Powered by Blogger.

TEGAR BER'DOTA'

>> 29 Dec 2011

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Bila lihat pada tajuk, sudah tentu dan pasti ramai di kalangan rakan-rakan yang gamers tahu tentang permainan komputer Defense Of The Ancient (DOTA).


Aku mengaku bahawa aku salah seorang yang ketagih dan tegar bermain game dota nie di bawah pengaruh rakan-rakanku di UIAM PJ. Boleh kata hampir setiap hari aku meluangkan masa dengan game dota dalam Semester 2 nie.


All Heroes in Dota Allstars
                  


Tapi aku bukanlah nak cerita pasal game nie. Aku cuma nak guna dan ubah term DOTA tu kepada 'Di manakah Or where's Tuhan Ahlussunnah?'


Jika kita mengakui bahawa kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah iaitu beramal dengan Al-Quran dan Hadis serta berpegang dengan manhaj Salafussoleh iaitu para sahabat,tabi'in dan tabi' attabi'in, sudah tentu kita boleh menjawab soalan dari term DOTA tersebut.


Tuhan (Allah) itu berada di atas arasyNya di langit dan Dia tidaklah berada di mana-mana.


bukti di dalam dalil:


"Iaitu (Allah) Ar-Rahman yang bersemayam di atas Arasy."         (surah Taha : ayat 5)


Sebenarnya banyak lagi dalil tentang di mana Allah berada. Para ulama' salaf dahulu tidak mentakwilkan (tafsirkan) ayat tersebut dan mereka menyerahkan maksudnya kepada Allah.


pada pandangan aku :
kita perlu percaya dan yakin di dalam hati bahawa Allah itu berada di atas langit sana. Bukannya Dia berada di mana-mana. Kalau kita nak kata Tuhan tu ada kat mana-mana, takkan kita dalam tandas tengah qadha' hajat tu pon Dia ada dekat-dekat dengan kita.


Sudah tentu jawapannya tidak kan. Jadi,fikir-fikirkanlah. Ubah balik mind set kita tentang kedudukan Tuhan itu di mana selepas ini.


note : Janganlah kita sesuka hati mentakwil ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan aqidah dan zat-zat Allah.Kita hanya perlu terima bulat-bulat tanpa mengumpamakan dengan sesuatu dan menterjemah kepada bentuk lain.


itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...









Read more...

HADIS PALSU 2

>> 18 Dec 2011

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Kita sambung lagi perbincangan sebelum ini berkaitan dengan hadis palsu.Contoh hadis palsu kali ini sangat popular dan kita sering dengar bahkan ia diajar dan dipaparkan di sekolah-sekolah kita.


Contoh hadis palsu :


Rasulullah S.A.W bersabda : "Tuntutlah ilmu pengetahuan dari buaian hingga ke liang lahad."


Prof Dr.Yusuf Al-Qaradhawi menulis di dalam kitabnya yang bertajuk Taisir Al-Fiqh Li Al-Muslim Al-Mu'ashir pada halaman 215, "walaupun maksud hadis tersebut benar tetapi bukanlah bermakna ia hadis yang betul-betul datang dari Nabi S.A.W."


Seorang pengkaji hadis zaman ini,Abd. Fattah Abu Ghuddah juga menolak kesahihan hadis ini sebagai sabda Nabi S.A.W.


Jadi,saya berharap kita semua tidak lagi menggunakan hadis ini sebagai hujah kita kerana ia merupakan hadis palsu yang tidak boleh diterima sebagai panduan.


sekadar perkongsian ilmu
                                            


itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...
'Allah Lebih Mengetahui'











Read more...

HADIS PALSU 1

>> 11 Dec 2011

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya belajar. Moga-moga kita semua dapat jadikan ia sebagai panduan kelak.


Mungkin kita tidak sedar bahawa sebahagian hadis yang popular dan sering kita dengar dalam masyarakat kita merupakan hadis palsu atau maudhu'. Para ulama' bersepakat hadis ini ditolak dan kita tidak boleh beramal dengannya. Biar saya tunjukkan satu contoh hadis palsu tersebut.


Contoh hadis palsu :


Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Tuntutlah ilmu pengetahuan walaupun hingga ke negeri China."


Hadis ini telah disebut oleh Ibnu Al-Jauzi dalam kitabnya,Al-Maudhuat pada halaman 215 sebagai HADIS PALSU.


Dari segi maknanya mungkin ia tidak nampak apa-apa tetapi kita hanya boleh beramal dengan hadis sahih dan hasan sahaja.


Oleh itu,saya berharap kita semua lepas nie jangan gunakan hadis ini sebagai hujah kita dalam ucapan atau ceramah yang kita sampaikan.


sekadar perkongsian ilmu
                    


itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...
'Tuhan Lebih Mengetahui'







Read more...

TARAF HADIS

>> 7 Dec 2011

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Post kali ini saya akan menggunakan bahasa yang lebih skema disebabkan tajuk yang akan dibincangkan agak serius. Tanpa hurai dengan lebih panjang, kita terus masuk kepada tajuk. Terdapat beberapa taraf hadis yang sering kita jumpa sebagai contoh Sahih,Hasan dan Dhaif.


Sebagai seorang Muslim dari kalangan umat Nabi Muhammad S.A.W, kita wajib menggunakan hadis Sahih dan Hasan sahaja sebagai sumber hukum yang kedua selepas Al-Quran Al-Karim untuk kita beramal dengannya.


Kita dilarang menjadikan hadis Dhaif (Lemah) dan Maudhu'(Palsu) sebagai pegangan utama kerana terdapat beberapa syarat yang tidak dipatuhi yang menunjukkan hadis tersebut datang daripada Rasulullah S.A.W.


Amaran Rasulullah S.A.W :
"Barangsiapa yang menyebutkan sesuatu dariku sedangkan aku tidak pernah menyebutnya, maka dia telah menempah tempatnya di dalam neraka."
                                                                                                                         (riwayat Bukhari : hadis no.109)


Jadi,sama-samalah kita mengambil iktibar dari hadis yang disebutkan di atas. Pada post yang berikutnya saya akan tunjukkan beberapa contoh hadis dhaif dan hadis palsu yang sering kita dengar.


sekadar perkongsian ilmu

itu sahaja untuk kali ini..
ok,sekian...
"Allah Lebih Mengetahui"

Read more...

INSPIRASI

>> 29 Nov 2011

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Tarikh : 25 November 2011
Lokasi : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin,Putrajaya


Pada hari jumaat, tarikh seperti yang tertera di atas, Persatuan ALKIS menganjurkan satu majlis makan malam bersama gabungan bekas pelajar KIM,KIK & KISAS...


Secara ringkasnya, malam itu mereka berbincang tentang penubuhan sebuah universiti yang mewarisi Kolej Islam Malaya tetapi ditukarkan namanya kepada Universiti Di Raja Islam Malaysia (UIM).


Royal Islamic University of Malaysia


presentation gambaran UIM
                    


Arkitek               : W & W Architects
Jangka Masa Siap : 2012


Mesti ada yang tertanya-tanya,"W & W tu apa?". Meh aku cerita sikit pasal arkitek UIM nie. W & W Architects merupakan satu daripada firma arkitek Islam hasil perkongsian antara 2 orang arkitek iaitu Ar.Wan Burhanuddin dan Ar.Wan Khairil Anwar.


Sekarang nie memang susah nak jumpa arkitek Melayu. Asyik-asyik arkitek Cina sahaja bersepah-sepah kat luar tu. Jadi,aku ingat nak jadikan mereka berdua sebagai sumber inspirasi kerana kita dituntut supaya mencontohi jejak langkah orang yang berjaya. Yang penting sekarang ini, nak jadi arkitek yang berjaya macam mereka berdua perlu usaha yang gigih.


Rasulullah S.A.W bersabda :
"Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: “Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah: “Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan."                                                   
                                                                                                   
(hadis riwayat Muslim)

note : siapa yang berusaha dengan bersungguh-sungguh,sudah pasti dia akan mendapat kejayaan.

itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...










Read more...

ALLAH ITU WUJUD

>> 28 Nov 2011

Assalamualaikum/salam mahasiswa


One day,there is a conversation between a NON-MUSLIM teacher and MUSLIM students in a class.


Teacher  : Can all of you see Allah?


Students : No.


Teacher  : Can all of you touch Allah?


Students : No.


Teacher  : Then,there is no Allah! Isn't?


One of the students...
in the class...
raises his hand and asks...


Student : Madam,can you see your brain?


Teacher : No.


Student : Can you touch your brain?


Teacher : No.


Student : So,do you have no brain?


The teacher was quiet for a while.
*bunyi cengkerik seketika...


sekadar perkongsian ilmu
                          


note : setiap kejadian atau makhluk yang berada di dunia ini ada penciptanya iaitu Allah Azza Wa Jal.


itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...

Read more...

MAAL HIJRAH

>> 27 Nov 2011

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Malam ini akan bermulanya tahun Hijriyah yang baru iaitu 1433 Hijrah. Mungkin ramai di antara kita akan mempersiapkan diri dengan amalan-amalan tertentu seperti Doa Awal/Akhir Tahun.


Setelah meneliti beberapa rujukan, saya pasti dan yakin bahawa amalan bacaan doa tersebut tidak pernah dilakukan oleh baginda S.A.W.


Rasulullah S.A.W bersabda : 
 "Barangsiapa yang beramal dengan amalan yang tiada hubung kait dengan urusan kita, maka ia tertolak."


(hadis riwayat Bukhari)


Ibnu Abbas juga berkata :
 "Hendaklah kalian sentiasa bertaqwa kepada Allah dan beristiqamah.Ikutilah apa sahaja yang disunnahkan oleh Rasulullah S.A.W dan janganlah kalian mengada-adakan sesuatu yang baru."


Jadi,jelaslah di sini bahawa doa akhir/awal tahun tiada. Kalau ada,sudah tentu para sahabat dan tabi'in melakukan amalan tersebut.


Jika kita kaji tentang kaifiyat atau kelebihan membaca doa tersebut, ia tidak dapat diterima akal. Kalau macam tu, tak payah susah-susah solat hari-hari. Hujung tahun baca doa tu, terus terhapus dosa satu tahun.


Renung-renungkanlah...


sekadar perkongsian ilmu
                         


itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...















Read more...

PERMATA YANG DICARI

>> 22 Nov 2011

Assalamualaikum/salam mahasiswa


aku nak share satu lagu nasyid yang agak best dan sedap untuk didengar oleh telinga kita.


Lagu ini dinyanyikan oleh kumpulan De Hearty. Salah seorang ahli kumpulan nasyid tersebut merupakan seorang pensyarah yang mengajar Bahasa Arab di UIAM Petaling Jaya. Di sana, beliau dikenali sebagai Ustaz Azrul.


tajuk      : Permata Yang Dicari
penyanyi : De Hearty


                  


itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...

Read more...

BOLA SEPAK

>> 21 Nov 2011

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Masa   : 8.30 malam
Lokasi : Mahallah Abu Bakar,UIAM PJ


Selepas menunaikan solat Isyak,saya dan rakan-rakan saya bergegas ke kafe bagi menyaksikan perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Indonesia. Masing-masing menunjukkan aksi yang sangat hebat. Ada yang panas baran, ada yang pandai berlakon.


Garuda pijak Harimau Malaya dengan selambanya

Garuda jadi lauk makan malam Harimau Malaya

Keputusan perlawan tersebut : kemenangan dimiliki oleh Malaysia dan kekalahan dimiliki oleh pasukan lawan.

Indonesia harus menerima kekalahan tersebut
           

Pada pandangan aku :
kita sebagai penyokong, tak perlulah nak ngamuk-ngamuk dengan kekalahan pasukan yang kita sokong. 

Kita jadi penyokong professional. Team yang menang tak perlu nak bahan-bahan team yang kalah manakala team yang kalah pulak tak payah nak baling bom ke keluarkan parang ke hentak-hentak meja sampai pecah ke.Habis match tu kita tepuk sama-sama dan salam antara satu sama lain. Kan itu lebih elok.

Anas bin Malik R.A berkata ,"bukanlah Nabi S.A.W itu seorang pemaki orang, tidak juga seorang pengucap kekejian dan bukan seorang pelaknat orang lain."    (hadis riwayat Bukhari)

itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...







Read more...

SHORT SEM

>> 15 Nov 2011

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Masa   : 11 pagi - 4 petang
Lokasi : UIAM Petaling Jaya


Tiada apa yang hendak diceritakan cuma aku nak tunjuk sikit jadual short sem aku nie. Seperti yang korang tahu, pelajar program 1 tahun diwajibkan mendaftarkan diri untuk short semester nie (Semester II).


Schedule for short semester (Semester 2)


Isnin  : 11.00 am - 1.00 pm (BTQ)
         2.00 pm - 4.00 pm (Statistics)


Rabu   : 11.00 am - 1.00 pm (BTQ)
         2.00 pm - 4.00 pm (Statistics)


Khamis : 2.00 pm - 4.00 pm (BTQ)


Jadual aku sangatlah tidak padat. Banyak waktu kosong. Kelas hanya 3 hari seminggu. Jadi,kalau ada sesiapa yang nak ajak aku keluar or nak melawat kami kat sini, boleh datang hari Selasa,Jumaat,Sabtu atau Ahad.


Setakat nie yang dah pernah bermalam kat uia pj : Amin,Aman,Amir Zarul,Zahidan,Wan Syazwan dan sorang lagi Naim Pital. Kalau ada yang nak datang, inform kat aku awal-awal, takut aku ada kelas time tu.


short sem agak sunyi sepi
                          


note : Dua nikmat yang sering dilupakan dan diabaikan iaitu nikmat kesihatan yang baik dan nikmat waktu lapang.


itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...

















Read more...

MASALAH

>> 3 Nov 2011

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Aku nak tunjuk satu gambar menarik yang memerlukan fokus dan ketelitian yang amat tinggi.


Unta-unta berjalan di padang pasir


Gambar ini merupakan satu daripada/one of the best picture of the year.


Di manakah unta yang sebenar?


First time bila kita tengok mesti ingat yang hitam itu adalah unta yang sebenar. Jika kita perhatikan betul-betul, gambar ini diambil dari atas/pelan. Yang HITAM BESAR tu adalah bayang-bayang dan yang PUTIH KECIL tu adalah unta yang betul.


Jadi,apa yang aku nak relate/kaitkan kat sini, kadang-kadang masalah kita tu kecil dan simple je tapi kita sendiri yang buat problem tu jadi besar dan too complicated.


note : Setiap masalah itu tidak kira sama ada besar ataupun kecil,ia tetap mempunyai jalan penyelesaiannya.


itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...













Read more...

POLITIK KOTOR

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Aku nak tunjuk beberapa gambar menarik bersempena dengan sambutan hari Deepavali yang lalu.


Datuk Seri Najib dengan pakaian Hindu
            
Tuan Guru Nik Aziz dengan pakaian Sami Buddha
Mentang-mentang 1Malaysia, sedap je orang-orang yang fitnah nie edit gambar-gambar kat atas, nak kata Najib sambut deepavali macam orang hindu la, Nik Aziz ambik hati orang buddha la.


Sebenarnya, menurut seorang kawan aku yang merupakan pelajar dalam bidang Animasi, gambar tu semua adalah PALSU yang nyata. Inilah yang dinamakan politik kotor.
Disebabkan politik, habis semua nak dijadikan fitnah.


dalil tentang fitnah :


"Rasulullah S.A.W bersabda : seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya),dia akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat."


(hadis riwayat Muslim)


Jadi,renungkan-renungkanlah dan janganlah kita nie mudah terpedaya dengan fitnah-fitnah media massa yang ada kerana dalam zaman teknologi nie macam-macam pembohongan boleh direka.


note : Janganlah kita ini suka mengeluarkan dan menyebarkan fitnah/pembohongan disebabkan fanatik kita pada sesetengah parti politik atau kelompok tertentu.


itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...



Read more...

JASA PEMIMPIN

>> 25 Oct 2011

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Hari ini,dunia digegarkan dengan satu berita sedih, mungkin juga gembira iaitu tentang kematian pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.


Dengar kata ada yang seronok. Seronok sebab dapat jatuhkan seorang pemimpin yang zalim tapi sedarkah kita?


Di sebalik kezaliman beliau, beliau tidak pernah mengabaikan rakyat atau masyarakat setempat mahupun dunia. Meh sini aku tunjuk sikit jasa dan pengorbanan pemimpin Libya ini.


Gaddafi merupakan seorang founder of OIC
        
Kita juga mungkin tidak sedar beliau mempunyai jasa yang besar di luar Libya juga.


Masjid Muammar Qaddafy di Sentul, Bogor,Indonesia
        
Masjid ini diberikan nama Masjid Muammar Qaddafy sempena nama beliau kerana Gaddafi banyak sangat menyumbangkan dana kepada pihak masjid tersebut.


Bak kata orang yang menghormati beliau "zalim-zalim dia pun, dia still jaga kebajikan rakyat dia dan rakyat luar juga".


Tetapi rakyat Libya sendiri tetap nak menjatuhkan dia. Itulah yang nak ditiru-tiru oleh rakyat Malaysia yang hidup aman sejahtera nie. Nak kata rakyat Malaysia tak cukup makan, kenyang je siap membazir lagi tu.


Apa-apa pun, aku tetap respect dan menghormati jasa yang diberikan oleh Muammar Gaddafi nie. Bukan senang untuk menjadi seorang pemimpin yang baik.


note : walau macam mana sekalipun pemimpin kita,kita perlu taat kepadanya selagi dia mendirikan solat dan tidak menyuruh kita melakukan perkara yang bertentangan dengan Syariat Islam.


itu saje untuk kali ni...
ok,sekian...





Read more...

GUGUR BAYI

>> 23 Oct 2011

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Allah SWT berfirman :


"Dan janganlah kamu mendekati zina kerana sesungguhnya zina itu kotor dan sejelek-jelek/seburuk-buruk jalan."       (surah Al-Isra',ayat 32)


Sebagai seorang muslim kita wajib beramal dengan ayat ini tapi kalau buat tak tahu dan tak mengendahkannya, inilah jadinya seperti gambar di bawah.




Kenapa terjadi seperti gambar di atas?

Sebabnya pasangan yang dah terlanjur tu tak mahu bertanggungjawab. Meh sini biar aku kongsi sikit apa hukum gugur bayi nie...

Jumhur Ulama' bersepakat :

Aborsi (Isqatul Haml/Al-Ijhadh) selepas bayi ditiupkan roh (4 bulan kehamilan) adalah HARAM.

Bagi bayi sebelum ditiupkan roh, ulama' berbeza pendapat tentangnya :

1. Ibnu Hajar dalam kitab Al-Tuhfah mengharamkan aborsi sebelum janin ditiupkan roh untuk menghormati janin yang akan menjalani proses pertumbuhan.

2. Ulama' kontemporari seperti Dr.Yusuf Al-Qaradhawi mengharuskan aborsi sebelum janin ditiupkan roh bagi menjaga maslahat wanita tersebut.

3. Dr.Misbah Mutawalli Sayyid Hammad dan Dr.Muhammad Said Ramadhan Al-Buti berpendapat bahawa pengguguran janin luar nikah adalah dilarang berdasarkan dalil :

"Bahawasanya seseorang yang berdosa itu tidak akan menanggung dosa orang lain."                (surah An-Najm,ayat 38)

Mereka berpendapat bahawa janin yang tidak berdosa itu tidak terlibat dalam kesalahan ibunya yang berzina. Jadi,janin tersebut harus dibesarkan dan dilahirkan seperti biasa serta disusukan.

Pada pendapat aku:
Anak luar nikah dalam kandungan tu tak patut digugurkan sebab dia tak bersalah pun dan dia ada hak untuk dilahirkan dan hidup seperti manusia biasa.

Tidakkah kita berasa zalim jika kita gugurkan bayi tersebut sebab kita dah dianggap sebagai pembunuh.

itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...










Read more...

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP