SYUKUR TAK TERHINGGA ( 1 )
>> 6 May 2011
Assalamualaikum...
Tarikh : 23 Mac 2011
Lokasi : Dewan Al-Muttaqin Al-Muthaqqafin KISAS
Alhamdulillah, tu la ucapan yang terlintas kat hati aku bila tengok sekeping kertas putih yang ada banyak-banyak huruf & angka. Nak mengalir kot air mata masa tu tapi aku cover sebab Muiin dah perasan.
Kertas tu cerita pasal seorang budak yang belajar main-main kat kelas 509 dulu dan konklusi lepas dia jawab SPM. Ada part-part menarik yang buat aku rasa touching.
Mathematics : A+
Additional Mathematics : B+
Bahasa Arab Tinggi : A+
Mathematics :
Secara jujurnya, aku tak pernah dapat A+ masa kat sekolah dulu. Ramai orang kata senang. Memanglah senang tapi dah tu je aku dapat masa kat kisas dulu nak buat mcm mana. Apa-apa pun thanks to cikgu WZA yang susah-susah ajar aku.
Additional Mathematics :
Sangat lemah dalam subjek ini. Aku tak tipu dan benar aku pernah dapat 1 digit dalam ujian. Tak percaya tanya Wahyu. Time exam bila tah. Dah form 5 still dapat markah macam tu tapi aku tetap sabar. Pernah jugak sekali dapat C. Dalam hati terdetik "nie SPM dapat C pon jadi lah". Apa-apa pun thanks to cikgu Saadiah yang tak jemu ajar aku.
Bahasa Arab Tinggi :
Syukur kerana dapat gak tergolong dalam 66 orang tu. Telus aku katakan dan aku tak bohong, aku tak sangka dapat gred tu untuk subjek nie. Nak dapat A+ kat sekolah dulu memang harapan la. Nak jejak A pun susah tapi betullah kata orang "ilmu ni kalau kita ajar kat orang lain,nanti ilmu kita akan bertambah". Aku tak nak berjaya sorang-sorang. Aku tolong gak member-member aku. Tak percaya tanya Naim Pital (untuk subjek nie je la). Jangan tanya add math,memang tak dapek la den nak nolong eh. Apa-apa pun terima kasih kepada Ustazah Khairiah yang banyak ajar aku.
Overall,aku bersyukur sangat-sangat dapat result macam nie. Thank you so much Allah.
note : biarlah kita ini selalu gagal Add Math dalam kelas tetapi percayalah,dengan berkat kesabaran kita itu, Allah akan beri keputusan yang terbaik untuk kita kelak.
ok,sekian....
0 comments:
Post a Comment