REHAT
>> 8 Feb 2012
Assalamualaikum/salam mahasiswa
"Dan kami menjadikan tidurmu untuk istirehat. Dan kami menjadikan malam sebagai pakaian."
(surah An-Naba' : ayat 9-10)
Dalam ayat di atas, Allah memberi tahu kita bahawa malam itu diciptakan untuk kita berehat-rehat dalam keadaan yang tidak sedar/separa sedar atau TIDUR.
Saya cuba sampaikan ini kerana saya ingin memperingatkan diri dan rakan-rakan yang lain supaya menjadikan malam waktu yang sesuai untuk berehat.
Mungkin ramai tak tahu, student-student asasi Seni Bina mempunyai waktu tidur yang 'mencukupi' dek kerana menyiapkan projek atau assignment yang berlambak-lambak. Jadi, saya salah seorang mangsa tersebut.
Tidur lewat ini boleh mendatangkan banyak penyakit. Penyakit tersebut tak perlu disebut sebab saya bukan pelajar bidang Perubatan. Menurut beberapa kajian, tidur yang sihat adalah dari jam 11 malam hingga 3 pagi.
Kemudian, bangun dari tidur pada pukul 3 pagi untuk mengerjakan qiamullail sebagaimana firman Allah di dalam Al-Quran Al-Karim :
"Sesungguhnya bangun di waktu itu lebih berkesan. Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak)." (surah Al-Muzammil : ayat 6-7)
Nampak lebih bagus kan kalau kita jadikan perkara ini sebagai rutin harian.
Saya mohon kepada rakan-rakan semua supaya kita berdoa sama-sama untuk diberi kekuatan dalam menempuh segala assignment/tutorial/quiz/projek yang akan datang. Jumaat ini, saya kena present Mockup Model yang diperbuat daripada Serial Plane. Nampak gaya, tidur lewat atau tak tidurlah saya dalam 2/3 hari ini untuk menyelesaikan benda alah tersebut.
Contoh Mockup Model |
itu sahaja untuk kali ini...
2 comments:
CANTIK !
thanks tapi nie baru pre-design...
blom betul2 nya...
Post a Comment