SAMBUTAN MAULUD NABI
>> 4 Feb 2012
Assalamualaikum/salam mahasiswa
Setiap tahun, umat Islam seluruh dunia akan menyambut Maulud Nabi S.A.W pada 12 Rabiulawal. Pelbagai aktiviti dijalankan terutama di Malaysia. Jika semasa saya di bangku sekolah, kami berarak dari sekolah ke masjid. Berselawat beramai-ramai. Ceramah tentang kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Jamuan makan sedikit.
Itu zaman kanak-kanak, tak tahu apa-apa. Dah besar sikit ni, barulah nak kaji mana datangnya Maulud Nabi ni. Ada ke tak sambutan perayaan kelahiran Nabi waktu baginda masih hidup dahulu.
Menurut beberapa sumber, ada sesetengah daripada kita menggunakan dalil yang tidak ada kena mengena dengan Maulidur Rasul.
Contoh dalil :
Daripada Qatadah Al-Ansori, bahawasanya Rasulullah ditanya tentang berpuasa pada hari Isnin, Nabi S.A.W bersabda, "Itulah hari aku dilahirkan dan diturunkan wahyu ke atasku".
Hadis ini tidak ada kaitan langsung dengan Maulid Nabi. Hadis ini berkaitan dengan sunat berpuasa pada hari Isnin. Hadis ini sering digunakan dalam menyatakan sambutan Maulid Nabi itu ada dan sunat dilakukan.
Ada orang kata sambut Maulidur Rasul sebab nak tunjukkan ingatnya kita kepada baginda dan lahirkan rasa cinta kepada Nabi S.A.W. Habis tu sebelum maulud Nabi, kita lupalah tentang baginda. Ataupun kita ingat Nabi 2 atau 3 jam semasa sambutan itu sahaja, lepas habis majlis kita lupa balik kat baginda.
Pada pandangan diri yang tak seberapa ini, tak salah nak berselawat ke atas junjungan besar Nabi S.A.W pada hari itu. Tetapi nampak sangat kita ni macam semasa Maulud Nabi je beriya-riya nak ingat pasal Nabi. Kalau boleh biarlah tiap-tiap hari. Kan itu lebih elok.
Saya rasa cara nak menanamkan rasa cinta kepada Rasulullah S.A.W ialah dengan melakukan apa yang diajar oleh baginda dalam erti lain mengamalkan Sunnah baginda seperti pergi solat berjemaah di masjid tiap-tiap waktu (bagi lelaki). Dengan cara ini, hari-hari kita boleh ingat kat baginda.
sekadar perkongsian ilmu |
0 comments:
Post a Comment