Powered by Blogger.

TEGAR BER'DOTA'

>> 29 Dec 2011

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Bila lihat pada tajuk, sudah tentu dan pasti ramai di kalangan rakan-rakan yang gamers tahu tentang permainan komputer Defense Of The Ancient (DOTA).


Aku mengaku bahawa aku salah seorang yang ketagih dan tegar bermain game dota nie di bawah pengaruh rakan-rakanku di UIAM PJ. Boleh kata hampir setiap hari aku meluangkan masa dengan game dota dalam Semester 2 nie.


All Heroes in Dota Allstars
                  


Tapi aku bukanlah nak cerita pasal game nie. Aku cuma nak guna dan ubah term DOTA tu kepada 'Di manakah Or where's Tuhan Ahlussunnah?'


Jika kita mengakui bahawa kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah iaitu beramal dengan Al-Quran dan Hadis serta berpegang dengan manhaj Salafussoleh iaitu para sahabat,tabi'in dan tabi' attabi'in, sudah tentu kita boleh menjawab soalan dari term DOTA tersebut.


Tuhan (Allah) itu berada di atas arasyNya di langit dan Dia tidaklah berada di mana-mana.


bukti di dalam dalil:


"Iaitu (Allah) Ar-Rahman yang bersemayam di atas Arasy."         (surah Taha : ayat 5)


Sebenarnya banyak lagi dalil tentang di mana Allah berada. Para ulama' salaf dahulu tidak mentakwilkan (tafsirkan) ayat tersebut dan mereka menyerahkan maksudnya kepada Allah.


pada pandangan aku :
kita perlu percaya dan yakin di dalam hati bahawa Allah itu berada di atas langit sana. Bukannya Dia berada di mana-mana. Kalau kita nak kata Tuhan tu ada kat mana-mana, takkan kita dalam tandas tengah qadha' hajat tu pon Dia ada dekat-dekat dengan kita.


Sudah tentu jawapannya tidak kan. Jadi,fikir-fikirkanlah. Ubah balik mind set kita tentang kedudukan Tuhan itu di mana selepas ini.


note : Janganlah kita sesuka hati mentakwil ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan aqidah dan zat-zat Allah.Kita hanya perlu terima bulat-bulat tanpa mengumpamakan dengan sesuatu dan menterjemah kepada bentuk lain.


itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...









Read more...

HADIS PALSU 2

>> 18 Dec 2011

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Kita sambung lagi perbincangan sebelum ini berkaitan dengan hadis palsu.Contoh hadis palsu kali ini sangat popular dan kita sering dengar bahkan ia diajar dan dipaparkan di sekolah-sekolah kita.


Contoh hadis palsu :


Rasulullah S.A.W bersabda : "Tuntutlah ilmu pengetahuan dari buaian hingga ke liang lahad."


Prof Dr.Yusuf Al-Qaradhawi menulis di dalam kitabnya yang bertajuk Taisir Al-Fiqh Li Al-Muslim Al-Mu'ashir pada halaman 215, "walaupun maksud hadis tersebut benar tetapi bukanlah bermakna ia hadis yang betul-betul datang dari Nabi S.A.W."


Seorang pengkaji hadis zaman ini,Abd. Fattah Abu Ghuddah juga menolak kesahihan hadis ini sebagai sabda Nabi S.A.W.


Jadi,saya berharap kita semua tidak lagi menggunakan hadis ini sebagai hujah kita kerana ia merupakan hadis palsu yang tidak boleh diterima sebagai panduan.


sekadar perkongsian ilmu
                                            


itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...
'Allah Lebih Mengetahui'











Read more...

HADIS PALSU 1

>> 11 Dec 2011

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya belajar. Moga-moga kita semua dapat jadikan ia sebagai panduan kelak.


Mungkin kita tidak sedar bahawa sebahagian hadis yang popular dan sering kita dengar dalam masyarakat kita merupakan hadis palsu atau maudhu'. Para ulama' bersepakat hadis ini ditolak dan kita tidak boleh beramal dengannya. Biar saya tunjukkan satu contoh hadis palsu tersebut.


Contoh hadis palsu :


Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Tuntutlah ilmu pengetahuan walaupun hingga ke negeri China."


Hadis ini telah disebut oleh Ibnu Al-Jauzi dalam kitabnya,Al-Maudhuat pada halaman 215 sebagai HADIS PALSU.


Dari segi maknanya mungkin ia tidak nampak apa-apa tetapi kita hanya boleh beramal dengan hadis sahih dan hasan sahaja.


Oleh itu,saya berharap kita semua lepas nie jangan gunakan hadis ini sebagai hujah kita dalam ucapan atau ceramah yang kita sampaikan.


sekadar perkongsian ilmu
                    


itu sahaja untuk kali ini...
ok,sekian...
'Tuhan Lebih Mengetahui'







Read more...

TARAF HADIS

>> 7 Dec 2011

Assalamualaikum/salam mahasiswa


Post kali ini saya akan menggunakan bahasa yang lebih skema disebabkan tajuk yang akan dibincangkan agak serius. Tanpa hurai dengan lebih panjang, kita terus masuk kepada tajuk. Terdapat beberapa taraf hadis yang sering kita jumpa sebagai contoh Sahih,Hasan dan Dhaif.


Sebagai seorang Muslim dari kalangan umat Nabi Muhammad S.A.W, kita wajib menggunakan hadis Sahih dan Hasan sahaja sebagai sumber hukum yang kedua selepas Al-Quran Al-Karim untuk kita beramal dengannya.


Kita dilarang menjadikan hadis Dhaif (Lemah) dan Maudhu'(Palsu) sebagai pegangan utama kerana terdapat beberapa syarat yang tidak dipatuhi yang menunjukkan hadis tersebut datang daripada Rasulullah S.A.W.


Amaran Rasulullah S.A.W :
"Barangsiapa yang menyebutkan sesuatu dariku sedangkan aku tidak pernah menyebutnya, maka dia telah menempah tempatnya di dalam neraka."
                                                                                                                         (riwayat Bukhari : hadis no.109)


Jadi,sama-samalah kita mengambil iktibar dari hadis yang disebutkan di atas. Pada post yang berikutnya saya akan tunjukkan beberapa contoh hadis dhaif dan hadis palsu yang sering kita dengar.


sekadar perkongsian ilmu

itu sahaja untuk kali ini..
ok,sekian...
"Allah Lebih Mengetahui"

Read more...

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP