SEMUA SAMA
>> 17 Sept 2011
Assalamualaikum/salam lebaran
Tarikh : 17 September 2011
Masa : 11.30 pagi - 12.00 malam
Sehari suntuk aku berjalan beraya bak kata pepatah "orang Melayu kalau tak beraya sebulan tak sah".
So,aku bersama kawan-kawan aku Khairul,Nisa,Liyana dan Hanna jalan-jalan dari satu tempat ke satu tempat melawat rakan-rakan yang lain.
Destinasi :
1. Kolej Matrikulasi Selangor
2. Kolej Mara Banting
3. Kolej Islam Sultan Alam Shah
di KMB IB World School |
berdasarkan pemerhatian aku :
Tak ada beza pun tempat-tempat belajar nie. Aku rasa sama je semua. Masing-masing punya kolej atau universiti ada kelebihan tersendiri.
Kalau duduk kat Oxford University sekali pun tapi tak belajar,malas,baloq pulak tu,belajar main-main je, tak de guna gak. Sia-sia je belajar jauh-jauh.
Apa-apa pun sekarang nie, tak kesah la kita study kat mana-mana tu belakang cerita. Yang penting kita nak belajar. Ilmu yang dikejar bukan tempat yang dikejar.
itu sahaja untuk kali ini...
maaf jika terkasar tutur kata...
note : Ambillah sedikit ilmu di suatu tempat itu biarpun ia terletak di ceruk pedalaman mahupun di hutan belantara.
ok,sekian...
Read more...