Powered by Blogger.

ISLAMIC PATTERN

>> 13 Jan 2012

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Seperti yang sedia maklum, pelajar-pelajar Pusat Asasi UIAM baru sahaja mendaftarkan diri untuk semester baru iaitu Semester 2/3. Bagi aku, Semester 3 cukup mencabar. Subjek-subjek yang diambil agak tough, salah satunya ialah Environmental Design.


Awal-awal lagi dah dapat assignment untuk projek pertama. Kami dikehendaki untuk melakar satu lukisan bertemakan Islamic Pattern (Geometrical) dan Floral (Organic) dalam Illustration Board bersaiz A2.


Tak perlu cerita panjang, mula-mula kena cari idea atau design concept untuk dicompilekan dalam Work Book. Contoh seperti gambar di bawah.



Islamic Pattern 1

Islamic Pattern 2

Islamic Pattern 3

Jika kita tengok gambar-gambar di atas, Islamic Pattern kebanyakannya sama iaitu berkonsepkan geometri walaupun berlainan corak dan bentuk.


Apa yang aku nak kaitkan kat sini, pattern amalan dalam Islam itu berbeza-beza, senang cerita berbeza-beza Mazhab lah tetapi semua pendapat itu berkonsepkan Al-Quran dan As-Sunnah.


Tak kesah lah kalau orang lain beramal cara yang berbeza dengan kita. Mungkin dia berpegang dengan pendapat Imam mazhab yang menggunakan hadis yang berlainan dengan hadis yang digunakan oleh Imam mazhab kita.


So, kita jadilah orang yang free-minded dalam agama ini dengan menerima mana-mana pendapat. Jangan terlampau fanatik dengan pendapat mazhab tertentu sehinggakan Malaysia ni cuma Mazhab Syafie' sahaja boleh diamalkan. 


Pada pandangan aku, kita ni boleh beramal dengan mana-mana mazhab asalkan ilmu itu kena ada. Jika kita boleh menerima semua ini, sudah tentu tidak ada yang bertekak sana-sini mempertahankan pendapat masing-masing. Harmoni dan aman je hidup kan.


note : Tolong carikan idea sikit untuk projek aku. Assignment tu kena siapkan cepat.


itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...



0 comments:

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP