Powered by Blogger.

ADILKAH ALLAH ITU?

>> 14 Mar 2013

Assalamualaikum

Baru-baru ini saya dikejutkan dengan beberapa soalan yang diberikan oleh rakan saya. Soalan tersebut membuatkan saya dan rakan-rakan lain tersentap ketika makan. Katanya, soalan ini diberi oleh seorang kawan yang berbangsa Cina dan bukan muslim. Soalannya agak kritikal dan ia membabitkan akidah umat Islam.

Soalan : "Betul ke tuhan itu Adil? Kalau ya, mengapa orang miskin dicipta. Orang kaya boleh menderma dan menginfak dengan hartanya di samping dia beribadah kepada Allah. Hidup senang, makan semua cukup. Orang miskin pula, dah la tak ada duit, nak bersedekah pun tak dapat. Nak beramal pun susah. Lepas tu, kalau nak makan terpaksa mencuri untuk jadikan sumber rezeki. Tak ke nanti dia akan dimasukkan ke neraka dengan sebab mencuri tu.So, adil ke tuhan ni?"

Saya taklah berapa pakar dalam menjawab soalan-soalan sebegini. Cuma ada satu hadis Rasulullah S.A.W yang kisahnya lebih kurang macam soalan di atas.


Dari Abu Hurairah r.a., katanya : Bahawa oang-orang miskin dari sahabat Muhajirin datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata: "Orang kaya boleh mendapatkan darjat yang tinggi dan syurga abadi." Kata Rasulullah S.A.W : "Apakah yang engkau maksudkan?" Jawab mereka itu : "Mereka sembahyang seperti kami, puasa seperti kami, tetapi mengeluarkan sedekah dan memerdekakan sahaya, hanya dapat dicapai oleh orang kaya saja, sedangkan kami tidak. " Kata Rasulullah S.A.W : "Mahukah kamu aku ajarkan sesuatu agar kamu dapat mengejar usaha orang yang terdahulu, dan mendahului usaha orang-orang zaman akan datang, bahkan dengan itu kelak tak ada orang yang lebih baik/utama daripada kamu kecuali yang berbuat seperti kamu." Jawab kaum miskin itu :
Baiklah. Bersabda Rasullah s.a.w. : "Bacalah oleh kamu masing-masing ; tasbih, takbir dan tahmid tiap-tiap selesai sembahyang, masing-masing tiga puluh tiga kali. 

Kata Abu Saleh ( seorang periwayat hadis ini ) : " Setelah beberapa lama, orang-orang miskin itupun kembali lagi mengadu kepada Rasullah S.A.W sambil berkata : Bahawa orang-orang kaya itu telah dapat mendengar kami, dan telah berbuat pula seperti kami."
Kata Rasullah s.a.w. : " Ya, hal itu hanya kemurahan Allah yang diberikanNya kepada siapa yang dikehendakiNya."
(hadis riwayat Muslim)

Saya berharap semua dapat baca hadis di atas walaupun ia panjang. Berdasarkan hadis ini, apa yang dapat difahami bahawa Allah sangat permurah dengan menyediakan platform bagi orang miskin supaya dapat beramal seperti orang kaya. 

Sungguhpun, orang miskin tidak dapat bersedekah dengan hartanya tetapi boleh beramal dengan zikir tasbih,tahmid dan takbir sebanyak 33 kali yang tarafnya sama dengan amalan sedekah orang kaya. Bukankah Allah itu Maha Adil kepada semua hambaNya.

Kemudian saya jawab, masuknya seseorang itu ke dalam syurga atau neraka bukanlah kerja kita untuk menetapkan. Itu semua adalah kuasa Allah yang menentukan seseorang itu ke mana. Contoh yang diberikan seperti di dalam hadis tentang seorang pelacur yang diberi ganjaran syurga atas sebab memberi minum seekor anjing. 

Hal ini juga menunjukkan Allah itu Maha Adil. Walaupun sebelumnya pelacur itu banyak melakukan amalan buruk tetapi akhirnya diberi syurga kerana melakukan sedikit amalan baik iaitu memberi minum seekor anjing yang dahaga.

Satu lagi, Allah itu sangat adil kepada hambaNya kerana Allah menguji seseorang itu melainkan apa yang dia mampu sahaja. Jika seseorang itu miskin, Allah tidak membebankannya dengan menyuruh orang miskin itu membayar zakat atau menunaikan haji sebaliknya orang kaya wajib lakukan.

Orang miskin pula kenalah bersabar dengan tahap kesabaran yang maksimum. Mengapa pilih untuk mencuri, kan tuhan beri banyak option untuk cari rezeki. Allah tahu kita mampu mencari rezeki yang halal dan jangan menyempitkan pemikiran dengan mencari jalan mudah untuk cepat kaya.

Sekian.
Allah Lebih Mengetahui.


Read more...

SOLAT BILA MASUK WAKTU

>> 22 Jan 2013

Assalamualaikum

Saya nak tunjuk satu gambar yang dilukis sendiri oleh senior saya di KISAS dan KAED, IIUM Gombak. Beliau merupakan pelajar architecture (part 1) yang graduate pada tahun 2010.


Wallahua'lam.

Read more...

RADIO AL-QURAN DI DESKTOP ANDA

>> 8 Jan 2013

Assalamualaikum

Tahukah anda bahawa kita boleh mendengar radio Al-Quran di komputer kita dengan cara yang sangat mudah. Tak perlu buka browser untuk cari di Google atau website-website yang berkaitan dengan Al-Quran. Tak perlu cari di YouTube. Nak tahu caranya bagaimana, ikuti langkah-langkah di bawah.

Dengan step-step di bawah ini, korang semua boleh tahu atau pilih pembaca/reciter ayat Al-Quran tersebut.

Steps :

1) Go to Desktop

2) Right Click and select New


3) Select Shortcut

4) A new window will appear to you, you need to paste one of these links in it :


Example - mms://50.22.223.13/radio

( Public Radio - Broadcast to different reciters -)

mms://50.22.223.13/radio

............................................................................................................

( Reciter - Maher Almaikulai - )

mms://50.22.223.13/maher

............................................................................................................

( Reciter - Ahmed Al-Ajmi - )

mms://50.22.223.13/ajm

............................................................................................................

( Reciter - Saud Al-Shuraim - )

mms://50.22.223.13/shur

............................................................................................................

( Reciter - Abdulbaset Abdlssamed - )

mms://50.22.223.13/basit

............................................................................................................

( Reciter - Abdel Rahman Sudais - )

mms://50.22.223.13/sds

............................................................................................................

( Reciter - Saad Al-Ghamdi - )

mms://50.22.223.13/s_gmd

............................................................................................................

( Reciter - Mohammed Siddiq Al-Minshawi - )

mms://50.22.223.13/minsh

............................................................................................................

( Reciter - Abdulbaset Abdlssamed { Mujawwad } - )

mms://50.22.223.13/basit_mjwd

............................................................................................................

( Reciter - Mashary Al-Afasy - )

mms://50.22.223.13/afs

............................................................................................................

( Reciter - Khalid Al-Qahtani - )

mms://50.22.223.13/qht

............................................................................................................

( Reciter - Fares Abbad - )

mms://50.22.223.13/frs_a

............................................................................................................

( Reciter - Idris Abkar - )

mms://50.22.223.13/abkr

............................................................................................................

( Reciter - Yasser Al-Dosari - )

mms://50.22.223.13/yasser

............................................................................................................

( Reciter - Abu Bakr Ashatery - )

mms://50.22.223.13/shatri


5) Select Next


6) Write the name of the channel


7) Click Finish

Rasanya step-step untuk dapatkan radio Al-Quran ni agak mudah kan. Diharapkan sesiapa yang dapat tu tolong sebarkan. 

Setiap kebaikan walaupun sebesar kuman tetap akan dibalas oleh Allah. Jadi, sama-sama kita kongsikan benda ni dengan rakan-rakan yang lain.

'Allah Lebih Mengetahui'

Read more...

HARI RAYA PADA HARI JUMAAT

>> 26 Oct 2012

Assalamualaikum

Pada tahun ini iaitu tahun 2012, Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari Jumaat. Jadi timbul banyak persoalan tentang kewajipan Solat Jumaat pada hari tersebut. Terdapat beberapa pandangan para ilmuan fekah tentang perlaksanaan Solat Jumaat yang berlangsungnya juga Hari Raya Aidiladha atau Aidilfitri.

Dari Iyas bin Abi Ramlah As-Syami, beliau berkata : "Aku pernah menyaksikan Muawiyah bin Abi Sufyan R.A bertanya Zaid bin Arqam R.A : 

"Apakah kamu pernah bersama Rasulullah S.A.W terjadinya dua raya terkumpul dalam satu hari?", dia menjawab : "Ya (pernah)", Muawiyah bertanya : "Bagaimanakah beliau lakukan?", dia menjawab : "beliau (Rasulullah S.A.W) Solat Eid (Solat Hari Raya) kemudian memberi keringanan untuk Solat Jumaat, beliau bersabda : "Barangsiapa yang hendak solat (Solat Jumaat), maka solatlah ia". (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasai', Ibnu Majah, Ad-Darimi, Al-Baihaqi, Al-Hakim dan Ath-Thayalisi)

Apa yang dapat difahami dari hadis di atas, Rasulullah S.A.W beri keringanan kepada kita untuk tidak melakukan solat Jumaat jika kita telah melakukan solat Hari Raya.

Sungguhpun begitu, terdapat hadis lain yang menyatakan Nabi S.A.W tetap melakukan solat Jumaat walaupun solat Hari Raya telah dilakukan.

"Telah berkumpul pada hari kamu ini (hari Jumaat) dua Hari Raya, maka sesiapa yang mahu memadailah baginya Solat Hari Raya mewakili Solat Jumaat (Solat Jumaat tidak wajib), adapun kami (Nabi S.A.W dan para sahabat) akan menunaikan Solat Jumaat." (Hadis riwayat Ahmad,Ibnu Majah dan Abu Daud)

Jadi, apa yang dapat disimpulkan, terdapat dua pendapat tentang kewajipan Solat Jumaat pada Hari Raya Aidiladha atau Aidilfitri.

1. Wajib kerana Nabi S.A.W tetap melakukan Solat Jumaat walaupun baginda telah melakukan Solat Hari Raya pada paginya.

2. Tidak Wajib kerana Nabi S.A.W memberi rukhsah/keringanan untuk tidak melakukan Solat Jumaat, memadailah dengan hanya Solat Zohor. Sesetengah pendapat menyatakan Solat Zohor juga gugur kewajipannya kerana tiada Solat Zohor pada hari Jumaat.

Tetapi untuk mengelakkan daripada berlakunya masalah yang lebih besar berkaitan perkara khilaf ini, lebih baik kita lakukan sahaja Solat Jumaat jika kita telah melakukan Solat Hari Raya Aidiladha atau Aidilfitri pada waktu pagi Jumaat tersebut.

Wajib atau tidak wajib, kita tetap Solat Jumaat. Masalah selesai, tiada pergaduhan dan tiada perbalahan.

'Allah Lebih Mengetahui'

Read more...

MEMULAKAN PERKENALAN

>> 27 Sept 2012

Assalamualaikum

Terasa asing di tempat baru atau tempat yang tak pernah dijejaki sebelum ini merupakan perkara biasa yang terjadi pada semua orang. Kita perlu pandai membawa diri di tempat tersebut untuk kita terus survive dengan lebih lama. Antara cara yang boleh dilakukan ialah memulakan perkenalan dengan orang lain.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (surah Al-Hujurat : ayat 13)

Apa yang boleh difahami, ayat di atas menyuruh kita supaya berkenalan antara satu sama lain tidak kira bangsa mahupun warna kulit. Saya juga baru sahaja mendaftarkan diri di UIAM Gombak. Saya tidaklah berasa asing sangat sebab ramai kawan-kawan dari UIAM PJ dulu masih ada di sini. 

Di kuliyyah atau fakulti, saya sempat berkenalan beberapa rakan baru dari luar negara. Ada dari Palestin, Arab Saudi, Mesir dan sebagainya. Pada mulanya, mereka berasa agak janggal di sini tapi lama-lama mereka dapat menyesuaikan diri.

Kaedahnya dengan mengamalkan ayat 13 dalam surah Al-Hujurat iaitu memulakan perkenalan dengan ramah mesra dan beradab. Kesannya, rangkaian dan jalinan persaudaraan kita dapat diperluaskan di serata dunia.

itu sahaja untuk kali ini..
Wallahua'lam..

Read more...

DOA KETIKA BERBUKA PUASA

>> 12 Aug 2012

Assalamualaikum

Sejak kita di bangku sekolah rendah, kita sering diajar oleh ustaz/ustazah kita dengan doa berbuka puasa. Tak cukup di sekolah, kadang-kadang doa berbuka puasa ini juga dipaparkan di kaca televisyen sebelum laungan Azan Maghrib. Tapi adakah kita tahu bahawa doa berbuka yang selalu kita dok baca tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan itu ada dalilnya tersendiri.

