Powered by Blogger.

KELUAR MALAM

>> 15 Apr 2011

Assalamualaikum


Tarikh : 5 April 2011
Masa   : 12.00 pagi - 3.15 pagi
Lokasi : Pusat Karaoke Bintang Gemilang,Shah Alam


Pada suatu malam,sepupu aku (Azrin) ajak aku keluar. Katanya nak tengok bola. Aku tak tau malam tu match apa. Aku pun yes and follow je la. (padahal malam tu takde match pon)


Aku ikut je si Azrin nie. Jumpa sorang brother yang kerja dengan dia kat Nando's. Katanya pergi sekali naik kereta dia. Aku pun masuk je ar. Bukak pintu dah memang ada member-member yang lain.


Aku tanya Azrin nak ke mana. Dia jawab yang dia pun tak tahu. Jalan agak dalam 30 minit dari rumah sepupu aku. Kitorang sampai kat tempat yang dalam sikit. Jauh dari bandar besar. Rupa-rupanya brother tu bawak pergi pusat karaoke. Aku tengok tempat tu lain macam je.


Then,kitorang naik atas. Sampai-sampai je. Perghh!!! first time aku gi tempat nie.


Welcome to Bintang Gemilang
                  
komputer untuk pilih lagu
                    
melalak dalam bilik karaoke
                         
Masa nie kat dalam bilik karaoke, sepupu aku dengan brader-brader lain nyanyi. Suara boleh tahan 'sedap'. Pastu aku keluar dari bilik tu. Nak gi bilik air jap.


Yang nie mencabar sikit. People are smoking everywhere tu tak yah cite la. Memang ramai merokok kat situ. Nampak orang main snooker. Diorang bukan main untuk fun-fun tapi diorang main style JUDI setiap player taruh duit gilir-gilir sebelum shoot. Pastu nampak minah-minah seksi sambil joget. Pacaran berpegangan tangan tu dah biasa. Ada satu meja,nampak orang main poker.


kat sekolah dulu mana kita tau takat mana kita nie. Korang tak leh nak cakap "hang teruk!!! pi tempat-tempat maksiat nie". Sebenarnya,kita kena try tempat-tempat gini. Baru la nampak kat luar nie macam mana tapi aku tak kata wajib pergi. Cubalah kalau nak, baru teruji sikit diri kita tu.


note : Walaupun kita dicampakkan di mana-mana pun,jika iman kita teguh dan mantap,kita akan selamat.


itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...



Read more...

KERJAYA SEMENTARA

Assalamualaikum/salam kerjaya


Luahan kali ini, aku nak cerita sikit pasal kerjaya part time aku sementara nak menunggu keputusan SPM dan apa-apa tawaran.


Kerjaya 1 : pekerja di ladang getah
Sebelum aku kerja yang official, aku kerja kat kebun getah. Tolong atok den kek kampong motong gotah dek kerana harga getah mahal masa tu. Sekali jual getah banyak jugak la dapat disebabkan berpuluh-puluh kilo yang dipungut.


ini susu getah
                         
Aku kat sana tebas rumput dan semak je. Boleh menoreh tapi datuk aku tak kasi takut rosak pokok getah tu. Even mesin rumput pon,gaji masuk gak. Kalau aku boring dan bosan-bosan. Inilah kerja aku.


biji getah
              
Time dah habes kerja aku,nie la benda yang aku buat. Kumpul biji getah banyak-banyak. Lepas tu susun ikut apa yang aku nak. Tengah susun-susun,teringat pulak kat kelas aku. Then,aku terus buat apa yang ada dalam gambar kat atas.


Kerjaya 2 : pekerja di MyMydin
Selepas bersara atau tamat kerjaya 1, aku kerja kat mydin pulak. Pasaraya nie kat Kota Seri Emas dalam kawasan kuaters KLIA.


ini tempat kerja aku
MyMydin Kota Seri Emas
                      
Gaji kat sini up skit dari kerjaya 1. Boleh tahan jugak ar. Nak belanja orang secebis-secebis tu boleh lagi kot (KOT ye bukan confirm pon). Aku kerja sebagai Retail Assistant (RA). Kerja kat sini agak berat sikit. Memang kena lah kan dengan kelulusan yang aku ada time mintak mula-mula. Masa interview ada PMR je, SPM pun tak keluar lagi.


Rasanya tu je la kerjaya yang aku ada setakat nie. Perkara biasalah yang terjadi kepada budak-budak lepasan SPM, nak carik kerja sementara. Nak buat duit sikit.


note : Kerja apa-apa pun baik sebenarnya. Yang penting punca pencarian rezeki itu halal.


itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...

Read more...

DENGAR FORUM

Assalamualaikum


Tarikh : 14 April 2011
Lokasi : Dewan Serbaguna MBPJ,Petaling Jaya


Lepas hantar qeiroo kat airport LCCT, aku terus balik rumah. Sampai-sampai je, abang aku hantar sms, kata nya ada forum best kat Petaling Jaya.


Tajuk   : Tolak Politik Jijik
Panel   : 1. Dr Mohd Asri Zainul Abidin
             2. Dr Asyraf Wajdi Dusuki
             3. Dr Zuhdi Marzuki
Anjuran : pihak GAMIS


Dewan Banquet MBPJ
                  
panel-panel forum
                    
Malam tu,aku dan ayah aku gi umah abang aku dulu kat Shah Alam. Then, abang aku drive sampai ke PJ. Forum nie leh tengok live kat internet bagi siapa yang tak dapat datang.


link : www.ustream.tv/channel/tvsunnah


Tapi kalau nak senang, boleh tengok kat Youtube bukan U-tube. Taip je tajuk forum yang aku bagi kat atas.


note : Kita boleh menuntut ilmu di mana-mana sahaja tak kira masa dan tempat.


itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...

Read more...

MASJID BESI PUTRAJAYA

>> 10 Apr 2011

Assalamualaikum,


Tarikh : 9 April 2011
Lokasi : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Pada malam tu,aku dan rakan-rakanku plan nak gi masjid besi sebab ada program sambutan Maulud Nabi dengan majlis Haul.

Kononnya nak pergi petang. Aku parking motor kat rumah Luqman sebab naik kereta dengan dia sekali. Disebabkan beberapa faktor,kitorang tiba kat masjid tu waktu Maghrib.

Faktor-faktor kami lewat sampai : 
1.Talhah dengan Syazwan tiba-tiba tak jadi pergi.

2.Carik rumah Wahyu yang agak pedalaman.

Dah selesai solat, kitorang terus carik port depan sebab nak dengar Syeikh-Syeikh tu bagi ceramah. Nak kata depan tak depan, kitorang dapatlah juga ambil gambar mereka.

ketika berselawat

Pak Lah pun turut hadir

Dah habis berselawat, aku,Luqman dan Wahyu pergi lepak kat belakang sikit. Tiba-tiba Sabri call,dia cakap diorang ada kat tepi dan depan skrin. Lalu kami pun berjumpa.

Warga tak diduga yang turut hadir :
1. Fadhil Aris
2. Farhan HBG
3. Basheer Yahya
4. Ahmad Sabri
5. Syafiq Kamil
6. Syazwan Shahariman

tiada dalam gambar : Wahyu,Syafiq
                            
dah habis semua program tu,plan nak gi saba' pun tak jadi gak sebab semua parking tempat lain-lain. So,mana yang sempat jumpa je la dapat gerak sekali.

Masa : 11.00 malam
Lokasi : Restoran Al-Naz Maju, Putrajaya

Pergi restoran nie sebab saba' jauh sangat. Nasib baik ada Wahyu. Dia yang tunjukkan tempat nie. Order punya order, borak punya borak, hidangan pun sampai.

Wahyu dengan wajah lahapnya

driver kami

minuman sejuk

santapan biasa

Dah habis makan,minum,sembang,bincang,ngumpat. Kitorang pun beredar la dari situ. Mata dah geli-geli time tu. Malam tu stay dan tidur kat rumah Luqman sebab hari dah lewat malam.

note : Allah itu suka akan hamba-hambaNya yang ingat kepada kekasihNya.Jadi,rajin-rajinlah kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi kita.

itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...

Read more...

PERMOHONAN BIASISWA

>> 7 Apr 2011

Assalamualaikum,


Tarikh : 6 April 2011


Alhamdulillah, aku berjaya melengkapkan segala dokumen untuk permohonan biasiswa walaupun result SPM aku biasa-biasa. Aku pun teringin jugak nak bertajaan nie. Tapi biasiswa apa ek yang aku mohon nie?


Rasanya ramai tak perasan atau ramai tak tahu yang biasiswa ini ada kat surat khabar. Dengan segera aku bukak kat internet dan download borang permohonannya dan hasilnya lebih kurang macam ini.





Macam inilah lebih kurang borang biasiswa yang aku maksudkan tu. Lembaga Zakat Selangor punya tajaan. Kalau tak clear jugak, korang boleh tengok kat link bawah nie.


link : http://www.e-zakat.com.my/borangpdf/borang-
dermasiswa-PI_BA(Jordan).pdf


siapa-siapa yang berminat bolehlah mohon biasiswa ini tapi untuk anak-anak SELANGOR sahaja.


Agak susah gak isi borangnya. Nak kena ke sana ke sini dan paling senang* mintak sign pengetua. Itu yang tak tahan sekali syaratnya.


note : kepada rakan-rakan yang anak SELANGOR tu, cuba mohon biasiswa ini. Mana tahu rezeki kita dapat.


itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian....

Read more...

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP