INSPIRASI
>> 29 Nov 2011
Assalamualaikum/salam mahasiswa
Tarikh : 25 November 2011
Lokasi : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin,Putrajaya
Pada hari jumaat, tarikh seperti yang tertera di atas, Persatuan ALKIS menganjurkan satu majlis makan malam bersama gabungan bekas pelajar KIM,KIK & KISAS...
Secara ringkasnya, malam itu mereka berbincang tentang penubuhan sebuah universiti yang mewarisi Kolej Islam Malaya tetapi ditukarkan namanya kepada Universiti Di Raja Islam Malaysia (UIM).
Royal Islamic University of Malaysia |
presentation gambaran UIM |
Arkitek : W & W Architects
Jangka Masa Siap : 2012
Mesti ada yang tertanya-tanya,"W & W tu apa?". Meh aku cerita sikit pasal arkitek UIM nie. W & W Architects merupakan satu daripada firma arkitek Islam hasil perkongsian antara 2 orang arkitek iaitu Ar.Wan Burhanuddin dan Ar.Wan Khairil Anwar.
Sekarang nie memang susah nak jumpa arkitek Melayu. Asyik-asyik arkitek Cina sahaja bersepah-sepah kat luar tu. Jadi,aku ingat nak jadikan mereka berdua sebagai sumber inspirasi kerana kita dituntut supaya mencontohi jejak langkah orang yang berjaya. Yang penting sekarang ini, nak jadi arkitek yang berjaya macam mereka berdua perlu usaha yang gigih.
Rasulullah S.A.W bersabda :
"Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: “Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah: “Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan."
(hadis riwayat Muslim)
note : siapa yang berusaha dengan bersungguh-sungguh,sudah pasti dia akan mendapat kejayaan.
itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...
0 comments:
Post a Comment