Saya akan tunjukkan hadisnya seperti di bawah.

Dari Muadz Ibn Zuhrah , bahwasanya telah sampai kepadanya, sesungguhnya Nabi S.A.W apabila berbuka puasa, baginda mengucapkan : 



(Hadis riwayat Abu Daud, no 2358)

Hadis di atas dinilai oleh para ilmuan hadis seperti Albani dan Ibnu Hibban sebagai DHAIF atau lemah kerana Muadz ialah seorang tabi'in dan terus disandarkan kepada Rasulullah S.A.W. Oleh sebab itu, sanadnya terputus dan menyebabkan statusnya menjadi lemah/dhaif.

Walaubagaimana pun, terdapat hadis yang lebih kuat dari hadis di atas tentang doa berbuka puasa yang diajar oleh Nabi S.A.W. 

Daripada Abdullah Ibn Umar R.A, Rasulullah S.A.W ketika berbuka puasa, baginda membaca :


Maksudnya : Telah hilang rasa dahaga dan basah kembali urat-urat dan InsyaAllah mendapat pahala (di sisiNya).

(Hadis riwayat Abu Daud, no 2357)

Hadis di atas dinilai oleh para ulama' hadis sebagai hadis Hasan. Kita boleh beramal dengannya dan hadis ini lebih kuat daripada hadis yang diriwayatkan oleh Muadz Ibn Zuhrah.

Tapi tentang waktu untuk membacanya terpulang kepada kita sendiri. Ada sesetengah pendapat mengatakan doa tersebut dibaca selepas berbuka puasa jika dilihat pada maknanya. "Telah hilang dahaga" bermaksud rasa dahaga kita hilang selepas kita meneguk/minum air. Jadi, doa ini dibaca selepas kita membatalkan puasa kita/berbuka puasa ketika azan Maghrib. 

Namun, hadis Rasulullah S.A.W tentang membaca "Bismillah" sebelum makan atau minum memang tidak boleh diragui. Apa-apa pun, memang confirm sebelum berbuka puasa kita perlu baca bismillah kemudian terpulang kepada kita untuk baca doa berbuka puasa atau tidak.

Oleh itu, mengapa perlu gunakan hadis yang lemah sedangkan terdapat hadis yang lebih tepat tentang doa berbuka puasa yang dibaca oleh Nabi S.A.W. Saya harap kita semua selepas ini dapat mengamalkan doa-doa yang diajar oleh baginda berdasarkan hadis-hadis yang lebih benar dan diyakini.

Allah Lebih Mengetahui.

Read more...

MANDI LAMA KETIKA BERPUASA

>> 30 Jul 2012

Assalamualaikum


Semasa kita kecil-kecil atau semasa zaman kanak-kanak dahulu, kita sering diperdengarkan dengan satu kenyataan bahawa mandi lama-lama semasa kita tengah berpuasa adalah MAKRUH. Ada juga yang mengatakan bahawa mandi selepas waktu Asar juga adalah makruh.


Ini merupakan satu kenyataan yang kurang tepat kerana tiada satu dalil pun yang menjelaskan makruhnya mandi ketika berpuasa. Memang hakikat yang tidak dapat dielakkan bahawa semasa kita berpuasa, kita akan berasa dahaga dan panas. Dan fitrah manusia juga, kita mesti akan lakukan sesuatu yang boleh menyejukkan badan kita apabila terasa panas.


Rasulullah S.A.W adalah manusia biasa seperti kita yang juga berasa dahaga dan panas ketika berpuasa. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Malik dalam kitabnya Al-Muwatta' :


Abu Bakar ibn Abdul Rahman berkata : telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku : "Aku melihat Rasulullah S.A.W di sebuah tempat bernama Al-'Arj mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa kerana berasa dahaga atau panas." (riwayat Ahmad dan Abu Daud)


Hadis di atas merupakan hadis sahih. Mengapa perlu ketepikan hadis yang sahih untuk menghalang perkara-perkara yang dilakukan oleh baginda. Yang penting, Nabi S.A.W tidak pernah melarang kita dalam mana-mana hadis baginda bahawa mandi ketika berpuasa adalah makruh.


Jadi semasa kita berpuasa ini, tak kesah kita nak mandi 30 kali sehari sekalipun, ia tidak menjadi satu masalah kerana terdapat hadis yang membenarkannya dan Rasulullah S.A.W sendiri melakukannya.


Wallahua'lam.



Read more...

BOLEH KE BERSUGI KETIKA BERPUASA?

>> 24 Jul 2012

Assalamualaikum


Merujuk kepada tajuk di atas, mesti ramai yang tertanya-tanya boleh bersugi atau tidak. Seperti yang sedia maklum, semasa kita berpuasa mulut kita akan berbau disebabkan tidak makan dan minum. Bau mulut kita akan naik dan baunya agak kurang wangi. Walaupun baunya agak kurang menyenangkan tapi ianya bau yang sangat harum di Syurga sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W.


 "Bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Namun begitu, bukanlah kita diwajibkan untuk membiarkan bau mulut yang 'sedap' tersebut. Islam menggalakkan kita untuk menjaga kebersihan diri dan menjaga hubungan sesama Muslim. Jika kita menemui saudara kita dengan bau mulut yang busuk sehingga menyebabkan saudara kita rasa kurang selesa, adakah itu dapat menjaga hubungan kita dengan orang sekeliling kita?


Begitu juga ketika kita solat, bau mulut yang tak harum itu akan menyebabkan orang di sebelah di dalam saf kita akan hilang kekhusyukkan. Jadi, haruslah kita bersugi atau gosok gigi semasa kita berpuasa. Ianya bukan jadi penghalang untuk kita mendapatkan pahala semaksimum mungkin ketika berpuasa.


Hadis di bawah yang mengatakan bersugi ketika berpuasa itu MAKRUH adalah hadis dhaif atau hadis yang lemah. 

"Jika kamu berpuasa, bersugilah pada waktu pagi dan jangan bersugi pada waktu petang" (riwayat Al-Bazzar, At-Tabarani dan lain-lain)



Mengapa perlu berhujah dengan hadis yang lemah sedangkan terdapat hadis yang lebih kuat tentang galakan bersugi tak kira masa sama ada berpuasa atau tidak seperti hadis di bawah.


"Jika bukan kerana bimbang menjadi beban kepada umatku nescaya aku perintahkan mereka bersugi setiap kali waktu solat" (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Jadi, bersugi atau gosok gigi tidak menjadi masalah walaupun kita sedang berpuasa. Bersugilah bila-bila masa pun dan di mana jua kita berada kerana ia merupakan satu galakan yang disarankan dalam Islam.


'Allah Lebih Mengetahui'

Read more...

ISLAMIC ARCHITECTURE

>> 21 Jul 2012

Assalamualaikum/salam mahasiswa


For this post, I want to share about Islamic Architecture. I think some of you know about Islamic Architecture and maybe, the rest do not know about this topic. Usually, when Islamic Architecture is said to the people, the first thing that passes by their mind is Calligraphy Art (Khat). I don't say NO but it is only one of them.


The Principles of Islamic Architecture :
- Relying both on the technical scientific and the artistic creative principles of architecture.
- The relationship between architecture and the Islamic creed which is found the expression in monotheist spirit as a religion foundation.


The Characteristics of Islamic Architecture :
- Geometrical and mathematical proportion, human in scale and composed of squares and rectangles layout. For example, the pattern on the door is calculated accurately like there are some grids that lined on it. 


Islamic Pattern formed from the grids
-  Conception on broader landscape and grand scale. It means that the landscape outside the building is large and wide. The exterior spaces can assign the building is islamic architecture or not. For example, the garden in front of the library is large with the decoration of fountains and the seats. 


the grand scale landscape
- The building give a sense of peace, security and humble. For example, the sound of chirping birds and water flow of the river or fountains near the office can relax the employee from stress and it can be a good place to rest. In the mosque/masjid, the huge differentiation of height between the ceiling and floor may attend the feeling of humble to  people in it.


sense of peace
sense of humble
I hope a little bit of this information can make all of you clear about the Islamic Architecture so that after this, we think that this concept in wider perspectives and open-relevant views.


Sources :
- Islamic Art Museum Malaysia - http://www.iamm.org.my
- Built Environment Notes 2011, Department of Architecture and Environmental Design UIAM
- Masjid Besi Putrajaya
- Masjid Negara Kuala Lumpur
- Design By Nature written by Maggie Macnab
- Islamic Geometric Pattern written by Eric Broug


Thank you. Wallahua'lam.

Read more...

