MANDI LAMA KETIKA BERPUASA
>> 30 Jul 2012
Assalamualaikum
Semasa kita kecil-kecil atau semasa zaman kanak-kanak dahulu, kita sering diperdengarkan dengan satu kenyataan bahawa mandi lama-lama semasa kita tengah berpuasa adalah MAKRUH. Ada juga yang mengatakan bahawa mandi selepas waktu Asar juga adalah makruh.
Ini merupakan satu kenyataan yang kurang tepat kerana tiada satu dalil pun yang menjelaskan makruhnya mandi ketika berpuasa. Memang hakikat yang tidak dapat dielakkan bahawa semasa kita berpuasa, kita akan berasa dahaga dan panas. Dan fitrah manusia juga, kita mesti akan lakukan sesuatu yang boleh menyejukkan badan kita apabila terasa panas.
Rasulullah S.A.W adalah manusia biasa seperti kita yang juga berasa dahaga dan panas ketika berpuasa. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Malik dalam kitabnya Al-Muwatta' :
Abu Bakar ibn Abdul Rahman berkata : telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku : "Aku melihat Rasulullah S.A.W di sebuah tempat bernama Al-'Arj mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa kerana berasa dahaga atau panas." (riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Hadis di atas merupakan hadis sahih. Mengapa perlu ketepikan hadis yang sahih untuk menghalang perkara-perkara yang dilakukan oleh baginda. Yang penting, Nabi S.A.W tidak pernah melarang kita dalam mana-mana hadis baginda bahawa mandi ketika berpuasa adalah makruh.
Jadi semasa kita berpuasa ini, tak kesah kita nak mandi 30 kali sehari sekalipun, ia tidak menjadi satu masalah kerana terdapat hadis yang membenarkannya dan Rasulullah S.A.W sendiri melakukannya.
Wallahua'lam.
0 comments:
Post a Comment