TARAF HADIS
>> 7 Dec 2011
Assalamualaikum/salam mahasiswa
Post kali ini saya akan menggunakan bahasa yang lebih skema disebabkan tajuk yang akan dibincangkan agak serius. Tanpa hurai dengan lebih panjang, kita terus masuk kepada tajuk. Terdapat beberapa taraf hadis yang sering kita jumpa sebagai contoh Sahih,Hasan dan Dhaif.
Sebagai seorang Muslim dari kalangan umat Nabi Muhammad S.A.W, kita wajib menggunakan hadis Sahih dan Hasan sahaja sebagai sumber hukum yang kedua selepas Al-Quran Al-Karim untuk kita beramal dengannya.
Kita dilarang menjadikan hadis Dhaif (Lemah) dan Maudhu'(Palsu) sebagai pegangan utama kerana terdapat beberapa syarat yang tidak dipatuhi yang menunjukkan hadis tersebut datang daripada Rasulullah S.A.W.
Amaran Rasulullah S.A.W :
"Barangsiapa yang menyebutkan sesuatu dariku sedangkan aku tidak pernah menyebutnya, maka dia telah menempah tempatnya di dalam neraka."
(riwayat Bukhari : hadis no.109)
Jadi,sama-samalah kita mengambil iktibar dari hadis yang disebutkan di atas. Pada post yang berikutnya saya akan tunjukkan beberapa contoh hadis dhaif dan hadis palsu yang sering kita dengar.
sekadar perkongsian ilmu |
ok,sekian...
"Allah Lebih Mengetahui"
0 comments:
Post a Comment