JADI LEBIH MATANG
>> 28 Jun 2012
Assalamualaikum/salam mahasiswa
Baru-baru ini, saya mendengar satu forum yang disiarkan secara siaran langsung di satu laman web. Forum tersebut berkisarkan tentang Hala Tuju Islam Selepas PRU13. Saya rasa panel-panel yang kupas dan bincangkan tajuk tersebut baik-baik sahaja walaupun mereka berbeza pandangan. Tapi para pendengar yang hadir terlalu taksub sehinggakan mereka tak boleh menerima apa yang diperkatakan oleh beberapa panel. Sebab isi yang dilontarkan berbeza dengan pendapat dan pemahaman para pendengar. Mereka terjerit-jerit sampai salah satu daripada panel yang ada sukar untuk menyuarakan pandangan beliau.
Saya rasa sebenarnya sebahagian kecil mungkin juga besar rakyat negara kita masih tidak matang dalam berpolitik atau memahami politik yang ada di Malaysia. Kita cuma tahu nak mengharapkan itu, nak mengharapkan ini tanpa memikirkan jika kita berada di tempat mereka lebih-lebih lagi orang muda. Jiwa muda lagi ekstrem, tahu nak ada benda yang boleh memuaskan hati sahaja. Saya tak nafikan bahawa saya juga kadang-kadang rasa begitu.
Jadi, saya sarankan kita semua yang muda-muda ni kaji betul-betul tentang berita yang kita terima dari media massa kita. Jangan terlampau obses dengan mana-mana pihak sampaikan kita susah nak terima pendapat orang lain. Harap kawan-kawan semua dapat manfaatkan apa yang saya perkatakan ini. Wallahua'lam.
itu sahaja untuk kali ini..
ok,sekian..