Powered by Blogger.

PANDANGAN SAYA TENTANG 'MAJLIS JASAMU DIKENANG'

>> 16 Jul 2012

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Tarikh   : 14 Julai 2012
Tempat : Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang


Sabtu lepas, satu majlis telah dijalankan di KISAS sempena mengenang jasa bekas pengetua Kolej Islam Malaya/Klang iaitu Ustaz Hj Nik Mohamad Mohyideen yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak. Semua orang dijemput hadir ke majlis tersebut terutama Alumni Kolej Islam (ALKIS). Saya juga berkesempatan menghadiri majlis tersebut bersama beberapa rakan batch saya.


Baiklah, sepanjang saya berada di situ, dapatlah saya nukilkan beberapa pandangan saya. Pertama, Alumni adalah tetamu istimewa yang dijemput tapi tak berapa ramai yang datang. Banyak seat-seat kosong kat khemah luar. Mungkin ada yang sibuk dengan hal masing-masing. Itu dimaafkan. Tapi Alumni yang tidak mahu datang disebabkan berbeza fahaman politik sangatlah tidak boleh diterima. Walaupun Majlis Jasamu Dikenang ini dihadiri oleh PM kita, takkan ia menjadi faktor utama kita tak boleh datang ke majlis tersebut. Kamonlah, rasanya semua besar-besar belaka tapi pemikiran macam budak-budak tadika. 


Kedua, kedengaran guru-guru KISAS ada yang komen tentang Alumni yang datang. Katanya, ada Alumni yang berselisih dengan cikgu-cikgu tapi tidak mengendahkan cikgu tersebut. Mereka bukanlah pelajar yang tidak dikenali guru tersebut. Cikgu siap ingat lagi mereka batch mana tapi mereka lupa nak tegur cikgu-cikgu. Saya pun tak sempat juga nak jumpa semua cikgu tapi saya sempat sembang dengan cikgu Aznora, Guru Cemerlang Sejarah saya dahulu. Mungkin ramai yang tahu tentang luahan cikgu-cikgu ini. 


Jadi, saya berharap kita semua yang sudah bertitlekan bekas pelajar/alumni Kolej Islam ni, jenguk-jenguklah cikgu jika berkelapangan. Saya bukanlah pelajar yang banyak menyumbang sangat kat sekolah dulu. Tapi saya hadir ke majlis tersebut atas sebab saya bekas pelajar yang masih sayang sekolah saya bukan sebab fanatik pada mana-mana parti politik. 


Kita nanti, bila dah besar jadi orang yang hebat-hebat, mungkin ada yang jadi Ahli Agama yang mantap,ada yang jadi Arkitek, ada yang Doktor, ada Engineer, ada Lawyer dan macam-macam lagi, janganlah kita lupa akan cikgu-cikgu kita ya kawan-kawan.


iklan jemputan di akhbar Utusan
itu sahaja untuk kali ini..
ok, sekian..
"Allah Lebih Mengetahui"

0 comments:

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP