TEGAR BER'DOTA'
>> 29 Dec 2011
Assalamualaikum/salam mahasiswa
Bila lihat pada tajuk, sudah tentu dan pasti ramai di kalangan rakan-rakan yang gamers tahu tentang permainan komputer Defense Of The Ancient (DOTA).
Aku mengaku bahawa aku salah seorang yang ketagih dan tegar bermain game dota nie di bawah pengaruh rakan-rakanku di UIAM PJ. Boleh kata hampir setiap hari aku meluangkan masa dengan game dota dalam Semester 2 nie.
All Heroes in Dota Allstars |
Tapi aku bukanlah nak cerita pasal game nie. Aku cuma nak guna dan ubah term DOTA tu kepada 'Di manakah Or where's Tuhan Ahlussunnah?'
Jika kita mengakui bahawa kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah iaitu beramal dengan Al-Quran dan Hadis serta berpegang dengan manhaj Salafussoleh iaitu para sahabat,tabi'in dan tabi' attabi'in, sudah tentu kita boleh menjawab soalan dari term DOTA tersebut.
Tuhan (Allah) itu berada di atas arasyNya di langit dan Dia tidaklah berada di mana-mana.
bukti di dalam dalil:
"Iaitu (Allah) Ar-Rahman yang bersemayam di atas Arasy." (surah Taha : ayat 5)
Sebenarnya banyak lagi dalil tentang di mana Allah berada. Para ulama' salaf dahulu tidak mentakwilkan (tafsirkan) ayat tersebut dan mereka menyerahkan maksudnya kepada Allah.
pada pandangan aku :
kita perlu percaya dan yakin di dalam hati bahawa Allah itu berada di atas langit sana. Bukannya Dia berada di mana-mana. Kalau kita nak kata Tuhan tu ada kat mana-mana, takkan kita dalam tandas tengah qadha' hajat tu pon Dia ada dekat-dekat dengan kita.
Sudah tentu jawapannya tidak kan. Jadi,fikir-fikirkanlah. Ubah balik mind set kita tentang kedudukan Tuhan itu di mana selepas ini.
note : Janganlah kita sesuka hati mentakwil ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan aqidah dan zat-zat Allah.Kita hanya perlu terima bulat-bulat tanpa mengumpamakan dengan sesuatu dan menterjemah kepada bentuk lain.
itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...
10 comments:
Tujuh kali dalam al-Quran Allah sebutkan, arrahmanu 'ala arsyistawa
wau. blog berubah wajah, skali dengan temanye. phew. all the best
Sabri : thanks bagitau pasal ayat tu..
Nifa : thanks tapi wajah baru apa nye...sama je kan dgn dulu..
ana penah dengar 'allah itu tiada tempat.'
kalau xsilap, 'allahu maujudun bila makan'
seorang hamba : cuba berikan dalil tentang Allah itu tiada tempat..
http://muxlim.com/blogs/Manifold/huraian-lanjut-dimana-allah-pegangan-ahlus-sunnah-wal-jamaah/
wallahu a'lam
ok,thanks...
nanti aku cuba tengok link tu...
seorang hamba : aku dah baca...aku tak jumpa pun satu dalil yang mengatakan Allah itu tiada tempat..
enta sendiri dah mentakwilkan di mana kedudukan Allah iaitu "kita perlu percaya dan yakin di dalam hati bahawa Allah itu berada di atas langit sana"... sedangkan enta kata kne yakin dan jangan mentakwilkan sesuka hati...wallahualam.. analoginya:enta tahu di mana angin berada??
tu semua permainan akal la tu...
skrg nie aku cuma kata berdasarkan apa yang ada dalam Al-Quran...
saudari di sana tak percaya dengan apa yang diperkatakan dalam Al-Quran ke?
Post a Comment