SUCI
>> 8 Oct 2011
Assalamualaikum/salam mahasiswa
Tarikh : 5 - 7 Oktober 2011
Lokasi : Pulau Pangkor,Perak
Buat apa pergi P.Pangkor? Bercuti ke? Takde lah,kami cuma join program yang dianjurkan oleh MRC gabungan Mahallah-Mahallah kami je.
Antara aktivi yang kami buat:
1. Mandi laut
2. Snorkling
3. Jungle Trekking
4. Explorace
5. Beach Volleyball
Cerita atas nie cuma sampingan je la. Yang ini baru nak masuk isi kandungannya.
Di Pulau Pangkor sumber air kami cuma air laut sahaja. Jadi, kalau nak berwudhu ke nak buang yang kecik ke nak buang yang besar ke semua kena guna air laut.
So,kat sini aku cuba amalkan ilmu yang dah aku belajar iaitu wudhu dengan air laut. Tak perlu diragui, air laut nie sememangnya suci ye.
dalil tentang kesucian air laut :
Daripada Abi Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda tentang laut : "Ia adalah yang suci lagi menyucikan airnya dan yang halal bangkainya."
(riwayat Tirmizi,Abu Dawud,Nasaei dan Ibn Majah)
gambaran ketika mengambil wudhu di pantai |
Hukum berwudhu dengan air laut adalah sah dan tiada keraguan tentang kesuciannya.
Satu lagi situasi,waktu tu dah nak masuk maghrib, tengah mandi-manda bersama rakan-rakan, teringat semasa belajar di sekolah dahulu. Kalau berendam seluruh badan di dalam air laut dengan niat wudhu' kemudian keluar semula, ia juga dikira sah.
berdasarkan pendapat Imam As-Syafie :
Wudhu dengan menyelam dikira sah dengan cara berada seketika di dalam air ataupun terus keluar dari air untuk mewujudkan tertib antara anggota. Dalam keadaan ini,ia dianggap berlaku rukun tertib pada anggota wudhu' walaupun dalam beberapa saat.
(Majmuk Nawawi 1/448)
maaf, gambar ketika menyelam tidak dapat diambil |
Jadi,itu sahaja yang aku nak kongsi. Semoga kita semua dapat amalkan walaupun ilmu itu sedikit.
Pangkor,I'll see you again...
ok,sekian...
2 comments:
Jellyfishhhhh -,-
takde jellyfish pon kat sne...
Post a Comment