Powered by Blogger.

HADIS PALSU 2

>> 18 Dec 2011

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Kita sambung lagi perbincangan sebelum ini berkaitan dengan hadis palsu.Contoh hadis palsu kali ini sangat popular dan kita sering dengar bahkan ia diajar dan dipaparkan di sekolah-sekolah kita.


Contoh hadis palsu :


Rasulullah S.A.W bersabda : "Tuntutlah ilmu pengetahuan dari buaian hingga ke liang lahad."


Prof Dr.Yusuf Al-Qaradhawi menulis di dalam kitabnya yang bertajuk Taisir Al-Fiqh Li Al-Muslim Al-Mu'ashir pada halaman 215, "walaupun maksud hadis tersebut benar tetapi bukanlah bermakna ia hadis yang betul-betul datang dari Nabi S.A.W."


Seorang pengkaji hadis zaman ini,Abd. Fattah Abu Ghuddah juga menolak kesahihan hadis ini sebagai sabda Nabi S.A.W.


Jadi,saya berharap kita semua tidak lagi menggunakan hadis ini sebagai hujah kita kerana ia merupakan hadis palsu yang tidak boleh diterima sebagai panduan.


sekadar perkongsian ilmu
                                            


itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...
'Allah Lebih Mengetahui'











0 comments:

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP