Powered by Blogger.

JASA PEMIMPIN

>> 25 Oct 2011

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Hari ini,dunia digegarkan dengan satu berita sedih, mungkin juga gembira iaitu tentang kematian pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.


Dengar kata ada yang seronok. Seronok sebab dapat jatuhkan seorang pemimpin yang zalim tapi sedarkah kita?


Di sebalik kezaliman beliau, beliau tidak pernah mengabaikan rakyat atau masyarakat setempat mahupun dunia. Meh sini aku tunjuk sikit jasa dan pengorbanan pemimpin Libya ini.


Gaddafi merupakan seorang founder of OIC
        
Kita juga mungkin tidak sedar beliau mempunyai jasa yang besar di luar Libya juga.


Masjid Muammar Qaddafy di Sentul, Bogor,Indonesia
        
Masjid ini diberikan nama Masjid Muammar Qaddafy sempena nama beliau kerana Gaddafi banyak sangat menyumbangkan dana kepada pihak masjid tersebut.


Bak kata orang yang menghormati beliau "zalim-zalim dia pun, dia still jaga kebajikan rakyat dia dan rakyat luar juga".


Tetapi rakyat Libya sendiri tetap nak menjatuhkan dia. Itulah yang nak ditiru-tiru oleh rakyat Malaysia yang hidup aman sejahtera nie. Nak kata rakyat Malaysia tak cukup makan, kenyang je siap membazir lagi tu.


Apa-apa pun, aku tetap respect dan menghormati jasa yang diberikan oleh Muammar Gaddafi nie. Bukan senang untuk menjadi seorang pemimpin yang baik.


note : walau macam mana sekalipun pemimpin kita,kita perlu taat kepadanya selagi dia mendirikan solat dan tidak menyuruh kita melakukan perkara yang bertentangan dengan Syariat Islam.


itu saje untuk kali ni...
ok,sekian...





Read more...

GUGUR BAYI

>> 23 Oct 2011

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Allah SWT berfirman :


"Dan janganlah kamu mendekati zina kerana sesungguhnya zina itu kotor dan sejelek-jelek/seburuk-buruk jalan."       (surah Al-Isra',ayat 32)


Sebagai seorang muslim kita wajib beramal dengan ayat ini tapi kalau buat tak tahu dan tak mengendahkannya, inilah jadinya seperti gambar di bawah.




Kenapa terjadi seperti gambar di atas?

Sebabnya pasangan yang dah terlanjur tu tak mahu bertanggungjawab. Meh sini biar aku kongsi sikit apa hukum gugur bayi nie...

Jumhur Ulama' bersepakat :

Aborsi (Isqatul Haml/Al-Ijhadh) selepas bayi ditiupkan roh (4 bulan kehamilan) adalah HARAM.

Bagi bayi sebelum ditiupkan roh, ulama' berbeza pendapat tentangnya :

1. Ibnu Hajar dalam kitab Al-Tuhfah mengharamkan aborsi sebelum janin ditiupkan roh untuk menghormati janin yang akan menjalani proses pertumbuhan.

2. Ulama' kontemporari seperti Dr.Yusuf Al-Qaradhawi mengharuskan aborsi sebelum janin ditiupkan roh bagi menjaga maslahat wanita tersebut.

3. Dr.Misbah Mutawalli Sayyid Hammad dan Dr.Muhammad Said Ramadhan Al-Buti berpendapat bahawa pengguguran janin luar nikah adalah dilarang berdasarkan dalil :

"Bahawasanya seseorang yang berdosa itu tidak akan menanggung dosa orang lain."                (surah An-Najm,ayat 38)

Mereka berpendapat bahawa janin yang tidak berdosa itu tidak terlibat dalam kesalahan ibunya yang berzina. Jadi,janin tersebut harus dibesarkan dan dilahirkan seperti biasa serta disusukan.

Pada pendapat aku:
Anak luar nikah dalam kandungan tu tak patut digugurkan sebab dia tak bersalah pun dan dia ada hak untuk dilahirkan dan hidup seperti manusia biasa.

Tidakkah kita berasa zalim jika kita gugurkan bayi tersebut sebab kita dah dianggap sebagai pembunuh.

itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...










Read more...

CARI MUKA SURAT

>> 12 Oct 2011

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Aku ada benda nak kongsi sikit. Info nie pun aku dapat daripada orang lain. Jadi,biarlah ilmu ini bersambung dan berlarutan.


Cara mudah untuk mencari muka surat di dalam Al-Quran. Biar aku tunjukkan contoh supaya ia lebih jelas dan mudah difahami.


Contoh 1 :
jika kita nak cari juzuk ke 5 di halaman ke berapa?


1. 5 - 1 = 4
2. darab dengan 2, 4 x 2 = 8
3. letakkan angka 2 selepas jawapan, 82
4. juzuk 5 berada di halaman 82


Contoh 2 :
jika kita nak cari juzuk ke 25 di halaman ke berapa?



 1. 25 - 1 = 24
2. darab dengan 2, 24 x 2 = 48
3. letakkan angka 2 selepas jawapan, 482
4. juzuk 25 berada di halaman 482


sekadar perkongsian ilmu
Subhanallah,indah kan jika kita aplikasikan matematik dengan Al-Quran. Rasanya cara ini lebih senang nak cari muka surat dalam Al-Quran daripada cari guna Iphone.


note : Sebenarnya ilmu sains ini jika dikaitkan dengan Al-Quran,ianya sangat bermanfaat.


semoga ilmu ini dapat dikongsi bersama...
itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian..

