Powered by Blogger.

BOLEH KE BERSUGI KETIKA BERPUASA?

>> 24 Jul 2012

Assalamualaikum


Merujuk kepada tajuk di atas, mesti ramai yang tertanya-tanya boleh bersugi atau tidak. Seperti yang sedia maklum, semasa kita berpuasa mulut kita akan berbau disebabkan tidak makan dan minum. Bau mulut kita akan naik dan baunya agak kurang wangi. Walaupun baunya agak kurang menyenangkan tapi ianya bau yang sangat harum di Syurga sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W.


 "Bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Namun begitu, bukanlah kita diwajibkan untuk membiarkan bau mulut yang 'sedap' tersebut. Islam menggalakkan kita untuk menjaga kebersihan diri dan menjaga hubungan sesama Muslim. Jika kita menemui saudara kita dengan bau mulut yang busuk sehingga menyebabkan saudara kita rasa kurang selesa, adakah itu dapat menjaga hubungan kita dengan orang sekeliling kita?


Begitu juga ketika kita solat, bau mulut yang tak harum itu akan menyebabkan orang di sebelah di dalam saf kita akan hilang kekhusyukkan. Jadi, haruslah kita bersugi atau gosok gigi semasa kita berpuasa. Ianya bukan jadi penghalang untuk kita mendapatkan pahala semaksimum mungkin ketika berpuasa.


Hadis di bawah yang mengatakan bersugi ketika berpuasa itu MAKRUH adalah hadis dhaif atau hadis yang lemah. 

"Jika kamu berpuasa, bersugilah pada waktu pagi dan jangan bersugi pada waktu petang" (riwayat Al-Bazzar, At-Tabarani dan lain-lain)



Mengapa perlu berhujah dengan hadis yang lemah sedangkan terdapat hadis yang lebih kuat tentang galakan bersugi tak kira masa sama ada berpuasa atau tidak seperti hadis di bawah.


"Jika bukan kerana bimbang menjadi beban kepada umatku nescaya aku perintahkan mereka bersugi setiap kali waktu solat" (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Jadi, bersugi atau gosok gigi tidak menjadi masalah walaupun kita sedang berpuasa. Bersugilah bila-bila masa pun dan di mana jua kita berada kerana ia merupakan satu galakan yang disarankan dalam Islam.


'Allah Lebih Mengetahui'

0 comments:

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP