Powered by Blogger.

AGAMA DISUSAH-SUSAHKAN

>> 3 Jan 2012

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Marcapada, ramai di kalangan kita semakin tertarik dengan ilmu agama. Jadi, mereka ini akan mulalah mencari sumber-sumber untuk mendalami ilmu tersebut seperti ustaz-ustaz, ustazah-ustazah, imam-imam dan lain-lain.


Apa yang saya nampak, sesetengah golongan agama ini suka menjadikan agama Islam itu kelihatan susah dan sukar difahami. Sebagai contoh saya akan tunjukkan link ini.


link : http://muxlim.com/blogs/Manifold/huraian-lanjut-dimana-allah-pegangan-ahlus-sunnah-wal-jamaah/

Saya yakin mungkin sebahagian besar daripada kita agak susah nak memahami apa yang dihuraikan dalam link di atas. Apa sebab? sebab isu-isu agama yang simple dijelaskan dalam bentuk yang susah dan menyebabkan orang ramai takut dan lari dari mempelajari ilmu agama.


Satu contoh saya berikan, dalam solat kita digalakkan berdoa selepas tasyahud (mengucap 2 kalimah syahadah) atau ketika sujud menurut beberapa riwayat hadis Rasulullah S.A.W. Jadi, doa tersebut nak dibacakan dalam bahasa apa?


Bagi saya selepas merujuk beberapa sumber, doa dalam bahasa apa-apa pun boleh sebab Allah itu faham semua bahasa yang ada. Takkan orang-orang tua yang tak reti Bahasa Arab tu nak kena berdoa dalam Bahasa Arab juga. Memang sampai bila-bila hajat yang disimpan tak dapat nak dipohon kepada Allah ketika solat.


Mungkin di luar solat boleh berdoa tapi kalau Imam yang baca doa, kena aminkan pula. Pun masih tak dapat nak minta doa yang dihajati. Kadang-kadang tak faham pun apa yang Imam baca. Last-last, diorang akan cakap "alahai, susahnya Islam nie. Nak doa pun kena pandai Arab. Aku nie dah la dah tua. Sempat ke nak belajar Arab?".


Satu lagi, mengapa agama itu perlu disampaikan dalam bentuk yang susah? kenapa nak kena berkumpul ramai-ramai? berteriak sana sini. Kalau ia mendatangkan manfaat, itu tidak mengapa. Kalau ia mendatangkan pelbagai masalah lain, seharusnya ia ditinggalkan. Kan Nabi S.A.W dah ajarkan kepada kita kaedah lain untuk sampaikan nasihat atau teguran.


Jadi, saya mencadangkan kepada semua rakan supaya menjadikan ilmu agama Islam itu mudah bukannya memudahkan Islam sampaikan tak payah solat pun tak apa.


sekadar perkongsian ilmu


itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...
'Allah Lebih Mengetahui'


2 comments:

اليف عمر 5 January 2012 at 02:31  

apsal tukar link?
=="

MUHAMMAD BIN SIFYAN 5 January 2012 at 04:57  

saje tukar...
tak nak ar pakai link lama tu...

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP