GUGUR BAYI
>> 23 Oct 2011
Assalamualaikum/salam mahasiswa
Allah SWT berfirman :
"Dan janganlah kamu mendekati zina kerana sesungguhnya zina itu kotor dan sejelek-jelek/seburuk-buruk jalan." (surah Al-Isra',ayat 32)
Sebagai seorang muslim kita wajib beramal dengan ayat ini tapi kalau buat tak tahu dan tak mengendahkannya, inilah jadinya seperti gambar di bawah.
Kenapa terjadi seperti gambar di atas?
Sebabnya pasangan yang dah terlanjur tu tak mahu bertanggungjawab. Meh sini biar aku kongsi sikit apa hukum gugur bayi nie...
Jumhur Ulama' bersepakat :
Aborsi (Isqatul Haml/Al-Ijhadh) selepas bayi ditiupkan roh (4 bulan kehamilan) adalah HARAM.
Bagi bayi sebelum ditiupkan roh, ulama' berbeza pendapat tentangnya :
1. Ibnu Hajar dalam kitab Al-Tuhfah mengharamkan aborsi sebelum janin ditiupkan roh untuk menghormati janin yang akan menjalani proses pertumbuhan.
2. Ulama' kontemporari seperti Dr.Yusuf Al-Qaradhawi mengharuskan aborsi sebelum janin ditiupkan roh bagi menjaga maslahat wanita tersebut.
3. Dr.Misbah Mutawalli Sayyid Hammad dan Dr.Muhammad Said Ramadhan Al-Buti berpendapat bahawa pengguguran janin luar nikah adalah dilarang berdasarkan dalil :
"Bahawasanya seseorang yang berdosa itu tidak akan menanggung dosa orang lain." (surah An-Najm,ayat 38)
Mereka berpendapat bahawa janin yang tidak berdosa itu tidak terlibat dalam kesalahan ibunya yang berzina. Jadi,janin tersebut harus dibesarkan dan dilahirkan seperti biasa serta disusukan.
Pada pendapat aku:
Anak luar nikah dalam kandungan tu tak patut digugurkan sebab dia tak bersalah pun dan dia ada hak untuk dilahirkan dan hidup seperti manusia biasa.
Tidakkah kita berasa zalim jika kita gugurkan bayi tersebut sebab kita dah dianggap sebagai pembunuh.
itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...
2 comments:
emm. tapi kadang2 kesian jugak kat budak2 luar nikah ni kalau da besar. susah nk sekolah sbb xde name ayah, susah nk kawin(kalau lelaki) sbb family prempuan xnk ad kturunan yang kabur.
kesimpulan nya, jangan berzina, utk elakkan jadi nya anak luarnikah.
dan x payah couple, utk elakkan zina.
bagi aku : anak tu di bin kan abdullah...sbb abdullah tu mksod nye hamba Allah..kite tak tau bpk nye sape...tak pon kalo budak tu jadi anak angkat org len pon boleh...
Post a Comment