Assalamualaikum
Baru-baru ini saya dikejutkan dengan beberapa soalan yang diberikan oleh rakan saya. Soalan tersebut membuatkan saya dan rakan-rakan lain tersentap ketika makan. Katanya, soalan ini diberi oleh seorang kawan yang berbangsa Cina dan bukan muslim. Soalannya agak kritikal dan ia membabitkan akidah umat Islam.
Soalan : "Betul ke tuhan itu Adil? Kalau ya, mengapa orang miskin dicipta. Orang kaya boleh menderma dan menginfak dengan hartanya di samping dia beribadah kepada Allah. Hidup senang, makan semua cukup. Orang miskin pula, dah la tak ada duit, nak bersedekah pun tak dapat. Nak beramal pun susah. Lepas tu, kalau nak makan terpaksa mencuri untuk jadikan sumber rezeki. Tak ke nanti dia akan dimasukkan ke neraka dengan sebab mencuri tu.So, adil ke tuhan ni?"
Saya taklah berapa pakar dalam menjawab soalan-soalan sebegini. Cuma ada satu hadis Rasulullah S.A.W yang kisahnya lebih kurang macam soalan di atas.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya : Bahawa oang-orang miskin dari sahabat Muhajirin datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata: "Orang kaya boleh mendapatkan darjat yang tinggi dan syurga abadi." Kata Rasulullah S.A.W : "Apakah yang engkau maksudkan?" Jawab mereka itu : "Mereka sembahyang seperti kami, puasa seperti kami, tetapi mengeluarkan sedekah dan memerdekakan sahaya, hanya dapat dicapai oleh orang kaya saja, sedangkan kami tidak. " Kata Rasulullah S.A.W : "Mahukah kamu aku ajarkan sesuatu agar kamu dapat mengejar usaha orang yang terdahulu, dan mendahului usaha orang-orang zaman akan datang, bahkan dengan itu kelak tak ada orang yang lebih baik/utama daripada kamu kecuali yang berbuat seperti kamu." Jawab kaum miskin itu :
Baiklah. Bersabda Rasullah s.a.w. : "Bacalah oleh kamu masing-masing ; tasbih, takbir dan tahmid tiap-tiap selesai sembahyang, masing-masing tiga puluh tiga kali.
Kata Abu Saleh ( seorang periwayat hadis ini ) : " Setelah beberapa lama, orang-orang miskin itupun kembali lagi mengadu kepada Rasullah S.A.W sambil berkata : Bahawa orang-orang kaya itu telah dapat mendengar kami, dan telah berbuat pula seperti kami."
Kata Rasullah s.a.w. : " Ya, hal itu hanya kemurahan Allah yang diberikanNya kepada siapa yang dikehendakiNya."
(hadis riwayat Muslim)
Saya berharap semua dapat baca hadis di atas walaupun ia panjang. Berdasarkan hadis ini, apa yang dapat difahami bahawa Allah sangat permurah dengan menyediakan platform bagi orang miskin supaya dapat beramal seperti orang kaya.
Sungguhpun, orang miskin tidak dapat bersedekah dengan hartanya tetapi boleh beramal dengan zikir tasbih,tahmid dan takbir sebanyak 33 kali yang tarafnya sama dengan amalan sedekah orang kaya. Bukankah Allah itu Maha Adil kepada semua hambaNya.
Kemudian saya jawab, masuknya seseorang itu ke dalam syurga atau neraka bukanlah kerja kita untuk menetapkan. Itu semua adalah kuasa Allah yang menentukan seseorang itu ke mana. Contoh yang diberikan seperti di dalam hadis tentang seorang pelacur yang diberi ganjaran syurga atas sebab memberi minum seekor anjing.
Hal ini juga menunjukkan Allah itu Maha Adil. Walaupun sebelumnya pelacur itu banyak melakukan amalan buruk tetapi akhirnya diberi syurga kerana melakukan sedikit amalan baik iaitu memberi minum seekor anjing yang dahaga.
Satu lagi, Allah itu sangat adil kepada hambaNya kerana Allah menguji seseorang itu melainkan apa yang dia mampu sahaja. Jika seseorang itu miskin, Allah tidak membebankannya dengan menyuruh orang miskin itu membayar zakat atau menunaikan haji sebaliknya orang kaya wajib lakukan.
Orang miskin pula kenalah bersabar dengan tahap kesabaran yang maksimum. Mengapa pilih untuk mencuri, kan tuhan beri banyak option untuk cari rezeki. Allah tahu kita mampu mencari rezeki yang halal dan jangan menyempitkan pemikiran dengan mencari jalan mudah untuk cepat kaya.
Sekian.
Allah Lebih Mengetahui.
0 comments:
Post a Comment