PANDANGAN SAYA TENTANG 'MAJLIS JASAMU DIKENANG'

>> 16 Jul 2012

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Tarikh   : 14 Julai 2012
Tempat : Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang


Sabtu lepas, satu majlis telah dijalankan di KISAS sempena mengenang jasa bekas pengetua Kolej Islam Malaya/Klang iaitu Ustaz Hj Nik Mohamad Mohyideen yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak. Semua orang dijemput hadir ke majlis tersebut terutama Alumni Kolej Islam (ALKIS). Saya juga berkesempatan menghadiri majlis tersebut bersama beberapa rakan batch saya.


Baiklah, sepanjang saya berada di situ, dapatlah saya nukilkan beberapa pandangan saya. Pertama, Alumni adalah tetamu istimewa yang dijemput tapi tak berapa ramai yang datang. Banyak seat-seat kosong kat khemah luar. Mungkin ada yang sibuk dengan hal masing-masing. Itu dimaafkan. Tapi Alumni yang tidak mahu datang disebabkan berbeza fahaman politik sangatlah tidak boleh diterima. Walaupun Majlis Jasamu Dikenang ini dihadiri oleh PM kita, takkan ia menjadi faktor utama kita tak boleh datang ke majlis tersebut. Kamonlah, rasanya semua besar-besar belaka tapi pemikiran macam budak-budak tadika. 


Kedua, kedengaran guru-guru KISAS ada yang komen tentang Alumni yang datang. Katanya, ada Alumni yang berselisih dengan cikgu-cikgu tapi tidak mengendahkan cikgu tersebut. Mereka bukanlah pelajar yang tidak dikenali guru tersebut. Cikgu siap ingat lagi mereka batch mana tapi mereka lupa nak tegur cikgu-cikgu. Saya pun tak sempat juga nak jumpa semua cikgu tapi saya sempat sembang dengan cikgu Aznora, Guru Cemerlang Sejarah saya dahulu. Mungkin ramai yang tahu tentang luahan cikgu-cikgu ini. 


Jadi, saya berharap kita semua yang sudah bertitlekan bekas pelajar/alumni Kolej Islam ni, jenguk-jenguklah cikgu jika berkelapangan. Saya bukanlah pelajar yang banyak menyumbang sangat kat sekolah dulu. Tapi saya hadir ke majlis tersebut atas sebab saya bekas pelajar yang masih sayang sekolah saya bukan sebab fanatik pada mana-mana parti politik. 


Kita nanti, bila dah besar jadi orang yang hebat-hebat, mungkin ada yang jadi Ahli Agama yang mantap,ada yang jadi Arkitek, ada yang Doktor, ada Engineer, ada Lawyer dan macam-macam lagi, janganlah kita lupa akan cikgu-cikgu kita ya kawan-kawan.


iklan jemputan di akhbar Utusan
itu sahaja untuk kali ini..
ok, sekian..
"Allah Lebih Mengetahui"

Read more...

JADI LEBIH MATANG

>> 28 Jun 2012

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Baru-baru ini, saya mendengar satu forum yang disiarkan secara siaran langsung di satu laman web. Forum tersebut berkisarkan tentang Hala Tuju Islam Selepas PRU13. Saya rasa panel-panel yang kupas dan bincangkan tajuk tersebut baik-baik sahaja walaupun mereka berbeza pandangan. Tapi para pendengar yang hadir terlalu taksub sehinggakan mereka tak boleh menerima apa yang diperkatakan oleh beberapa panel. Sebab isi yang dilontarkan berbeza dengan pendapat dan pemahaman para pendengar. Mereka terjerit-jerit sampai salah satu daripada panel yang ada sukar untuk menyuarakan pandangan beliau.


Saya rasa sebenarnya sebahagian kecil mungkin juga besar rakyat negara kita masih tidak matang dalam berpolitik atau memahami politik yang ada di Malaysia. Kita cuma tahu nak mengharapkan itu, nak mengharapkan ini tanpa memikirkan jika kita berada di tempat mereka lebih-lebih lagi orang muda. Jiwa muda lagi ekstrem, tahu nak ada benda yang boleh memuaskan hati sahaja. Saya tak nafikan bahawa saya juga kadang-kadang rasa begitu.


Jadi, saya sarankan kita semua yang muda-muda ni kaji betul-betul tentang berita yang kita terima dari media massa kita. Jangan terlampau obses dengan mana-mana pihak sampaikan kita susah nak terima pendapat orang lain. Harap kawan-kawan semua dapat manfaatkan apa  yang saya perkatakan ini. Wallahua'lam.

itu sahaja untuk kali ini..

ok,sekian..

Read more...

BE THE BEST FOR THE RIGHT PERSON

>> 16 Jun 2012

Assalamualaikum/salam mahasiswa




Bezakan gambar di atas dengan gambar di bawah.




Saya harap kita semua dapat apa yang cuba disampaikan dalam gambar-gambar tersebut. Be the best for the right person.


itu sahaja untuk kali ini..
ok,sekian..

Read more...

TRUE FACT

>> 11 Jun 2012

Assalamualaikum/salam mahasiswa


I would like to share this and all of you must read it.



I hope all of you can understand the above statement.


itu sahaja untuk kali ini..
ok, sekian..

Read more...

CARA SEMBAHYANG YANG BETUL

>> 7 Jun 2012

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Saya nak share satu gambar bagaiman cara solat yang diajar oleh Nabi S.A.W berdasarkan beberapa hadis sahih dan hasan.


Cara Nabi S.A.W Solat
Perhatikan gambar di atas betul-betul, jika ada yang lain daripada yang biasa kita lakukan, boleh cari hadis-hadis berkaitan dengan solat. Cari hadis yang sahih dan hasan sahaja bukan hadis dhaif.


Cuba jangan dikaitkan dengan mazhab dahulu sebab sumber hukum diambil dari Al-Quran dan Hadis. Apa-apa masalah fiqh, kita cari dalil Al-Quran dan Hadis dahulu. Kan Nabi lebih tepat amalannya daripada manusia lain. Kemudian baru diambil dari Ijmak Ulama',Qias dan sebagainya.


Mungkin selepas ini, kalau berkesempatan saya akan tunjukkan beberapa hadis tentang solat yang diajar oleh Nabi S.A.W.


itu sahaja untuk kali ini..
ok, sekian..
"Allah Lebih Mengetahui"

Read more...

JADUAL KOSONG

>> 5 Jun 2012

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Baru-baru ini, result atau keputusan bagi Semester 3 telah dikeluarkan. Tiada apa yang perlu dikomen. Result agak baik. Alhamdulillah diucapkan dan jutaan terima kasih kepada Tuhan yang Maha Memberi Rezeki. Bagi sesiapa yang tak semak lagi, boleh check pada link di bawah.

link : http://my.iium.edu.my/portal/page/portal/myiium_cfs_v3


Kita tinggalkan kisah result, kita bincang sikit pasal kekosongan jadual yang melanda pelajar-pelajar lepasan Asasi atau Matrikulasi. Cuti agak panjang sampai bulan 9. Sementara menunggu tawaran untuk menyambung pelajaran dalam peringkat Ijazah/Bachelor Degree, eloklah kita cari pekerjaan sambilan. Orang kata boleh buat pocket money sikit.


Di samping itu, kita juga bolehlah cari ilmu tambahan sikit seperti belajar bahasa-bahasa antarabangsa, belajar memandu, menghadiri kelas-kelas agama dan lain-lain lagi.

Selain itu, jika ada jemputan majlis perkahwinan, eloklah kita memenuhi jemputan tersebut . Wajib pergi walimah yang dijemput sekiranya tiada hal-hal yang menghalang.



spaces linked by a column
Saya kira cukup sampai di sini perbincangan kita. Jika ada rakan-rakan yang nak tawarkan kerja sambilan kepada saya, ianya amat dialu-alukan. Saya masih menganggur dan sudah berminggu-minggu tanam lemak di rumah.

itu sahaja untuk kali ini..

ok, sekian..

Read more...

CARA MENGHAPUSKAN TIMELINE DARI FACEBOOK

>> 23 May 2012

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Di bawah ini saya akan tunjukkan beberapa langkah untuk mengembalikan layout profile anda kepada yang asal atau erti kata lain hilangkan timeline dari profile facebook kita.


Saya juga merupakan mangsa Timeline layout ini. Sebenarnya layout tu tak menjadi masalah pun cuma saya lebih suka layout yang lama. 


Timeline layout


Cara yang saya akan tunjukkan ini adalah untuk pengguna browser RockMelt dan Google Chrome. Pengguna browser lain juga boleh guna cara ini tapi ada some steps yang perlu ditukar.


Step 1 : buka web atau taip www.timelineremove.com dan scroll down seperti paparan yang tertera di bawah. Pilih dan klik pada browser yang kita gunakan.


www.timelineremove.com


Step 2 : Setelah anda klik pada logo browser yang anda gunakan, Command Button akan keluar di bahagian bawah skrin anda untuk mengesahkan anda pada step yang seterusnya. Klik butang continue.


command button


Step 3 : Kemudian Dialog Box seperti di bawah akan keluar. Klik Install dan tunggu sehingga selesai ia dimuat turun.


dialog box untuk install timeline remove


Step 4 : Selesai proses install, logo Timeline Remove akan tertera di bahagian tepi jika anda menggunakan browser RockMelt. Check untuk mengenal pasti sama ada ia berfungsi atau tidak.


icon timeline remove di bahagian kiri skrin


Step 5 : Pergi ke profile facebook anda kemudian refresh page tersebut. Anda akan lihat profile anda kembali kepada layout yang asal.


layout lama

Tambahan : Jika anda ingin menukar semula kepada timeline layout, hanya klik pada icon timeline remove dan klik pada logo hijau (tanda betul) atau logo merah (tanda pangkah) untuk menukar status timeline remove. Kemudian refresh page tersebut.

status : on

status : off

note : Cara ini hanya berkesan untuk PC/Laptop kita sahaja. Maknanya kita sahaja yang akan nampak layout kita dalam bentuk yang asal. Friends kita tetap nampak timeline pada profile kita. Jadi, ajaklah kawan-kawan kita semua install Application Timeline Remove ini supaya profile kita kelihatan layout lama daripada tatapan friends/kawan-kawan kita juga.

itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...
"Allah Lebih Mengetahui"

Read more...

BE A GOOD EXAMPLE TO HIM/HER

>> 14 May 2012

Assalamualaikum/salam mahasiswa

Suka saya untuk kongsi gambar ini. Harap semua dapat memahami apa yang cuba disampaikan dalam gambar di bawah.


Dengar-dengar, ramai kawan saya yang nak berumah tangga walaupun rumah mereka tiada tangga. Apa-apa pun saya ucapkan tahniah. Barakallahu lakuma till Jannah. Rupa-rupanya ramai jugak orang yang berkenan kat kawan-kawan saya nie.

itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian..
"Allah Lebih Mengetahui"

Read more...

NUMBER ONE FOR ME

Assalamualaikum/salam mahasiswa




Tajuk      : Number One For Me
Penyanyi : Maher Zain
Penerbit : AwekingRecords


Cuba hayati liriknya. Lagu ni tentang seorang ibu. Liriknya membawa makna yang baik bukan seperti lagu-lagu korea atau apa-apa saja lagu yang entah dari mana datangnya lirik tu. Tak membawa soul langsung. Harap semua dapat mendengarnya dengan baik.


itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian..

Read more...

SOLATLAH KAMU!!!

>> 8 May 2012

Assalamualaikum/salam mahasiswa




Rasanya semua faham dengan apa yang gambar di atas cuba sampaikan. Harap kita semua dapat ambil iktibar dengan sebaiknya.


"Allah Lebih Mengetahui"

Read more...

PORTFOLIO DAY

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Esok pagi ada Porfolio Day untuk pelajar-pelajar Architecture and Environmental Design di mana mereka perlu memaparkan hasil kerja mereka kepada lecturer atau pemeriksa. Portfolio Day ni lebih kurang macam Final Exam bagi kami. Semua carry mark Assignment, Skill Test,Presentation,Folio dan lain-lain akan dicampurkan secara total ketika hari tersebut dan gred keseluruhan bagi subjek tersebut akan dikeluarkan.


portfolio day di UIAM PJ
Malam ini, mungkin mereka akan sibuk membetulkan (TOUCH UP) atau membuat semula (REDO) kerja-kerja sebelum ini yang grednya kurang memuaskan. Saya dapatkan rasakan sebahagian daripada mereka tidak akan tidur untuk menyiapkan semua itu.


Add caption
Masing-masing terbeliakkan bebola mata untuk buat kerja. Ada yang teguk Nescafe sampai 8 tin. Ada yang telan Redbull dengan tin-tin nya sekali. Semata-mata untuk mendapatkan gred keseluruhan yang terbaik. 

Effort yang diberikan sangat banyak tapi kalau skor rendah jugak, memang inilah makannya.


Beginilah hidup budak-budak asasi architecture yang tak berapa ada life sangat nie.


itu sahaja untuk kali ini..
ok,sekian...

Read more...

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP