AMALAN MEMBACA
>> 1 May 2011
Assalamualaikum/salam membaca/salam 1Malaysia
Tarikh : 1 Mei 2011
Lokasi : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Marcapada rakyat Malaysia semakin gemar dan mula menanamkan sikap minat membaca. Ahad lepas,ramai pengunjung berpusu-pusu menerobos pintu masuk PWTC semata-mata untuk mendapatkan bahan bacaan mereka di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIBF).
Hal ini menyebabkan aku dengan budak-budak lain jalan macam anak itik, tergedek-gedek sebab padat sangat. Ingatkan last day sikit orang tapi lagi ramai pulak ibarat sardin yang dihimpit di dalam tin Ayam Brand.
Kitorang pergi sana sebenarnya saje nak jalan-jalan. Alang-alang ada reunion PMGK 11,kitorang join kejap.
Bebudak PMGK 2011 |
Habis reunion tu, kitorang berpecah dan berpisah ikut haluan masing-masing. Aku pusing-pusing dalam book fair tu, sekali jumpa makhluk Allah nie.
Maaf,gambar kabur : Imran Ajmain |
Adi Putra : Genius Malaysia Mathematician |
Lepas tu pergi teman bebudak nie beli 'Contengan Jalanan' pulak. Nampak menarik novel tu tapi bukan minat aku untuk membaca novel.
Aku takde hasil apa-apa pon cuma nie je yang mampu aku beli...
novel ini juga menarik |
akhbar I Luv Islam |
Nak kata masyarakat sekarang nie minat membaca, sementara menunggu hujan berhenti pun mereka sempat mentelaah buku yang dibeli.
hujan turun dengan lebatnya |
beberapa gambar yang sempat diambil:
seorang lagi pembaca yang saya temui |
tajuk : Jimak Boleh Dianggap Ibadah? |
tajuk : Sukar Mencari Jodoh? |
Macam-macam la tajuk yang dibaca oleh rakyat Malaysia sekarang ini. Nak tergelak jugak tengok diorang nie kadang-kadang...
Terbukti kan masyarakat sekarang gemar membaca. Tak kira di mana jua, tak kira masa mereka akan mengisi masa yang terluang dengan aktiviti di atas. Rasanye tu je kot yang nak diceritakan.
note : Wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W ialah berkaitan dengan membaca. Jadi,marilah kita sama-sama kekalkan amalan membaca ini yang telah diwarisi sejak zaman nabi kita dahulu.
itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...
2 comments:
tak rugi lah bace Contengan Jalanan tuh. bukan ny jiwang pown. xde unsur jiwang langsung kot.
diorang ade cakap...
mmg tak jiwang pon...
nanti2 lah aku pinjam...
kat bebudak yg beli novel tu...
Post a Comment