 8 Feb 2012

Assalamualaikum/salam mahasiswa


"Dan kami menjadikan tidurmu untuk istirehat. Dan kami menjadikan malam sebagai pakaian."
(surah An-Naba' : ayat 9-10)


Dalam ayat di atas, Allah memberi tahu kita bahawa malam itu diciptakan untuk kita berehat-rehat dalam keadaan yang tidak sedar/separa sedar atau TIDUR. 


Saya cuba sampaikan ini kerana saya ingin memperingatkan diri dan rakan-rakan yang lain supaya menjadikan malam waktu yang sesuai untuk berehat.


Mungkin ramai tak tahu, student-student asasi Seni Bina mempunyai waktu tidur yang 'mencukupi' dek kerana menyiapkan projek atau assignment yang berlambak-lambak. Jadi, saya salah seorang mangsa tersebut.


Tidur lewat ini boleh mendatangkan banyak penyakit. Penyakit tersebut tak perlu disebut sebab saya bukan pelajar bidang Perubatan. Menurut beberapa kajian, tidur yang sihat adalah dari jam 11 malam hingga 3 pagi.


Kemudian, bangun dari tidur pada pukul 3 pagi untuk mengerjakan qiamullail sebagaimana firman Allah di dalam Al-Quran Al-Karim : 


"Sesungguhnya bangun di waktu itu lebih berkesan. Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak)." (surah Al-Muzammil : ayat 6-7)


Nampak lebih bagus kan kalau kita jadikan perkara ini sebagai rutin harian. 


Saya mohon kepada rakan-rakan semua supaya kita berdoa sama-sama untuk diberi kekuatan dalam menempuh segala assignment/tutorial/quiz/projek yang akan datang. Jumaat ini, saya kena present Mockup Model yang diperbuat daripada Serial Plane. Nampak gaya, tidur lewat atau tak tidurlah saya dalam 2/3 hari ini untuk menyelesaikan benda alah tersebut.


Contoh Mockup Model 

itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...
"Allah Lebih Mengetahui"

Read more...

SAMBUTAN MAULUD NABI

>> 4 Feb 2012

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Setiap tahun, umat Islam seluruh dunia akan menyambut Maulud Nabi S.A.W pada 12 Rabiulawal. Pelbagai aktiviti dijalankan terutama di Malaysia. Jika semasa saya di bangku sekolah, kami berarak dari sekolah ke masjid. Berselawat beramai-ramai. Ceramah tentang kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Jamuan makan sedikit.


Itu zaman kanak-kanak, tak tahu apa-apa. Dah besar sikit ni, barulah nak kaji mana datangnya Maulud Nabi ni. Ada ke tak sambutan perayaan kelahiran Nabi waktu baginda masih hidup dahulu. 


Menurut beberapa sumber, ada sesetengah daripada kita menggunakan dalil yang tidak ada kena mengena dengan Maulidur Rasul.


Contoh dalil : 


Daripada Qatadah Al-Ansori, bahawasanya Rasulullah ditanya tentang berpuasa pada hari Isnin, Nabi S.A.W bersabda, "Itulah hari aku dilahirkan dan diturunkan wahyu ke atasku".


Hadis ini tidak ada kaitan langsung dengan Maulid Nabi. Hadis ini berkaitan dengan sunat berpuasa pada hari Isnin. Hadis ini sering digunakan dalam menyatakan sambutan Maulid Nabi itu ada dan sunat dilakukan.


Ada orang kata sambut Maulidur Rasul sebab nak tunjukkan ingatnya kita kepada baginda dan lahirkan rasa cinta kepada Nabi S.A.W. Habis tu sebelum maulud Nabi, kita lupalah tentang baginda. Ataupun kita ingat Nabi 2 atau 3 jam semasa sambutan itu sahaja, lepas habis majlis kita lupa balik kat baginda.


Pada pandangan diri yang tak seberapa ini, tak salah nak berselawat ke atas junjungan besar Nabi S.A.W pada hari itu. Tetapi nampak sangat kita ni macam semasa Maulud Nabi je beriya-riya nak ingat pasal Nabi. Kalau boleh biarlah tiap-tiap hari. Kan itu lebih elok. 


Saya rasa cara nak menanamkan rasa cinta kepada Rasulullah S.A.W ialah dengan melakukan apa yang diajar oleh baginda dalam erti lain mengamalkan Sunnah baginda seperti pergi solat berjemaah di masjid tiap-tiap waktu (bagi lelaki). Dengan cara ini, hari-hari kita boleh ingat kat baginda. 


sekadar perkongsian ilmu
itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian..
"Allah Lebih Mengetahui"

Read more...

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP