MAAL HIJRAH
>> 27 Nov 2011
Assalamualaikum/salam mahasiswa
Malam ini akan bermulanya tahun Hijriyah yang baru iaitu 1433 Hijrah. Mungkin ramai di antara kita akan mempersiapkan diri dengan amalan-amalan tertentu seperti Doa Awal/Akhir Tahun.
Setelah meneliti beberapa rujukan, saya pasti dan yakin bahawa amalan bacaan doa tersebut tidak pernah dilakukan oleh baginda S.A.W.
Rasulullah S.A.W bersabda :
"Barangsiapa yang beramal dengan amalan yang tiada hubung kait dengan urusan kita, maka ia tertolak."
(hadis riwayat Bukhari)
Ibnu Abbas juga berkata :
"Hendaklah kalian sentiasa bertaqwa kepada Allah dan beristiqamah.Ikutilah apa sahaja yang disunnahkan oleh Rasulullah S.A.W dan janganlah kalian mengada-adakan sesuatu yang baru."
Jadi,jelaslah di sini bahawa doa akhir/awal tahun tiada. Kalau ada,sudah tentu para sahabat dan tabi'in melakukan amalan tersebut.
Jika kita kaji tentang kaifiyat atau kelebihan membaca doa tersebut, ia tidak dapat diterima akal. Kalau macam tu, tak payah susah-susah solat hari-hari. Hujung tahun baca doa tu, terus terhapus dosa satu tahun.
Renung-renungkanlah...
sekadar perkongsian ilmu |
itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...
2 comments:
Ini dari kalam ulama terkemuka nusantara syeikh daud alfatani pada bab kelebihan asyura : "Dan dibaca pada awal tahun iaitu bulan muharam seperti kata syeikh jamaluddin sabt ibni aljauzi ,katanya : telah mengajar akan daku syeikh umar ib qodamah akan doa akhir tahun dan doa awal tahun katanya : sentiasa guru kami berwasiat mereka itu dengannya dan membaca akannya dan tiada meninggalkan aku sepanjg umur"
thanks share mnde tu,sabri...
Post a Comment