SKETCH TASK 1
>> 15 Jul 2011
Assalamualaikum/salam mahasiswa
Tarikh : 8 Julai 2011
Lokasi : Lecture Hall A
Setiap minggu, hari jumaat merupakan hari untuk submit exercise-exercise bagi subjek Graphic Communication 1 (AED 1016).
Date kat atas ialah tarikh kami submit sketch task 1 iaitu Freehand Pattern. Kami diarahkan supaya melakar satu pattern yang ditetapkn temanya tetapi diberi kebebasan dalam menggunakan tona pensil yang berbeza dari 2H - 8B berdasarkan kreativiti sendiri.
Aku nak share sikit apa yang aku dah buat. Menda nie aku buat basic je based on instruction yang dah dibagi disebabkan kekeringan idea ketika itu.
lukisan yang hampir siap |
Inilah hasil sketch task aku. 2 hari kot buat menda nie. Sejujurnya, aku ada guna pembaris masa awal-awal tapi sikit je (tak kan tak leh kot), lepas tu freehand sampai habis.
Alhamdulillah,aku berjaya menyiapkan dengan awalnya. Takde la nak overnight and last minute working malam last before submit date tu.
note : Sesetengah daripada kita still menggunakan pembaris walaupun ia freehand task untuk melukis garisan tegak tetapi Allah tidak memerlukan apa-apa alat untuk berdiri sendiri.
itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...