MASJID BESI PUTRAJAYA
>> 10 Apr 2011
Assalamualaikum,
Tarikh : 9 April 2011
Lokasi : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
Pada malam tu,aku dan rakan-rakanku plan nak gi masjid besi sebab ada program sambutan Maulud Nabi dengan majlis Haul.
Kononnya nak pergi petang. Aku parking motor kat rumah Luqman sebab naik kereta dengan dia sekali. Disebabkan beberapa faktor,kitorang tiba kat masjid tu waktu Maghrib.
Faktor-faktor kami lewat sampai :
1.Talhah dengan Syazwan tiba-tiba tak jadi pergi.
2.Carik rumah Wahyu yang agak pedalaman.
Dah selesai solat, kitorang terus carik port depan sebab nak dengar Syeikh-Syeikh tu bagi ceramah. Nak kata depan tak depan, kitorang dapatlah juga ambil gambar mereka.
ketika berselawat |
Pak Lah pun turut hadir |
Dah habis berselawat, aku,Luqman dan Wahyu pergi lepak kat belakang sikit. Tiba-tiba Sabri call,dia cakap diorang ada kat tepi dan depan skrin. Lalu kami pun berjumpa.
Warga tak diduga yang turut hadir :
1. Fadhil Aris
2. Farhan HBG
3. Basheer Yahya
4. Ahmad Sabri
5. Syafiq Kamil
6. Syazwan Shahariman
tiada dalam gambar : Wahyu,Syafiq |
dah habis semua program tu,plan nak gi saba' pun tak jadi gak sebab semua parking tempat lain-lain. So,mana yang sempat jumpa je la dapat gerak sekali.
Masa : 11.00 malam
Lokasi : Restoran Al-Naz Maju, Putrajaya
Pergi restoran nie sebab saba' jauh sangat. Nasib baik ada Wahyu. Dia yang tunjukkan tempat nie. Order punya order, borak punya borak, hidangan pun sampai.
Wahyu dengan wajah lahapnya |
driver kami |
minuman sejuk |
santapan biasa |
Dah habis makan,minum,sembang,bincang,ngumpat. Kitorang pun beredar la dari situ. Mata dah geli-geli time tu. Malam tu stay dan tidur kat rumah Luqman sebab hari dah lewat malam.
note : Allah itu suka akan hamba-hambaNya yang ingat kepada kekasihNya.Jadi,rajin-rajinlah kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi kita.
itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...
0 comments:
Post a Comment