Read more...

ISLAM ITU MUDAH

Assalamualaikum/salan mahasiswa


Aku nak share sikit satu video yang berkaitan dengan tajuk kat atas tu.


                                                         bahagian 1


                                                         bahagian 2


Semoga ia dapat membuka minda-minda ilmuan muda seperti kita.


sekadar perkongsian ilmu..
itu sahaja untuk kali ini..
ok,sekian...

Read more...

BULAN

>> 9 Oct 2011

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Tarikh : 9/10/2011
Lokasi : rumah aku


Tentu ramai yang tahu, pada malam tu terjadi satu fenomena di mana bulan kelihatan sungguh cantik.


Jadi,aku nak tunjuk sikit beberapa gambar bulan yang diambil malam tu.


peringkat permulaan
                                                              


peringkat pertengahan
                                                                     


bulan mula berbentuk seperti cincin
                                               


bulan mengeluarkan sinar berwarna biru
                      
SUBHANALLAH, cantik sungguh cipataan Allah ini.
                    
Adakah ini menunjukkan apa-apa petanda? hanya Allah sahaja yang tahu. Ianya hanyalah salah satu daripada Sunnatullah dan tidak membawa apa-apa malapetaka. Walau apa pun, kita sebagai hambaNya perlu yakin bahawa Allah sahaja yang berkuasa di atas muka bumi ini.


note : Segala ciptaan manusia yang hebat belaka itu tidak sesempurna ciptaan Allah Taala yang berada di langit dan di bumi.


itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...





Read more...

SUCI

>> 8 Oct 2011

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Tarikh : 5 - 7 Oktober 2011
Lokasi : Pulau Pangkor,Perak


Buat apa pergi P.Pangkor? Bercuti ke? Takde lah,kami cuma join program yang dianjurkan oleh MRC gabungan Mahallah-Mahallah kami je.


Antara aktivi yang kami buat:
1. Mandi laut
2. Snorkling
3. Jungle Trekking
4. Explorace
5. Beach Volleyball


Cerita atas nie cuma sampingan je la. Yang ini baru nak masuk isi kandungannya.


Di Pulau Pangkor sumber air kami cuma air laut sahaja. Jadi, kalau nak berwudhu ke nak buang yang kecik ke nak buang yang besar ke semua kena guna air laut.


So,kat sini aku cuba amalkan ilmu yang dah aku belajar iaitu wudhu dengan air laut. Tak perlu diragui, air laut nie sememangnya suci ye.


dalil tentang kesucian air laut :


Daripada Abi Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda tentang laut : "Ia adalah yang suci lagi menyucikan airnya dan yang halal bangkainya."


(riwayat Tirmizi,Abu Dawud,Nasaei dan Ibn Majah)


gambaran ketika mengambil wudhu di pantai
                       
Hukum berwudhu dengan air laut adalah sah dan tiada keraguan tentang kesuciannya.


Satu lagi situasi,waktu tu dah nak masuk maghrib, tengah mandi-manda bersama rakan-rakan, teringat semasa belajar di sekolah dahulu. Kalau berendam seluruh badan di dalam air laut dengan niat wudhu' kemudian keluar semula, ia juga dikira sah.


berdasarkan pendapat Imam As-Syafie :


Wudhu dengan menyelam dikira sah dengan cara berada seketika di dalam air ataupun terus keluar dari air untuk mewujudkan tertib antara anggota. Dalam keadaan ini,ia dianggap berlaku rukun tertib pada anggota wudhu' walaupun dalam beberapa saat.
(Majmuk Nawawi 1/448)


maaf, gambar ketika menyelam tidak dapat diambil
         


Jadi,itu sahaja yang aku nak kongsi. Semoga kita semua dapat amalkan walaupun ilmu itu sedikit.


Pangkor,I'll see you again...
ok,sekian...









Read more...

PEPERIKSAAN

>> 1 Oct 2011

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Sekarang nie kalau kita tengok masing-masing sedang menghadapi peperiksaan akhir tahun/semester/etc.


Jadi,di kesempatan ini aku nak ucapkan "Selamat Menjawab Peperiksaan" dengan bersungguh-sungguh dan penuh berhati-hati.


Tak nak la lepas exam kita bincang dengan member-member, lepas tu kalau ada yang salah, mula la frust menonggeng.Nak bunuh diri la, tak semangat untuk next paper la, rasa macam bodoh gila la.


markah kosong tak bermakna gagal
                 


Satu perkara sahaja yang perlu kita ingat, selepas kita berusaha dengan penat lelah belajar, doa dahulu sebelum masuk dewan peperiksaan. Time exam,kita jawab je macam biasa.


Then,selepas keluar dewan kita tawakkal dan berserah segalanya kepada Allah kerana dia yang memberikan kejayaan kepada kita.


Jika keputusan yang kita terima baik, ucapkanlah Alhamdulillah. Jika keputusan yang kita terima kurang memuaskan,Alhamdulillah juga. Redha je la kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Ini jadual final exam untuk Sem 1 aku.

22/09 : English
26/09 : Religions In Malaysia
28/09 : Mathematics (pagi)
           Intro to Built Environment (petang)
29/09 : Economics
03/10 : Graphic 1 (port folio)

Jadi, sama-samalah kita berusaha ye. Korang exam,aku pun exam jugak...
itu sahaja untuk kali ini...

note : Skor dan target A+ bukanlah matlamat peperiksaan dijalankan tetapi ia diadakan untuk menguji tahap kesabaran seseorang.

ok,sekian...






Read more...

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP