Powered by Blogger.

RAYA CINA

>> 21 Jan 2012

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Kebanyakan di kalangan kita tinggal di kawasan perumahan yang mempunyai masyarakat yang berbilang-bilang kaum. Saya mengaku bahawa saya juga tinggal di kawasan yang ramai orang Cina,orang India,orang Pakistan,orang Indon dan lain-lain. Nampak di situ nilai-nilai 1Malaysia nya.


Bila dah campur-campur bangsa, sudah tentu macam-macam adat dan perayaan yang disambut oleh mereka. Sempena Raya Cina akan datang pada hari Isnin (23 Jan), orang-orang Cina akan merayakan sambutan Tahun Baru Cina tersebut dengan meriah seperti mengadakan jamuan, lawat rumah ke rumah, bakar bunga api dan sebagainya.


Jiran sebelah rumah orang Cina, komfem diorang akan jemput ke rumah untuk makan-makan sikit. Timbul satu persoalan, boleh ke kita yang Muslim ni pergi rumah mereka untuk memenuhi jemputan tersebut?


Jawapannya ia dibolehkan berdasarkan dalil di bawah:


"Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang kafir yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak pula mengusir kamu dari negerimu sendiri. 
(surah Al-Mumtahanah : ayat 8)


TETAPI lawatan kita ke rumah mereka sekadar untuk menjaga perhubungan baik antara orang Islam dengan orang bukan Islam. Bukan niat untuk meraikan perayaan mereka bersama-sama walaupun menimbulkan sedikit perasaan gembira terhadap sambutan mereka.


Kita juga dilarang (haram) sama sekali untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina kerana di dalamnya terdapat beberapa upacara yang bercanggah dengan syarak.


Dalil di dalam Al-Quran :


"Dan mereka itu (hamba-hamba Ar-Rahman) tidak menghadiri majlis sia-sia dan apabila mereka melintasi dengan perkara sia-sia, mereka melaluinya dengan penuh kemuliaan.        (surah Al-Furqan : ayat 72)


Dalil di dalam Hadis :


Telah memberitakan kepada kami (At-Tarmizi) Ibn Lahi'ah daripada Amru bin Syuaib dari bapanya dari datuknya bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: "Bukanlah daripada kami sesiapa yang meniru dengan selain kami, Janganlah meniru Yahudi dan Nasrani dan sesungguhnya salam Yahudi itu dengan isyarat jari dan salam Nasrani itu dengan tapak tangan."    (Sunan Tarmizi bi Tahqiqi Albani)


Jelas di sini bahawa HARAM bagi Muslim menyambut perayaan orang bukan Muslim walaupun dengan memberi ucapan tahniah kepada mereka.


sekadar perkongsian ilmu

itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...
'Allah Lebih Mengetahui'




0 comments:

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP