Powered by Blogger.

ISLAM ITU MUDAH

>> 12 Oct 2011

Assalamualaikum/salan mahasiswa


Aku nak share sikit satu video yang berkaitan dengan tajuk kat atas tu.


                                                         bahagian 1


                                                         bahagian 2


Semoga ia dapat membuka minda-minda ilmuan muda seperti kita.


sekadar perkongsian ilmu..
itu sahaja untuk kali ini..
ok,sekian...

Read more...

BULAN

>> 9 Oct 2011

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Tarikh : 9/10/2011
Lokasi : rumah aku


Tentu ramai yang tahu, pada malam tu terjadi satu fenomena di mana bulan kelihatan sungguh cantik.


Jadi,aku nak tunjuk sikit beberapa gambar bulan yang diambil malam tu.


peringkat permulaan
                                                              


peringkat pertengahan
                                                                     


bulan mula berbentuk seperti cincin
                                               


bulan mengeluarkan sinar berwarna biru
                      
SUBHANALLAH, cantik sungguh cipataan Allah ini.
                    
Adakah ini menunjukkan apa-apa petanda? hanya Allah sahaja yang tahu. Ianya hanyalah salah satu daripada Sunnatullah dan tidak membawa apa-apa malapetaka. Walau apa pun, kita sebagai hambaNya perlu yakin bahawa Allah sahaja yang berkuasa di atas muka bumi ini.


note : Segala ciptaan manusia yang hebat belaka itu tidak sesempurna ciptaan Allah Taala yang berada di langit dan di bumi.


itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...





Read more...

SUCI

>> 8 Oct 2011

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Tarikh : 5 - 7 Oktober 2011
Lokasi : Pulau Pangkor,Perak


Buat apa pergi P.Pangkor? Bercuti ke? Takde lah,kami cuma join program yang dianjurkan oleh MRC gabungan Mahallah-Mahallah kami je.


Antara aktivi yang kami buat:
1. Mandi laut
2. Snorkling
3. Jungle Trekking
4. Explorace
5. Beach Volleyball


Cerita atas nie cuma sampingan je la. Yang ini baru nak masuk isi kandungannya.


Di Pulau Pangkor sumber air kami cuma air laut sahaja. Jadi, kalau nak berwudhu ke nak buang yang kecik ke nak buang yang besar ke semua kena guna air laut.


So,kat sini aku cuba amalkan ilmu yang dah aku belajar iaitu wudhu dengan air laut. Tak perlu diragui, air laut nie sememangnya suci ye.


dalil tentang kesucian air laut :


Daripada Abi Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda tentang laut : "Ia adalah yang suci lagi menyucikan airnya dan yang halal bangkainya."


(riwayat Tirmizi,Abu Dawud,Nasaei dan Ibn Majah)


gambaran ketika mengambil wudhu di pantai
                       
Hukum berwudhu dengan air laut adalah sah dan tiada keraguan tentang kesuciannya.


Satu lagi situasi,waktu tu dah nak masuk maghrib, tengah mandi-manda bersama rakan-rakan, teringat semasa belajar di sekolah dahulu. Kalau berendam seluruh badan di dalam air laut dengan niat wudhu' kemudian keluar semula, ia juga dikira sah.


berdasarkan pendapat Imam As-Syafie :


Wudhu dengan menyelam dikira sah dengan cara berada seketika di dalam air ataupun terus keluar dari air untuk mewujudkan tertib antara anggota. Dalam keadaan ini,ia dianggap berlaku rukun tertib pada anggota wudhu' walaupun dalam beberapa saat.
(Majmuk Nawawi 1/448)


maaf, gambar ketika menyelam tidak dapat diambil
         


Jadi,itu sahaja yang aku nak kongsi. Semoga kita semua dapat amalkan walaupun ilmu itu sedikit.


Pangkor,I'll see you again...
ok,sekian...









Read more...

PEPERIKSAAN

>> 1 Oct 2011

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Sekarang nie kalau kita tengok masing-masing sedang menghadapi peperiksaan akhir tahun/semester/etc.


Jadi,di kesempatan ini aku nak ucapkan "Selamat Menjawab Peperiksaan" dengan bersungguh-sungguh dan penuh berhati-hati.


Tak nak la lepas exam kita bincang dengan member-member, lepas tu kalau ada yang salah, mula la frust menonggeng.Nak bunuh diri la, tak semangat untuk next paper la, rasa macam bodoh gila la.


markah kosong tak bermakna gagal
                 


Satu perkara sahaja yang perlu kita ingat, selepas kita berusaha dengan penat lelah belajar, doa dahulu sebelum masuk dewan peperiksaan. Time exam,kita jawab je macam biasa.


Then,selepas keluar dewan kita tawakkal dan berserah segalanya kepada Allah kerana dia yang memberikan kejayaan kepada kita.


Jika keputusan yang kita terima baik, ucapkanlah Alhamdulillah. Jika keputusan yang kita terima kurang memuaskan,Alhamdulillah juga. Redha je la kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Ini jadual final exam untuk Sem 1 aku.

22/09 : English
26/09 : Religions In Malaysia
28/09 : Mathematics (pagi)
           Intro to Built Environment (petang)
29/09 : Economics
03/10 : Graphic 1 (port folio)

Jadi, sama-samalah kita berusaha ye. Korang exam,aku pun exam jugak...
itu sahaja untuk kali ini...

note : Skor dan target A+ bukanlah matlamat peperiksaan dijalankan tetapi ia diadakan untuk menguji tahap kesabaran seseorang.

ok,sekian...






Read more...

SEMUA SAMA

>> 17 Sept 2011

Assalamualaikum/salam lebaran


Tarikh : 17 September 2011
Masa   : 11.30 pagi - 12.00 malam


Sehari suntuk aku berjalan beraya bak kata pepatah "orang Melayu kalau tak beraya sebulan tak sah".


So,aku bersama kawan-kawan aku Khairul,Nisa,Liyana dan Hanna jalan-jalan dari satu tempat ke satu tempat melawat rakan-rakan yang lain.


Destinasi :
1. Kolej Matrikulasi Selangor
2. Kolej Mara Banting
3. Kolej Islam Sultan Alam Shah


di KMB IB World School


berdasarkan pemerhatian aku :
Tak ada beza pun tempat-tempat belajar nie. Aku rasa sama je semua. Masing-masing punya kolej atau universiti ada kelebihan tersendiri.


Kalau duduk kat Oxford University sekali pun tapi tak belajar,malas,baloq pulak tu,belajar main-main je, tak de guna gak. Sia-sia je belajar jauh-jauh.


Apa-apa pun sekarang nie, tak kesah la kita study kat mana-mana tu belakang cerita. Yang penting kita nak belajar. Ilmu yang dikejar bukan tempat yang dikejar.


itu sahaja untuk kali ini...
maaf jika terkasar tutur kata...


note : Ambillah sedikit ilmu di suatu tempat itu biarpun ia terletak di ceruk pedalaman mahupun di hutan belantara.


ok,sekian...









Read more...

BELAJAR

>> 15 Sept 2011

Assalamualaikum/salam lebaran


Pesanan buat rakan-rakan :
Kepada member-member yang nak terbang ke oversea tu, aku nak ucapkan "Selamat Berjuang Sahabatku". Semoga selamat tiba di sana.


"you can fly anywhere" : a part of lyric
             
Bagi yang tak dapat belajar kat luar negara tu toksah la nak dengki-dengki tapi kita sama-sama doa so that kita semua berjaya dalam bidang masing-masing. Aku tak maksudkan siapa-siapa kerana aku sampaikan umum.


Ada orang teringin gila nak study kat oversea. Mungkin seronok kot dapat jalan-jalan, dapat jadi hot stuff sekejap.


tetapi bagi aku :
Biasa je. Kakak aku study kat oversea jugak tapi tak la aku beriya-riya sangat nak ke sana.


pada pandangan aku :
Pemilihan bidang atau jurusan itu lebih penting berbanding pemilihan tempat belajar kerana jurusan yang tepat akan menentukan masa depan kita sebagai apa dalam era kerjaya.


*daripada hang blajaq medic atau apa-apa bidang pun kat mesir tu tapi balek tak dak hasil, lagi bek aku blajaq architecture kat uia nie tapi dapat kerja kat mana-mana firma.


Yang atas ni contoh je la. Takde kaitan dengan siapa-siapa pun.Sekarang ni kita fokus dengan course kita. Persoalan dengan tempat belajar tu kita tolak belakang dulu.


Yang penting, bukanlah kerja yang dikejar semata-mata tetapi keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT juga harus dicari.


itu sahaja untuk kali ini...
mintak maaf jika ada tersilap tutur kata...


note : Tuntutlah ilmu di mana-mana pun asalkan ia berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.


ok,sekian...













Read more...

RAYA

>> 29 Aug 2011

Assalamualaikum/salam aidilfitri


Tarikh : 30 Ogos 2011/1 Syawal
Masa   : 12.57 pagi
Lokasi : My Sweet Home


taken by Khairil Photographer in my dorm
                   


Berlalulah sudah ramadhan,
Sebulan berpuasa,
Tiba syawal kita rayakan,
Dengan rasa gembira.


Dah tu bulan puasa pergi, takkan tak rasa apa-apa. Sedih jugak sebab tak berapa manfaatkan masa yang terluang dalam bulan Ramadhan tahun ini. Tak tahu tahun depan jumpa lagi ke tak bulan yang mulia nie.


Tidak mengapa, yang dah pergi tu biar pergi. Mungkin ibadat yang kita lakukan banyak-banyak tu tak semestinya diterima Allah semuanya. Ibadat tu biar berkualiti bukan kuantiti yang dikehendaki.


Sekarang nie Syawal kita kena sambut dengan perasaan gembira dan seronok berdasarkan apa yang Nabi Muhammad S.A.W ajarkan kepada kita.


taken from Doje
                   
Di kesempatan ini, saya menyusun 10 jari kaki dan 10 jari tangan memohon maaf andai kata ada buat silap ke dengan korang semua.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!!
MAAF ZAHIR DAN BATIN!!!


note : "Taqabbalallahu minna wa minkum",semoga kita dapat meneruskan/istiqamah dengan amalan baik yang kita lakukan pada bulan Ramadhan dulu.


itu sahaja untuk kali ini..
ok,sekian...

Read more...

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP