Powered by Blogger.

RAYA

>> 29 Aug 2011

Assalamualaikum/salam aidilfitri


Tarikh : 30 Ogos 2011/1 Syawal
Masa   : 12.57 pagi
Lokasi : My Sweet Home


taken by Khairil Photographer in my dorm
                   


Berlalulah sudah ramadhan,
Sebulan berpuasa,
Tiba syawal kita rayakan,
Dengan rasa gembira.


Dah tu bulan puasa pergi, takkan tak rasa apa-apa. Sedih jugak sebab tak berapa manfaatkan masa yang terluang dalam bulan Ramadhan tahun ini. Tak tahu tahun depan jumpa lagi ke tak bulan yang mulia nie.


Tidak mengapa, yang dah pergi tu biar pergi. Mungkin ibadat yang kita lakukan banyak-banyak tu tak semestinya diterima Allah semuanya. Ibadat tu biar berkualiti bukan kuantiti yang dikehendaki.


Sekarang nie Syawal kita kena sambut dengan perasaan gembira dan seronok berdasarkan apa yang Nabi Muhammad S.A.W ajarkan kepada kita.


taken from Doje
                   
Di kesempatan ini, saya menyusun 10 jari kaki dan 10 jari tangan memohon maaf andai kata ada buat silap ke dengan korang semua.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!!
MAAF ZAHIR DAN BATIN!!!


note : "Taqabbalallahu minna wa minkum",semoga kita dapat meneruskan/istiqamah dengan amalan baik yang kita lakukan pada bulan Ramadhan dulu.


itu sahaja untuk kali ini..
ok,sekian...

Read more...

IFTAR TERAKHIR

Assalamualaikum/salam ramadhan


Lokasi : Studio 7
Masa   : 7.15 malam - 9.15 malam


Sekejap je masa berlalu, tahu-tahu Ramadhan dah mencemburui kita. Syawal pulak menjelma. Tah siapa jemput tah.


Masa hari-hari last sebelum cuti hari tu, budak-budak studio aku ada buat iftar/buka puasa sama-sama. Dapat rapatkan ukhuwah lagi,ya dak.


studio members for studio 7 tapi tak semua ada
                
selepas buka puasa
                       
Add caption
                     


buka puasa dengan KFC sahaja


No Smoking in the studio
                


Baru 3 bulan duduk kat cfs nie tapi kawan-kawan sestudio dah ngam gila macam dah kenal 3 tahun. Semoga ukhuwah ini berkekalan hingga ke akhir hayat.


Alhamdulillah,cukup sebulan berpuasa kini raya pula tiba tapi adakah ramadhan kita sebelum ini diisi dengan amal-amal ibadat? atau seperti tabung yang kosong dalamnya? fikir-fikirkan lah.


note : Celakalah bagi mereka yang ramadhannya pada tahun lepas lebih baik daripada ramadhan tahun ini dan akan datang.


ok,sekian...



Read more...

INDAH

>> 23 Aug 2011

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Tarikh : 20 Ogos 2011
Lokasi : Masjid Negeri,Shah Alam
Masa   : 5.30 - 6.45 pagi


Pada 19 Ogos yang lepas, batch kami mengadakan majlis berbuka puasa beramai-ramai kat masjid negeri. Selesai semua tu, masing-masing plan nak carik tempat tidur.


Aku dengan beberapa member yang lain geli-gelikan mata kat masjid je. Malas nak pergi INTEC Shah Alam.


Keesokan harinya, pihak masjid adakan qiamullail. Kami bangun seperti biasa. Kemudian,pergi sahur. Habis-habis makan nak siap-siap pergi solat Subuh, terserempak dengan Ustazah Hilmiyah.


Selesai sudah solat Subuh, duduk-duduk kejap untuk tunggu transport kami ke ktm Shah Alam. Tengah-tengah sembang, nampak satu situasi yang mengagumkan kami. Terus snap beberapa photo.


*kepada rakan-rakan yang nak sambung belajar ke mesir/jordan,
 dengar kata masing-masing nak kahwin awal. Nak tanya sikit,
 mampukah korang lakukan seperti yang ada dalam gambar di bawah?


kami snap gambar ini senyap-senyap
                


keluarga bahagia
                         


korang jawab la sendiri ye...
tepuk dada tanya iman...
itu sahaja untuk kali ini...


note : Kebahagian itu datang daripada Allah bukan dari kekayaan dan kemewahan dunia ini.


ok,sekian...

Read more...

TIME TABLE

>> 10 Aug 2011

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya dalam bulan Ramadhan ini.


Sebenarnya, aku nak cerita sikit je pasal jadual aku kat cfs pj ni. Memang la tak pack sangat schedulenya tapi penat jugak weh. Meh aku show sikit.


jadual yang tak berapa padat
                 
simple hand-made time table
              


Jadi,camtu la lebih kurang jadual belajar aku dalam seminggu kat cfs pj ni.So,itu saja untuk kali ini.


note : Walaupun time table tidak begitu sibuk,tapi kita kena ingat bahawa masa lapang itu merupakan satu daripada nikmat yang sering dilupakan oleh manusia.


ok,sekian...

Read more...

SKETCH TASK 2

>> 1 Aug 2011

Assalamualaikum/salam ramadhan


Tarikh : 1 Ogos 2011
Masa   : 12.00 a.m
Lokasi : Dorm 213,Mahallah Abu Bakar


Tepat jam 12 pagi, aku berjaya menyiapkan satu drawing yang agak payah untuk disiapkan.


Dalam task ini kitorang disuruh lukis senaskhah Al-Quran, rehal dan tasbih dalam satu kertas lukisan.Kemudian,pilih satu daripada style rendering dan shade and shadow pada lukisan yang dah dibuat.


So,sebelum aku buat, aku ada tanya-tanya kat dalam group batch 55 untuk nak carik idea sikit.


Idea 1


Idea 2


Kemudian,setelah beberapa saringan serta ubah suai sana dan ubah suai sini,aku dapat satu idea baru yang hasilnya terjadi seperti lukisan di bawah.


style render : Scribbling
                    
Idea 3
                  
task completed
                   


So,drawing atas nie yang akan aku submit kat lecturer aku pada 2 Ogos 2011. Jadi,di kesempatan ini, aku nak ucap terima kasih ar kepada member-member yangg dah banyak komen kat lukisan aku.


itu sahaja untuk kali ini...
Selamat Berpuasa!!!
Selamat Berbuka!!!


note : Idea yang berbeza-beza mungkin boleh mendatangkan banyak manfaaat berbanding satu idea yang tetap sahaja.


ok,sekian...

Read more...

SKETCH TASK 1

>> 15 Jul 2011

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Tarikh : 8 Julai 2011
Lokasi : Lecture Hall A


Setiap minggu, hari jumaat merupakan hari untuk submit exercise-exercise bagi subjek Graphic Communication 1 (AED 1016).


Date kat atas ialah tarikh kami submit sketch task 1 iaitu Freehand Pattern. Kami diarahkan supaya melakar satu pattern yang ditetapkn temanya tetapi diberi kebebasan dalam menggunakan tona pensil yang berbeza dari 2H - 8B berdasarkan kreativiti sendiri.


Aku nak share sikit apa yang aku dah buat. Menda nie aku buat basic je based on instruction yang dah dibagi disebabkan kekeringan idea ketika itu. 


lukisan yang hampir siap



Inilah hasil sketch task aku. 2 hari kot buat menda nie. Sejujurnya, aku ada guna pembaris masa awal-awal tapi sikit je (tak kan tak leh kot), lepas tu freehand sampai habis. 


Alhamdulillah,aku berjaya menyiapkan dengan awalnya. Takde la nak overnight and last minute working malam last before submit date tu.


note : Sesetengah daripada kita still menggunakan pembaris walaupun ia freehand task untuk melukis garisan tegak tetapi Allah tidak memerlukan apa-apa alat untuk berdiri sendiri.


itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...

Read more...

SYUKUR TAK TERHINGGA ( 4 )

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Rasanya macam dah lama tak bukak menda alah nie. Jadi, nak isi semula kekosongan yang ada. Kita terus masuk kepada cerita.


Tarikh : 7 Jun 2011
Lokasi : UIAM Petaling Jaya
Masa   : 10.00 am - 10.00 pm


Perkongsian ini sebagai guideline atau panduan untuk junior -junior kami yang akan mendaftarkan diri di CFS IIUM pada tahun 2012/2013.




Semasa Taaruf Week or Minggu Orientasi dijalankan, semua student/pelajar baru diwajibkan menduduki beberapa peperiksaan tertentu.


Peperiksaan-peperiksaan berikut :
1. Arabic Placement Test (APT)
2. English Placment Test (EPT)
3. Fundamental Knowledge Test (FKT)
4. Tilawah Entrance Test (TEnT)


Dengan result test-test ini, korang semua akan ditentukan tempoh pengajian asasi korang sama ada 1 tahun,1 tahun setengah atau 2 tahun di CFS IIUM Petaling Jaya mahupun Nilai.


APT dan EPT akan dibahagikan kepada 6 level. FKT dan TEnT pula dibahagikan kepada Study Circle, Fardhu Ain dan Tilawah Class.


Setiap course atau program mempunyai kriteria dan syarat yang berbeza untuk menentukan tempoh belajar di Pusat Asasi UIAM ini. 


Aku beri contoh bagi Program Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar.


Contoh 1 : 
APT = Exempted
EPT = Exempted
FKT & TEnT = Exempted


tempoh pengajian = 1 tahun


Contoh 2 :
APT = Level 1/Level 2
EPT = Exempted
FKT & TEnT = Exempted


tempoh pengajian = 1 tahun


Contoh 3 :
APT = Level 1/Level 2
EPT = Level 6
FKT & TEnT = Exempted


tempoh pengajian = 1 tahun


Contoh 4 :
APT = Exempted
EPT = Level 5
FKT & TEnT = Exempted


tempoh pengajian = 1 tahun


Contoh 5 :
APT : Level 1/Level 2
EPT : Level 5
FKT & TEnT = Exempted


tempoh pengajian = 2 tahun


Contoh 6 :
APT = Exempted
EPT = Level 4
FKT & TEnT = Exempted


tempoh pengajian = 2 tahun


Contoh 7 :
APT = Level 1/Level 2
EPT = Level 4
FKT & TEnT = Exempted


tempoh pengajian = 2 tahun


Alhamdulillah, (waktu dinyatakan di atas) aku pergi ke blok pentadbiran/administrator sebab nak check result-result test nie.


Dengan keputusan-keputusan berikut :
1. APT = Exempted
2. EPT = Level 5
3. FKT = Study circle
4. TEnT = Exempted


Aku dapat program 1 tahun untuk program asasi bagi Architecture and Environmental Design iaitu course yang akan aku belajar kat CFS IIUM Petaling Jaya nie. Setinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi.


Jadi,itu sahaja serba sedikit perkongsian yang dapat aku beri untuk dijadikan panduan bagi korang yang nak apply Program Asasi di UIAM selepas keputusan SPM diumumkan nanti.


note : Allah akan beri kejayaan itu kepada hamba-Nya. Apa yang penting kita perlu usaha dan tawakkal dahulu dalam menghadapi sebarang ujian dan dugaan.


ok,sekian..

Read more...

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP