Powered by Blogger.

SEMUA SAMA

>> 17 Sept 2011

Assalamualaikum/salam lebaran


Tarikh : 17 September 2011
Masa   : 11.30 pagi - 12.00 malam


Sehari suntuk aku berjalan beraya bak kata pepatah "orang Melayu kalau tak beraya sebulan tak sah".


So,aku bersama kawan-kawan aku Khairul,Nisa,Liyana dan Hanna jalan-jalan dari satu tempat ke satu tempat melawat rakan-rakan yang lain.


Destinasi :
1. Kolej Matrikulasi Selangor
2. Kolej Mara Banting
3. Kolej Islam Sultan Alam Shah


di KMB IB World School


berdasarkan pemerhatian aku :
Tak ada beza pun tempat-tempat belajar nie. Aku rasa sama je semua. Masing-masing punya kolej atau universiti ada kelebihan tersendiri.


Kalau duduk kat Oxford University sekali pun tapi tak belajar,malas,baloq pulak tu,belajar main-main je, tak de guna gak. Sia-sia je belajar jauh-jauh.


Apa-apa pun sekarang nie, tak kesah la kita study kat mana-mana tu belakang cerita. Yang penting kita nak belajar. Ilmu yang dikejar bukan tempat yang dikejar.


itu sahaja untuk kali ini...
maaf jika terkasar tutur kata...


note : Ambillah sedikit ilmu di suatu tempat itu biarpun ia terletak di ceruk pedalaman mahupun di hutan belantara.


ok,sekian...









Read more...

BELAJAR

>> 15 Sept 2011

Assalamualaikum/salam lebaran


Pesanan buat rakan-rakan :
Kepada member-member yang nak terbang ke oversea tu, aku nak ucapkan "Selamat Berjuang Sahabatku". Semoga selamat tiba di sana.


"you can fly anywhere" : a part of lyric
             
Bagi yang tak dapat belajar kat luar negara tu toksah la nak dengki-dengki tapi kita sama-sama doa so that kita semua berjaya dalam bidang masing-masing. Aku tak maksudkan siapa-siapa kerana aku sampaikan umum.


Ada orang teringin gila nak study kat oversea. Mungkin seronok kot dapat jalan-jalan, dapat jadi hot stuff sekejap.


tetapi bagi aku :
Biasa je. Kakak aku study kat oversea jugak tapi tak la aku beriya-riya sangat nak ke sana.


pada pandangan aku :
Pemilihan bidang atau jurusan itu lebih penting berbanding pemilihan tempat belajar kerana jurusan yang tepat akan menentukan masa depan kita sebagai apa dalam era kerjaya.


*daripada hang blajaq medic atau apa-apa bidang pun kat mesir tu tapi balek tak dak hasil, lagi bek aku blajaq architecture kat uia nie tapi dapat kerja kat mana-mana firma.


Yang atas ni contoh je la. Takde kaitan dengan siapa-siapa pun.Sekarang ni kita fokus dengan course kita. Persoalan dengan tempat belajar tu kita tolak belakang dulu.


Yang penting, bukanlah kerja yang dikejar semata-mata tetapi keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT juga harus dicari.


itu sahaja untuk kali ini...
mintak maaf jika ada tersilap tutur kata...


note : Tuntutlah ilmu di mana-mana pun asalkan ia berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.


ok,sekian...













Read more...

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP