Powered by Blogger.

KERJAYA SEMENTARA

>> 15 Apr 2011

Assalamualaikum/salam kerjaya


Luahan kali ini, aku nak cerita sikit pasal kerjaya part time aku sementara nak menunggu keputusan SPM dan apa-apa tawaran.


Kerjaya 1 : pekerja di ladang getah
Sebelum aku kerja yang official, aku kerja kat kebun getah. Tolong atok den kek kampong motong gotah dek kerana harga getah mahal masa tu. Sekali jual getah banyak jugak la dapat disebabkan berpuluh-puluh kilo yang dipungut.


ini susu getah
                         
Aku kat sana tebas rumput dan semak je. Boleh menoreh tapi datuk aku tak kasi takut rosak pokok getah tu. Even mesin rumput pon,gaji masuk gak. Kalau aku boring dan bosan-bosan. Inilah kerja aku.


biji getah
              
Time dah habes kerja aku,nie la benda yang aku buat. Kumpul biji getah banyak-banyak. Lepas tu susun ikut apa yang aku nak. Tengah susun-susun,teringat pulak kat kelas aku. Then,aku terus buat apa yang ada dalam gambar kat atas.


Kerjaya 2 : pekerja di MyMydin
Selepas bersara atau tamat kerjaya 1, aku kerja kat mydin pulak. Pasaraya nie kat Kota Seri Emas dalam kawasan kuaters KLIA.


ini tempat kerja aku
MyMydin Kota Seri Emas
                      
Gaji kat sini up skit dari kerjaya 1. Boleh tahan jugak ar. Nak belanja orang secebis-secebis tu boleh lagi kot (KOT ye bukan confirm pon). Aku kerja sebagai Retail Assistant (RA). Kerja kat sini agak berat sikit. Memang kena lah kan dengan kelulusan yang aku ada time mintak mula-mula. Masa interview ada PMR je, SPM pun tak keluar lagi.


Rasanya tu je la kerjaya yang aku ada setakat nie. Perkara biasalah yang terjadi kepada budak-budak lepasan SPM, nak carik kerja sementara. Nak buat duit sikit.


note : Kerja apa-apa pun baik sebenarnya. Yang penting punca pencarian rezeki itu halal.


itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...

0 comments:

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP