Powered by Blogger.

BAIK BURUK

>> 6 Jan 2012

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Tarikh : 4 Januari 2012
Lokasi : Seksyen 2, Shah Alam


Baru-baru ini, aku ke kedai Master Art berdekatan UiTM Shah Alam untuk menghabiskan duit dengan membeli alat-alat tulis untuk Semester 3 aku. Seperti biasa, semester baru nanti, aku kena belajar melukis semula disebabkan tangan yang dah keras macam helmet dek kerana telah lama aku tinggalkan arena ini.


Di bawah ini aku akan tunjukkan beberapa barang yang aku beli. Tak banyak aku belanjakan duit aku untuk semua ini. Ada lah dalam ratus-ratus ringgit sahaja.


Rotring Technical Pen 

Ini set Technical Pen jenama Rotring. Harganya RM115. Jauh lebih mahal berbanding Faber Castell. Tapi kualitinya agak bagus. Memerlukan masa dan skill untuk mahir menggunakannya bagi mengelakkan kerosakan pada mata pen.

Scale Ruler
Ini Scale Ruler. Jenama cap ayam. Harganya RM15. Jauh lebih murah berbanding jenama Rotring. Nak jimat aku amik jenama cikai sikit tapi agak kurang pada kualitinya.

Tracing Paper

Ini Tracing Paper. Ia digunakan untuk kerja-kerja menekap lukisan. Harganya RM14.90. Jauh lebih mahal berbanding Butter Paper.

Unipin Drawing Pen

Ini Drawing Pen jenama Unipin. Berbatang-batang aku beli sebab saiz mata berbeza. Harga sebatang pen ini RM4.90. Jauh lebih murah berbanding jenama Faber Castell. Tapi kualitinya rendah sikit dari pen jenama Faber Castell tersebut.


Sebenarnya ada lagi barang lain cuma malas nak tulis. Lain kali aku tunjuk benda-benda tu semua. Dah kekeringan idea sekarang.

Pada pandangan aku :
Setiap sesuatu barang itu ada kebaikan dan keburukannya. Kadang-kadang mahal tapi kualitinya bagus sikit. Sama juga seperti manusia. Insan yang lemah. Ada kelebihan tersendiri dan ada juga kelemahan masing-masing.

Satu contoh, dia ni seorang yang bijak dalam bidang kedoktoran atau seni bina tetapi mungkin dia tak mahir dalam bidang masakan. Samalah seperti isu hangat yang sering diperkatakan sekarang. 

Pelajar perempuan (nama tak perlu disebut) merupakan seorang pelajar yang telah menggegarkan negara satu ketika dahulu atas pencapaiannya dalam SPM beberapa tahun lepas. Tapi dari sudut praktikal agamanya agak kurang (bukan zero).

Bagi aku, kita tak perlu nak hebah-hebah cerita pasal dia teruk ke tak tutup tu ke. Itu kan dah macam cerita keaiban orang. Tak takut dosa ke? Sepatutnya kita doakan dia supaya mendapat hidayah dan petunjuk daripada Allah untuk kembali pada jalan yang betul. Kita banyakkan bersangka baik dengan orang. Mungkin suasana di sana agak sukar untuk mempraktikkan apa yang telah diajar.

Dari sudut positif, saya kira dia merupakan seorang pelajar yang bagus. Mungkin satu hari nanti dia pulang ke Malaysia dengan membawa satu kejayaan dan menjadikan penyumbang besar kepada negara. Tips-tips SPM yang diberikan masih boleh diterima. Apa yang baik kita ambil dan apa yang kurang kita perbaiki. Janganlah disebabkan satu keburukan, terus kita hapuskan dan tutup segala kebaikan yang pernah dilakukan.


note : Manusia di dunia ini semua pernah melakukan kesilapan. Yang Maa'sum cuma Nabi Muhammad S.A.W sahaja.

itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...






2 comments:

mahfuzahmardy 6 January 2012 at 16:59  

akhi! uhukk! total? huuuu huuuu cayaq!

MUHAMMAD BIN SIFYAN 7 January 2012 at 16:23  

total nye takyah tnye...
banyak gak abes...
takde duit dah skrg...

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP