Powered by Blogger.

HADIS PALSU 1

>> 11 Dec 2011

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya belajar. Moga-moga kita semua dapat jadikan ia sebagai panduan kelak.


Mungkin kita tidak sedar bahawa sebahagian hadis yang popular dan sering kita dengar dalam masyarakat kita merupakan hadis palsu atau maudhu'. Para ulama' bersepakat hadis ini ditolak dan kita tidak boleh beramal dengannya. Biar saya tunjukkan satu contoh hadis palsu tersebut.


Contoh hadis palsu :


Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Tuntutlah ilmu pengetahuan walaupun hingga ke negeri China."


Hadis ini telah disebut oleh Ibnu Al-Jauzi dalam kitabnya,Al-Maudhuat pada halaman 215 sebagai HADIS PALSU.


Dari segi maknanya mungkin ia tidak nampak apa-apa tetapi kita hanya boleh beramal dengan hadis sahih dan hasan sahaja.


Oleh itu,saya berharap kita semua lepas nie jangan gunakan hadis ini sebagai hujah kita dalam ucapan atau ceramah yang kita sampaikan.


sekadar perkongsian ilmu
                    


itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...
'Tuhan Lebih Mengetahui'







0 comments:

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP