DOA KETIKA BERBUKA PUASA
>> 12 Aug 2012
Assalamualaikum
Sejak kita di bangku sekolah rendah, kita sering diajar oleh ustaz/ustazah kita dengan doa berbuka puasa. Tak cukup di sekolah, kadang-kadang doa berbuka puasa ini juga dipaparkan di kaca televisyen sebelum laungan Azan Maghrib. Tapi adakah kita tahu bahawa doa berbuka yang selalu kita dok baca tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan itu ada dalilnya tersendiri.
Saya akan tunjukkan hadisnya seperti di bawah.
Dari Muadz Ibn Zuhrah , bahwasanya telah sampai kepadanya, sesungguhnya Nabi S.A.W apabila berbuka puasa, baginda mengucapkan :
(Hadis riwayat Abu Daud, no 2358)
Hadis di atas dinilai oleh para ilmuan hadis seperti Albani dan Ibnu Hibban sebagai DHAIF atau lemah kerana Muadz ialah seorang tabi'in dan terus disandarkan kepada Rasulullah S.A.W. Oleh sebab itu, sanadnya terputus dan menyebabkan statusnya menjadi lemah/dhaif.
Walaubagaimana pun, terdapat hadis yang lebih kuat dari hadis di atas tentang doa berbuka puasa yang diajar oleh Nabi S.A.W.
Daripada Abdullah Ibn Umar R.A, Rasulullah S.A.W ketika berbuka puasa, baginda membaca :
Daripada Abdullah Ibn Umar R.A, Rasulullah S.A.W ketika berbuka puasa, baginda membaca :
Maksudnya : Telah hilang rasa dahaga dan basah kembali urat-urat dan InsyaAllah mendapat pahala (di sisiNya).
(Hadis riwayat Abu Daud, no 2357)
Hadis di atas dinilai oleh para ulama' hadis sebagai hadis Hasan. Kita boleh beramal dengannya dan hadis ini lebih kuat daripada hadis yang diriwayatkan oleh Muadz Ibn Zuhrah.
Tapi tentang waktu untuk membacanya terpulang kepada kita sendiri. Ada sesetengah pendapat mengatakan doa tersebut dibaca selepas berbuka puasa jika dilihat pada maknanya. "Telah hilang dahaga" bermaksud rasa dahaga kita hilang selepas kita meneguk/minum air. Jadi, doa ini dibaca selepas kita membatalkan puasa kita/berbuka puasa ketika azan Maghrib.
Namun, hadis Rasulullah S.A.W tentang membaca "Bismillah" sebelum makan atau minum memang tidak boleh diragui. Apa-apa pun, memang confirm sebelum berbuka puasa kita perlu baca bismillah kemudian terpulang kepada kita untuk baca doa berbuka puasa atau tidak.
Oleh itu, mengapa perlu gunakan hadis yang lemah sedangkan terdapat hadis yang lebih tepat tentang doa berbuka puasa yang dibaca oleh Nabi S.A.W. Saya harap kita semua selepas ini dapat mengamalkan doa-doa yang diajar oleh baginda berdasarkan hadis-hadis yang lebih benar dan diyakini.
Allah Lebih Mengetahui.
0 comments:
Post a Comment